Coolllzz!!

Wednesday, 17 February 2016

Raid & Iqra'

Assalam semua (xpernah2 bagi salam tetibe plak hahaha). Hari nak citer sikit tang anak bujang sulung tu ha. To be honest as a mother, kite semua nak yang terbaik untuk anak. Klu boleh biler anak kuar je dari perut dah pandai serba serbi (imaginasi tu tinggi tol), tak terkecuali la aku sendiri.

Memandangkan Raid dah 5 tahun this year, aku dah mula berjinak2 untuk ajar dia mendalami Iqra'. Memang kat taska, starting from 4 years dia dah belajar tapi tahun ni aku nak dia betul2 menghayati sebagai langkah permulaan untuk mahir Al-Quran. Pendapat aku, aku nak tekankan benda ni dulu sebab aku percaya bile mahir Al-Quran In Syaa Allah yang lain akan seiring. As for Raid, awal tahun aku dah beli buku Iqra' tu yang mana ianya same je ngan buku Iqra' dia kat taska. So starting from that day until now memang after Maghrib aku akan suruh dia baca.

Yang membuat aku naik angin, dia still xbersungguh, xfokus. Sesetengah huruf tu bukan dia xkenal, tapi sengaja mintak rotan. Hee memang aku naik angin memanjang. Tu baru Iqra' 1 belum lagi Iqra' 2. Aku nak kena sabar tahap dewa ngan dia ni. Kadang2 terpaksa la aku imaginasikan huruf tu dengan something yang dia minat semata2 nak dia mudah ingat.

Pernah sekali bile time bercuti balik kampong aku suruh dia baca Iqra'. Apa lagi melompat2 la dia time tu sambil cakap "Mama bawak ke buku tu?". Then bila aku tunjuk je buku tu terus dia menjerit, xcaye yang aku boleh bawak buku tu balik kampong sekali hahahah. That moment masih aku ingat n akan diingat sampai bile2.

"To Raid, I create this blog because of u. I wanna be the best mom for u, so that one day when i'm getting older ada sesuatu untuk dikenang. Mama xkan pernah putus asa n berharap Raid akan jadi contoh yang terbaik buat adik2. I'm always proud of u".

Ni la buku yang aku guna untuk ajar Raid. Credit to Mr. Google


Wednesday, 13 January 2016

Throwback: Percutian Ke Langkawi, Penutup Tahun 2015

Mulanye aku agak keberatan nak pergi bercuti, ingat nak rehat jer kat rumah memandangkan sepanjang tahun 2015 macam2 benda terjadi. Tapi bile pk2 balik, yes I need a nice rest n sweet vacation. So terus decide nak ke langkawi. Aku perlu bercuti and lupakan semua negative thoughts supaya aku still positive n strong.

Semua persiapan seperti urusan hotel, tempahan kereta biler dah kt sane nnti, n tempahan tiket feri aku setelkan sebelum aku menapak ke Langkawi. Bukan ape, aku xnak kelam kabut nnti memandangkan aku ade 2 anak kecik. So kali ni, both of us decide nak bawak sekali my MIL. Biarla dia hepi berjalan2 same. Bukannye selalu.

So bertolak dari rumah MIL pada 28hb terus ke Jeti Kuala Perlis. Aku dah uruskan semua tmpt parking kereta kat sane and everything run smoothly. Alhamdulillah. Sampai di Langkawi terus ke kaunter Al Aeman Travel & Tours untuk ambik kereta sewa. Kami decide ambik viva je ngan bayaran RM80.00 perday. But unlucky for us viva xde, n dorang bagi kami Myvi. Patutnye untuk Myvi bayaran adalah RM100 perday tapi dorang xupkan harga. Dapat kereta terus menghala ke Hotel Langgura Baron Beach Resort. Memandangkan kami semua xmahir selok belok jalan di Langkawi, waze banyak membantu.

Sampai kat hotel rehat sat, then bawak budak2 mandi laut. To be honest hotel Langgura ni dekat ngan semua mak nenek kedai makan, waterworld, zon bebas cukai n lain2 kemudahan. memang xmenyesal sewa hotel ni sebab xperlu kalut dah nak cari kedai makan. Tapi 1 jer advice aku, kalau nak cari kedai makan jangan cari yang kat tepi2 hotel. Rege makanan mahal n service pon fail. Cari yang belah2 belakang tu, sedap n murah.

2nd day terus ke Pekan Kuah. Asalnye nak temankan MIL p bank sambil jalan2 then aku jumpa la tempat ni hahah

Syurga kanak2 dan org tua hahaha



Hai la Raid, tangan penuh. last2 aku jugak yang membayarnye
  
Raid feels so happy, mulutnye asyik dok sebut "Waaaaa banyaknye. Waaa itu dan Waaaa ini. Dia pon sibuk nak memborong. Tapi Rizq lagi best, lari ke hulu n hilir like never stop hahaha. So aku shopping la serba sikit untuk family member n officemate sebab tujuan ke Langkawi hanye untuk bercuti n not for shopping.

