Coolllzz!!

Sunday, 25 August 2013

Preview Novel : Projek Memikat Suami

Dah lamer tak buat preview novel walopun setiap minggu aku akan habiskan 1 novel. Tetapi memandangkan novel nie menarik sangat dan aku amat galakkan kaki novel kat luar saner supaya korang bacer la novel nie.
 
Ok novel 'Projek Memikat Suami' karya Hanina Abdullah nie berkisarkan perkahwinan yang dirancang family. Zahrain dipaksa berkahwin dengan Nawwal Husna yang ketika itu baru tamat belajar. Disebabkan jarak umur dan tiada rasa cinta yang wujud. maka konflik antara keduanya tak pernah surut. Tambah2 plak si Zahrain nie 'boya' (playboy).
 
Berlainan dengan Zahrain, Husna sebaik mungkin memastikan kehidupan rumah tangganya Berjaya dan menerima jodoh yang ditetapkan dengan redha. Pelbagai tip rumah tangga yang telah diajar oleh 2 orang kakaknya (master-ji dan side-kick) dipraktikkan tanpa rasa putus asa.
 
Memang best novel nie, aku bagi 4 out of 5 stars. Banyak tips yang berguna boleh dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga. So guys, kalo nak tau lebih lanjut kena bacer novel nie.
 
 

Rezeki Allah Tetap Ada

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Kuasa atas segala rezeki dan kurniaanNya. Tahun 2013 merupakan tahun yang paling 'ong' bak kater orang ciner bagi kami sekeluarga. Semoga ianya berterusan bagi tahun2 yang mendatang.
 
Tahun nie rezeki kami dapat beli umah pertama, walaupun projek tue dijangka siap tahun 2015. Sabar je la. Tahun nie jugak aku dah diserapkan ke jawatan tetap, setelah beberapa tahun berkhidmat dengan MARA dan last but not least aku dah disahkan pregnant again. Yessss i'm pregnant 2 bulan lebih. Rezeki Allah tak siapa dapat menduga.
 
Biler pk2 balik, ader lagi impian aku masih belum tercapai. Tahun nie aku masih lagi belum berjaya bawak parents aku ke Mekah disebabkan masaalah kesihatan ayah. Tapi takper, impian yang satu aku akan pastikan tercapai jugak. Moga Allah permudahkan segalanya.
 
So minggu nie dah mula terasa morning sickness, hopefully taklah teruk memandangkan masa first pregnant dulu aku alahan seminggu jer. Ari2 dok berangan nak anak girl, hiiiiii seronoknya kalo kali nie aku dapat girl.... (terus berangan and berangan)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...