Coolllzz!!

Sunday, 8 April 2012

Bakal Jadi Cikgu....

Si Raid lagi 3 hari genaplah 9 bulan. Budak nie pantang benar nampak kertas atau buku. Sume nak diambiknyer. Memandangkan aku penggila novel tegar, tiap kali nampak jer novel, terus tangan dan kakinyer tak senang duduk. Kalau En. Suami dok tengah bacer paper, alamak hancur la paper tue kalau dapat kat dia.
Tengok tue, bukan main membelek. Macam dah tau bacer hahaha...

Sekarang nie dah pandai, dapat jer buku, dia belek2 dulu, pastu tunjuk2. Macam dah pandai bacer, En. Suami cakap nie tanda2 nak jadik cikgu nie. Maklumla makciknyer ramai cikgu hahaha. Tak kisah la nak jadik aper biler besar nanti, asalkan jadik orang sudah.


Biler aku tegur, dia berenti sat

Sambung lagi belek...
Aiseh, siap tunjuk lagi, dah macam cikgu nak mengajar orang. Masalahnyer pegang buku pon terbalik.....

Thursday, 5 April 2012

Rawatan Spa Paling Aneh.... Ada Berani?????

Facial siput
Di kota Krasnoyars di Siberia, lendir siput adalah sumber awet muda. Di sebuah spa di kota metropolitan Rusia ini, siput Afrika tersedia dalam berbagai ukuran untuk ditempatkan di wajah dan tubuh. Lendir yang dikeluarkan kaya dengan asam glikolat dan elastin dipercayai boleh mengurangkan kedut luka, dan tanda-tanda penuaan.
 
 
Rawatan Ular
Ular mungkin menjadi ketakutan banyak wanita, tetapi percayakah anda ada banyak wanita yang rela membayar 90 USD untuk membiarkan tubuhnya dilingkari sejumlah ular? Di sebuah spa di Israel, tiga jenis ular tidak beracun dilepaskan di wajah dan punggung pelanggan. Gerakan otot mereka ketika merayap dipercayai dapat menghilangkan sakit sendi dan otot seperti dipijak.
Mandi Ikan
Di China, spa ikan tidak hanya terbatas di kaki. Di Dr. Fish sebuah resort air panas di kota Chongqing, para ppengunjung spa merendam seluruh tubuh mereka di tab mandi yang penuh dengan ikan. Jika ikan-ikan tersebut memakan semua kulit mati di tubuh seseorang, dipercayai orang tersebut akan memiliki aura yang lebih sihat.
Facial dengan kotoran burung
Hanya di New York, kota dengan lapan juta ekor burung merpati, kotoran burung boleh dijadikan bisnes. Dengan membayar 50 USD, Shizuka New York Day Spa menawarkan Geisha Facial yang dibuat dari kotoran burung. Victoria Beckham adalah seorang pelanggan yang mempercayai bahawa kotoran itu mengandungi enzim anti jerawat.
Suntikan sel biri-biri Penyanyi Debbie Harry baru-baru ini menceritakan rahsia kulitnya yang licin: suntikan sel biri-biri hitam. "Diambil dari organ yang berbeza, dari hati, dari kelenjar, dari tulang," katanya, "dan menjadikannya bahan suntikan. Ada 11 suntikan, dan saya rasa itu menakjubkan." Clinique La Prairie di Swiss, memulakan rawatan anti penuaan sejak tahun 1931. Meski botox dan filler lebih popular, rawatan suntikan sel biri-biri dianggap sebagai rawatan untuk orang-orang kaya.
Facial Lintah
Nama sainsnya adalah Hirudotherapy tetapi sebenarnya yang dilakukan adalah dengan meletakkan lintah di wajah anda. Rawatan lintah penghisap darah di kulit ini dilakukan di kebanyakkan spa di Rusia. Dengan 1000 USD anda boleh meningkatkan peredaran darah dan saluran anti-peradangan dari air liur lintah.
Facial air kencing (urine)
Air kencing atau urine bukan hanya digunakan untuk rawatan sengatan obor-obor. Para saintis percaya air kencing mempunyai antiseptik yang melawan jerawat dan memberikan wajah yang bersih. Vanessa Williams telah mencubanya. .

Pedicure ikan Di beberapa negara Asia seperti Jepun, Cina dan Indonesia, spa jenis ini tidak lagi aneh. Namun bagi sebahagian besar negara di dunia rawatan kaki dengan membiarkan ikan menggigit kulit kaki ini masih dianggap pelik.



p/s : korang pilih la mana yang sesuai ngan korang hahahaha.........

Kuliah Jumaat : Warna-Warna Kesukaan Rasulullah Saw

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah menyukai warna hijau. Sebenarnya apakah warna kegemaran baginda?

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun Rasullah juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata: "Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih." Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya...". Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat."

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : "Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu." Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."


Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

Aku terjumpa satu GA nie, quite interesting. Sebabnyer aku hanya akan join GA yang pada pandangan aku attractive walaupun baru sekali jer menang sobbb...sobbb...sobbb. Tak per la at least i'll try my luck, mana tau aku menang hahahahaha (perasan tak sudah).

Ok meh sini orang kampong, jom meramaikan majlis ngan join GA nie.....




Nak join klik banner kat atas.....


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal )

HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch


NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju     korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 




Nie jer gambar yang ader ngan aku sekarang... jadik la kan....




Aku nak tag:

Mass's touch
Makcik Mimi
Nur izzati

Tuesday, 3 April 2012

Baby Boy Hillary Duff, Luca

Comel tul baby Hillary Duff nie. Matanyer bulat dan besar. Dilahirkan pada 20 Mac 2012 dan baru berumur 2 minggu, kehadiran Luca dalam hidup Hillary merubah seluruh kehidupannya.

Hillary yang mengahwini bintang NHL, Mike Comrie pada Ogos 2010 terlalu sibuk dengan peranan barunya sebagai ibu.

Sunday, 1 April 2012

Ikan oh Ikan....

Sabtu ari tue, En. Suami p mancing area The Mines. Dah seminggu lebih, sebelum p mancing tue dia asyik dok belek joran. Kalau sesekali tak per la jugak. Ini sampai kul 1.00 pagi masih dok ngadap bendalah tue. Geram aku dibuatnyer.

Pagi2 lagi dah kuar, semangat tul. Aku siap pesan kalau setakat dapat yang saiz ikan bilis, tak payah balik umah. Sebelum nie pon memang dia penah bawak balik ikan pancing, tapi tak la besar maner.

Tapi ari tue memang rezeki kami la, En. Suami dapat 2 ekor ikan suri (aku pon first time tengok rupa ikan nie) dan sekor ikan keli saiz sederhana besar. Tapi bagi aku dah cukup besar (sebab tak penah makan ikan saiz gabak sebelum nie, paling besar pon ikan patin)....

Nie la ruper Ikan Suri tue, first time aku tengok. En. Suami pon tak pernah tahu tang ikan nie

Nie bapak keli yang En. Suami dapat. Seumur hidup aku, ni la first time aku tengok ikan keli gabak
Posing hahah. Setiap sekor berat cecah 2 kilo.

Lagi gambar posing...
Dapat 3 ekor semuanya. Memang puas hati la. Sekor ikan suri, aku goreng, sekor lagi sedekah kat jiran. Ikan keli tue aku buat masak lemak cili padi

Part nie aku sorang jer ngadap. Memang best


Sebab-Sebab Kenapa Penjara PUDU Ditutup...???!!!


FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak
kan ....hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...