Coolllzz!!

Monday, 11 June 2012

Yeaaayyy 11 Bulan.....

Hahaha, nampaknyer mama dia yang terlebih hepi. Ok, Si Raid dah masuk 11 bulan ari nie. Jalan pon dah laju, gigi pon dah tumbuh. Tapi yang tak tahannyer, dia dah mula belajar menggigit. Biler geram jer, terus bukak mulut nak gigit. Gigi baru sebatang, konon kuat la gigit tue hahaha.

Selera dia sekarang makin bertambah, pantang tengok aku makan, mula la telan air liur walaupon time tue aku minum air masak. So sekarang nie aku dah bagi dia makan aper yang aku makan tapi untuk Raid aku tak bagi makanan berminyak dan berlemak. Dalam setiap menu, aku lebihkan sayur dan buah. Fav fruit dia buah pear.

Sempena Euro ni, En Suami belikanla bola. Langsung tak boleh berenggang ngan bola tue. Ke hulu ke hilir diusungnyer. Pantang ader yang sentuh bola dia, mula la menjerit. Yang lawaknyer, dia bukan pandai sepak bola tue, just golek guner tangan pas tue mulut bising dok kejar bola.

Bagus gak belikan bola, kalau tak dia asyik 'mengemas' kat dapur. Penat weiii, anak teruna jadi anak dara nie. Habis tupperware, periuk, pinggan, sudu diusung ke ruang tamu. Tin biskut pon dia nak usung samer, tak padan ngan badan. Kalo aku kemas, 5 minit jer ok pas tue dia 'kemas' la balik.

Nie la blue ball kesayangan dia. diusung ke sana sini, aku tengok ball tue samer besar ngan tuan hahahahha

Sekarang nie dah pandai posing, nampak jer aku nak snap pic, dia terus senyum. Hencem la konon

Makin lamer aku tengok, muker dia macam gal. Ramai yang cakap "comeinyer baby gal". Sadis aku dengar.


Nia aksi dia biler aku cuber nak ambik bola tue, jangan harap la dapat

Macam2 aksi

Aishwarya Rai selepas melahirkan baby...

Tengah dok godek2 internet sambil siapkan kertas kerja, tetiber jer terjumpa gambar nie. Macam tak cayer biler tengok, yerla Miss World 1994 (kalau tak silap aku la) boleh jadi se'sihat' ini. Aku ingatkan kalau dah ratu cantik nie, memang akan jaga penampilan 24 hours, tak kisah la dah jadik mak budak ker, mak nenek ker (apa la aku melalut nie). Layan jer la gambar kat bawah nie....


Ni la ruper baby galnyer

Nanti boleh ganti maknyer, next Miss World 

Wednesday, 6 June 2012

Rahsia Berlian

Ari nie aku nak berkongsi something yang menjadi idaman semua pompuan kat dunia nie dan menjadi igauan ngeri kat kaum lelaki selain mengecutperutkan diorang hahahaha....

Sememangnya tidak dinafikan kilauan berlian yang mempesonakan telah menawan hati jutaan manusia di seluruh pelosok dunia. Ramai yang ingin memiliki berlian tetapi tidak pasti tentang cara untuk memilih berlian dengan betul.

Institut Gemological Amerika (GIA) menyediakan skala penggredan untuk mengenalpasti kualiti berlian. Skala itu dibahagikan kepada empat kriteria penggredan utama, yang lebih dikenali sebagai 4C iaitu potongan, karat, kejelasan dan warna (cut, carat, clarity dan colour).Dua berlian yang sama saiznya boleh berbeza dari segi harga apabila diukur dengan menggabungkan keempat-empat ciri-ciri di atas.

Salah satu sifat paling penting berlian adalah potongan. Untuk memahami potongan-potongan berlian, seseorang itu mesti bermula dengan bentuk berlian tersebut. Berlian biasanya bulat tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Bulat adalah bentuk yang sering digunakan dalam barang kemas berlian.

Berlian sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk seperti marquisse, pir, bujur, empat segi sama yang dikenali sebagai princess cut, bentuk hati, kusyen dan tiga segi.Potongan sebutir berlian bermaksud keseimbangan potongan, simetri dan kelicinan permukaan potongan berlian itu.

Terdapat tiga perkara untuk menilai potongan berlian iaitu gemerlapannya yang bergantung kepada jumlah cahaya yang dipantulkan, spektra warna di mana cahaya yang dipantulkan terurai kepada beberapa warna spektra serta kilauannya apabila berlian itu mengerlip dan memantulkan cahaya ketika ia bergerak.
Menurut skala GIA, potongan berlian dinilai dengan ukuran terbaik, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah.

Berlian yang mempunyai potongan terbaik mampu memantulkan 100 peratus cahaya dan mengeluarkan kilauan dan gemerlapan yang menakjubkan dan ia sangatlah mempersonakan mata yang memandang.

 

Tuesday, 5 June 2012

Jenis Darah dan Personaliti...

# Darah Jenis A

Sikap Positif:

1. Mementingkan adat dan budaya.
2. Menepati masa
3. Mudah bergaul
4. Tidak suka menjadi seorang yang 'perfectionist'
5. Tahap kesabaran tinggi.

Sikap Negatif:


1. Mudah obses pada sesuatu benda.
2. Degil, keras kepala, mudah marah-marah

Dikatakan : Golongan ini amat mudah bertimbangrasa terhadap orang lain, amat berahsia dan setia.