Ronda2 ke Pekan Kuah sehari suntuk then baru balik hotel. Petang tu bawak anak2 terjun laut. Memandangkan kami bawa bersama MIL, so terpaksa lupakan hasrat untuk meronda2 pada sebelah malam sebab dah tau dia bukannye larat sangat. Tp Pantai Chenang so happening, banyak betul aktiviti pada sebelah malam n mat2, minah2 salleh terlalu ramai. Dah feeling macam kat oversea.

Singgah kat Haji Ismail Group (HIG) untuk tengok apa yang patut. MIL beli pemanggang ajaib n aku beli sudu n garfu hahah. Next time la shopping pinggan mangkuk biler nak naik rumah nnti.

3rd day ke Langkawi Underwater World yang xjauh dari hotel tempat kami menginap. Raid melompat2 gembira because he loves fish so much. Mulut dia la paling bising menjerit itu n ini. So hepi bila tengok dia sangat gembira. N for your information guys, klu korang govt staff, tiket masuk ade diskaun tapi diskaun limit untuk 2 orang je.


Raid dah xboleh fokus, he can't wait nak explore tempat tu

My beloved hubby n my lovely Rizq

Ingatkan tengahari tu nak p naik cable car, tapi sampai petang Raid xnak keluar. Puas pujuk rayu but still xjalan jugak. Susah betul la. Kaki aku jangan citer la, lenguh gler dah ni. Kat Underwater World ni, macam2 spesis hidupan laut boleh tengok. Lebih kurang 500 spesis. Macam2 ade.

Sebab dah terlalu penat, balik hotel terus xsedar diri but still petang tu terjun laut lagi. Berkubang puas2 sebab esok dah nak balik.


My big hero

See how happy we are. My MIL pon terjun laut hahahha

Pantai penuh ngan tourists from inside n outside Malaysia




4th day before menaiki feri, sempat la singgah ke Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Langkawi


Kat cni panas gler, Raid dah bad mood. Mula la buat perangai. Sabo je la



Perjalanan selame sejam dengan feri sebelum sampai ke jeti Kuala Perlis, memang aku manfaatkan sepenuhnye dengan zzzzzzz. Penat gler tapi memang best. Yang penting orang2 yang aku sayangi hepi. Sampai rumah MIL di Yan, memang rehat puas2 sebelum esoknye balik KL. In Syaa Allah akan menapak lagi ke Langkawi.








































Gambar Terdelete, Anak Oh Anak

Wallaweyyy boleh jadi sawan aku cenggini. Semua gambar dalam fon habis terdelete gara2 Raid. Oh my Allah, aku xtau mane lagi nak korek gambar2 tu semua sbb lgsg x backup. Gambar2 tu plak aku simpan dalam fon not in memory card. Habis la semua gambar kenangan ank2 dr dorg lahir sampai sekarang.

Ingat semalam baru jer nak hupdate tang progress rumah. Tapi apakan daya. Nasib la ade sikit2 gambar yang aku upload kat blog ni, boleh la nengok2. Nak mengamuk pon xgune. Takkan nak pukul si Raid tu, benda dah nak jadi.

Anyway sempena tahun 2016 ni rasenyer azam aku satu jer la. Untuk tahun ni dan tahun2 mendatang, aku nak banyakkan lagi masa untuk masak kat rumah dan kurang2kan bermewah2 dengan makanan. Alhamdulillah lately pon aku memang kerap bawak bekal ke ofis. Bukannye kedekut sangat tapi berjimat. Ekonomi sekarang tak menentu, banyak2kan saving n investment.

Hopefully azam ni kekal la, xnak la biler dah muncul kemalasan tu aku asyik tunjuk2 jari lauk2 kat kedai hahaha.

Friday, 19 June 2015

Chicken Pox??? Ohhh Tidakkk

Seumur hidup aku xpernah lg naik chicken pox. Tapi kalau chicken chop tu memang aku suka sangat. Hinggalah my eldest son bwk balik that virus tu ke rumah. Masa dia kena ari tu, memang aku n hubby bergilir cuti. Bile dh sembuh, aku bersyukur sangat2  sebab masih lg bertahan, tidak djangkiti virus tersebut.

Until 1 day, balik je dr Bukit Jalil aku mula rase xsedap badan. Oh yea, setiap hujung minggu memang aku sentiasa bawak dua2 hero ni ke Bukit Jalil. Seronok tgk dorg ni terlepas bebas, lari xcukup tanah hahah. Ok back to the story, badan mula rase seram sejuk mcm nk demam. Malam tu aku menggigil demam dan yg plg sadis, habis sakit sendi2 badan. Aku mula rase agak pelik sbb tetibe demam. N the next day, akhirnye tumbuhla bijik2 yg selame ni ditunggu2. Mula2 naik sebijik dua kt leher, badan pulak dh mula rasa miang. Then tumbuh lg dan lg. Hubby dh bgtau ni sah2 chicken pox.