# Darah Jenis B


Sikap Positif:

1. Menyayangi binatang.
2. Kreatif dan mudah bergaul
3. Fleksibel dalam kehidupan atau perhubungan
4. Optimistik (berfikiran positif) tapi kadang-kadang bersifat individualistik (pentingkan diri)
5. Sangat penyayang.

Sikap Negatif:

1. Pelupa dan kadang-kadang pentingkan diri.
2. Sukar untuk memikul tanggungjawab.

Dikatakan : Golongan ini amat berdikari, selalu fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan terhadap diri mereka. Sukar untuk dijadikan pasangan yang baik kerana mereka suka bertukar-tukar pasangan. Kadang-kadang berfikiran sempit dan sedikit malas. Tahap kesabaran mereka agak rendah.


# Darah Jenis AB

Sikap Positif:

 1. Rasional dalam membuat keputusan.
2. 'Cool' dan mudah memahami perasaan orang lain.
3. Mudah bergaul dan agak terkawal dalam perhubungan.

Sikap Negatif:

1. Kadang-kadang suka mengasingkan diri
2. Sukar untuk membuat keputusan
3. Berfikiran terlalu kritis dan sukar untuk memaafkan orang.

Dikatakan : Golongan ini berfikir menggunakan akal bukannya dipengaruhi hati dan perasaan semata-mata. Sukar untuk mengagak apa yang mereka fikirkan dan amat pandai menggunakan wang. Amat bagus sebagai pengantara dan sukakan keharmonian dengan rakan-rakan sepejabat walaupun adakalanya suka memencilkan diri sendiri. Ada juga segolongan yang suka bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai.


# Darah Jenis O

Sikap Positif:

1. Teguh pendiriannya.
2. Bercita-cita tinggi
3. Sukakan cabaran dan berkeyakinan tinggi

Sikap Negatif:

1. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang sia-sia.
2. Mudah sombong, tidak pentingkan perasaan orang lain dan kadang-kadang boleh bersikap kejam terhadap orang lain.

   
Dikatakan : Golongan ini boleh menjadi ketua yang baik dan dihormati. Pejuang yang sangat bagus, mudah bergaul dan penyayang. Tapi kelakuan mereka yang suka untuk menang akan menyebabkan orang di sekeliling berasa bosan terhadap mereka. Sanggup menghadapi cabaran tanpa perlu memikirkan risiko atau akibatnya.




P/S : Darah aku jenis A, semua ciri2 tue macam kena jer ngan perangai aku....

Monday, 4 June 2012

Lagi Pasal Si Raid....

Kerja aku kat umah selain dari membebel, suker snap gambar si kecik nie. Biler dah bosan snap pic, aku rakam plak aksi ngader2 dia. Sejak dia dah muler berjalan nie, lagi kerap la aku rakam aksi dier. Biler tengok2 balik, seronok pon ader.


Suker betul main bekas air aku

Biler dapat, dia asyik dok golek benda tue

Nie aksi dia tiap kali aku ajak dia p mandi, pantang jumpa air. Suker tul

Sorang Kedah tulen, sorang kacukan Kelantan+Kedah=Keladah

Ader ruper bapak dia tak? Rasa cam jauh panggang dari api hahahha

Sunday, 3 June 2012

Raid oh Raid....

Seminggu tinggalkan si kecik nie minggu lepas, alih2 balik tengok budak nie dah boleh berjalan. Tersangat la sukernyer. Semua orang cakap budak nie cepat jalan, apa taknyer baru 10 bulan. Tapi kalo ikutkan history family belah aku, kitorang 8 bulan dah start berjalan. Kirenyer si Raid nie dah lambat la.

Tapi yang sadisnyer, gigi tak tumbuh2 lagi. Air liur asyik meleleh jer. Sekarang nie segala benda nak digigitnyer. Silap2 ari bulan ader jer benda kat dalam mulut dia. Memang pantang lepa, semua nak masuk mulut.

Air liur asyik meleleh jer

Pantang lepa, asyik nak berdiri

Paling pantang biler nampak bakul kain and wayar, semua nak ditarik


Fav toy, tak pernah renggang ngan kereta. Sampai tayar keta tue dah pecah2. Kena careful sebab banyak kali tayar tue masuk mulut


Jom Terjah...

Dah terlalu lamer sesangat tak mengupdate blog, lagipun last week seminggu outstation ke Kedah. Tersangat la busy sampai takder maser nak bukak blog. And today, dengan maser yang terhad nie, aku update la sedikit info untuk dishare.

Memandangkan kerja aku sekarang nie asyik kuar outstation and menjelajah negeri, aku akan share sedikit info tentang hotel2 kat malaysia nie. Bukan aper kalo korang nak bercuti nanti, dah tak kalut nak cari hotel bajet (Dah rasa macam kerja kat agensi pelancongan dah nie hahaha). Jom tengok2.......

First hotel yang aku singgah, SP Inn (Sekarang dikenali sebagai Amanpura Hotel). Memang tersangat selesa dan luas.

Kalau bilangan family ramai n nak jimat budget, boleh tempatkan lagi satu tilam kat bawah. Harga hanya RM 135 per nite for government servant and RM158 for non government servant

Dari bilik hotel, boleh nampak swimming pool. Memang sangat sesuai untuk bawak family pergi bercuti. Surroundings jangan risau, dekat dengan tempat makan and other infras.

Next hotel is Regency Hotel (Dulu dikenali sebagai Grand Con.). Ruang sempit sikit

Harga per nite is about RM164

The most important thing is dekat dengan pusat bandar. Pekan Rabu bertentangan jalan and banyak sangat kedai makan yang pasti merabunkan mata anda


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...