Punye la miang 1 badan, tgn ni mcm munyit je asyik nk menggaru. Dah tua bangka baru nak naik mcm ni la, sampai atas kepala bijik2 tu bermaharajalela. Dah la besar2 berair. Sempena dpt chicken pox tu, doc memang bermurah hati sgt bg aku mc 2 minggu.

Hubby carikan daun semambu buat alas tdo takut gatal, memang aku tdo asing dgn ank2, plg risau kalau jgkit pd bb. Daun semambu tu aku rebus n buat mandi dan ade yg aku blender cmpur bedak sejuk utk djadikan masker. Alhamdulillah, walaupun bijik2 besar tp xberparut. Plg penting bila dpt virus ni, kena pantang makan. Makanan yg gatal n bisa xboleh, telur xboleh, kicap xboleh n jangan menggatal nk p main hujan.

Ni aku nk suggestkan ubat2 ni sekiranye korg djgkiti chicken pox

Ni ubat telan. Sangat berkesan untuk mengurangkan jangkitan dan gatal. Bagi yg tua bangka bru nk naik chicken pox, doc mmg suggest ambik ubat ni

Ni cream utk sapu. Sangat mujarab utk elakkan parut. Kalau xnak muka tu berlopak2 ambik la cream ni. Tapi cream ni hye boleh dsapu bile chicken pox tu dh betul2 kering


Wednesday, 17 June 2015

Progress Rumah : Part 5

Yehuuuu, sekarang ni blog bukan setakat bersawang, tp siap bersarang, berkeladak n sewaktu dengannya. Memang la tersangat xsempat nk jenguk blog dh sekarang.... hanya mampu update yg perlu je. Ape2 pon sebelum aku melalut, esok dah start pose. So selamat berpuasa untuk semua kaum muslimin. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu erti pada kite semua.

So, minggu lepas sempat la luangkan sikit mase melawat tapak rumah. Tgh En. Suami terjengah2 tu, ditakdirkan berjumpa bakal jiran setaman. Alhamdulillah, peramah pasangan ni. En. Suami je layan borak sebab aku terpaksa jaga anak dlm kete. So dari situ, kami dpt tau kontraktor asal utk projek rumah ni dh cabut. Sekarang ni kontraktor baru yg dilantik utk teruskan kerja2 pembinaan. Patut la aku memang terasa progress memang lambat, lari dari jadual. Hopefully lepas ni xjadi la bnda2 yg melambatkan lg progress pembinaan. Risau weh. Kat bawah ni aku update sikit gambar




Thursday, 22 January 2015

Review Product : Genie Bra

Yuuhuuu .........
 
Hai lamer sungguhla tak update blog. Rasanyer ni first entry untuk this year.
 
Ok, aku tak nak membebel panjng2 kat cni, just nak review product yang aku rase bleh share dengan korang. Its all about Genie Bra. Aku pernah tengok iklan ni kat FB last year, tapi tue just ignore je la. Sebab tak menarik perhatian aku.
 
Until one day, one of my officemate bercerita tang product ni. Biler tengok depan mater, raser excited nak cuber sebab designnye yang agak sporty. Aku beli then malam tu trus try, memang jenis tak penyabo. To be honest, its soooo comfortable. Materialnye sangat soft dan aku memang puas hati. Lagipon harga affordable.
 
Korang boleh google kalo nak tau lebih lanjut. Then disebabkan sangat berpuashati ngan Genie Bra, aku cuber lagi 1 product under Genie Bra, Cami Shaper. Cami Shaper ni macam korset but the material itself buat korang sangat2 selesa bila memakainya. Pengalaman aku yang pernah pakai korset ni, ada certain2 korset yang material agak kasar sampai nak bergerak pon susah, Lagipun Cami Shaper serap peluh tak seperti sesetengah korset, so u don't have to worry about your skin at all.
 
aku suke sangat product ni and aku suggest supaya korang try.


 

Wednesday, 22 October 2014

Moh Ke Pangkor Kiter....

Citer ni sebulan yang lepas, tapi disebabkan tak berkesempatan aku update jer la walau dah lepas. Kalau tanyer aku secara keseluruhan, memang best. Namenyer pergi bercuti, memang la best boleh release semua tension.Tapi yang tak berape best sebab aku bawak bb kecik, so tak leh la nak berendam. Asyik dokong budak tue je la.

Kat Pangkor, aku menginap di Puteri Bayu Beach Resort. Dari segi bilik n makan memang puas hati la walau agak mahal sikit. Tapi kalau nak save cost, korang boleh pilih resort lain yang melambak kat cni. So ni jer la gambar2 yang aku boleh share

Kat Marina Jetty. Prepare nak naik feri. Adik bongsu aku ikot samer

Raid excited nk tengok ship katernyer

Pool yang disediakan di resort tapi budak berlagak ni tak nak swim kat area kanak2. Nak swim kat tempat dewasa dengan kedalaman 5 kaki

Dah ready nak swim kat laut

Aku hanye mampu tengok dari kejauhan hahaha

Raid n his papa

Time ni panas. Memang sepet la mater yang sedia sepet huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...