Coolllzz!!

Sunday, 22 June 2014

Progress Rumah : Part 3

Ola, demam bola telah bermula. Sana sini org dok bercerita tang bola walopon sejujurnyer aku langsung tak minat bola. Xpayah la susah2 tanyer aku sokong pasukan mana, buat perabihkan boreh je. Xketinggalan en. suami yang sanggup memberuang pandakan bijik mater semata2 berjaga kerana bola walopon most of the time tv tue yang dok tengok dia. Hish melambungla bil letrik bulan ni.

Tapi aku bukan nak bercerita tang bola kt sini. Nak menyelit sikit tang progress umah setakat ni. Walopon dalam pantang aktiviti pemantauan tetap dijalankan hahahah. Yola asyik dok memerap kt umah je, bosan beb. Cahaya matahari pon xkena. Kang terlebih putih sat g duta Aurawhite plak yg dtg cri aku, jeles punyer pasal huhuhu.

Dah nampak rupa bentuk umah. Hish makin tak sabaq aku dibuatnyer. Kalau bleh nk masuk umah tahun ni gak. Tp ble pk balik perbelanjaan nak masuk umah bukan sikit, naik kecut plak raser. Dok keyhel banyak maner je yang mampu simpan every month. Kuar je umah, duit mengalir cam air. Lain la klu keje ko dok cetak duit je, ye dok.




Hai senangnyer dalam hati ble tgk umah dh terpacak hahaha. Sebenarnye en. suami siap buat video lg tang keadaan dlm umah. Tp aku xdernyer nk post kt cni, terlebih hover plak cam ko sorang ader umah. So ni je la laporan stakat ni, nnti aku hupdate lg. Chow ...

Monday, 12 May 2014

Now I'm A Mother of 2


Whoaaaa ...... rindunyer kat blog. Lama gler tak update. Sebenarnyer banyak sangat aku nak citer kat sini tapi tak tau mana nak start dulu. Idea tengah mencurah2 nie hahaha (kunun la).

Alhamdulillah, aku dah selamat bersalinkan hero ke2 aku, Muhammad Rizq Hakim.Sekarang nie umurnyer dah 46 hari dah. Bermakna aku pon telah selamat merdeka habis pantang yeayyy.

Pengalaman mengandung dan bersalinkan anak kedua kali nie memang berbeza. Betulla cakap orang tua, setiap anak memberikan pengalaman yang berbeza dan itulah kemanisan dalam hidup. So aku akan updatekan step by step semua tue. But for now i just want to share photos of my lil angel


First day kelahiran permata hati ke2. Awal 3 hari dr tarikh yg dijangkakan


Tuesday, 18 March 2014

39 weeks now and still 'Bertahan'

Wow, 39 weeks already and everything feel so 'heavy + bengkak2'. My weight now cecah 70++kg. Gosh, can't imagine macam maner la nak turunkan berat badan nanti. Raser cam anak gajah already hahaha. But Alhamdulillah, until now still lagi sihat & mampu untuk bekerja.

Next week dah kena admit kat KPMC. Hopefully everything goes ok. Even though nie pengalaman kedua bersalin, tapi perasaan takut tue tetap ader & dalam maser yang samer can't wait to deliver my second hero.

Based on my first experience, walaupun dah lewat 10 hari still jugak tak raser sakit. Lastly terpaksa serah diri sebab bb dah tak gerak. That's y kali nie doc advised me to admit to hospital biler dah sampai due date. Semua keperluan dah siap packing, just angkut and get ready for fight hahahah.

Sunday, 2 March 2014

Progress Rumah : Part 2

Dah lamer tak menjenguk tapak umah yang kami beli tue. Ari Sabtu lepas dah alang2 nak p umah adik ipar hantar bantal kekabu, kitorang pon singgah la. Nak gak tau setakat maner progressnyer. Sepanjang jalan menghala Jalan Kebun, projek perumahan baru naik mencanak2. Sampai kitorang pon tak cayer yang dulu area sini dipenuhi kelapa sawit boleh jadi semeriah nie.

Banyak umah teres, banglo n semi-D yang baru naik, tak kurang jugak kawasan yang digondolkan untuk dijadikan tapak perumahan. Pk2 balik memang tak rugi la kami beli aset kat kawasan nie. Sampai2 jer Lorong Hj Tahir, dah nampak rangka umah yang tengah dibangunkan. Hepi sungguh raser.

Kebetulan time kitorang tengah dok tinjau umah tue, datang sorang mamat ngan wifenyer tegur kitorang. Rupernyer kami berjiran. Seronok raser awal2 dah kenal jiran. Orangnyer pon peramah so kitorang tak la klekok sangat memandangkan aku ngan en. Suami nie memang sedia ramah. Sambil2 tue tanyer la berape harga yang dia bayar time beli umah nie. Dia bgtau RM275k. Aku terkejut jugak la sebab masa aku beli tahun lepas lot tengah baru RM238k jer.  Dia beli terkemudian dari aku, beza dalam 5 bulan jer.

Korang bayangkan harga umah sekarang, beza beberapa bulan jer harga dah lain. Kalo tahun nie aku tak berani nak cakapla. Maser kami beli corner lot tahun lepas harga dah cecah RM298k, tahun nie memang sah2 dah harga cecah RM300k++. Seriau kalo pk tang harga umah.



p/s : Aku der terima whatssup dr member yang keje Bank Muamalat. Dia bgtau sekarang nie kaum Cina dok pulun isi permohonan PR1MA. Permohonan dari orang Melayu memang kurang, so jangan terkejut nanti kalau umah yang dah siap rater2 dimiliki oleh orang Cina. So dia nasihatkan supaya isi permohonan PR1MA secara online, cukup syarat ker tak cukup syarat ker isi jer. Memang kaum Melayu diutamakan.....

Sunday, 16 February 2014

35 Weeks Already .............

Lamo benar tak update blog, tambah2 sekarang nie dah nak menjangkau 9 bulan bertambah2 malasnyer. Kerja ofis masih menimbun lagi dan sampai sekarang bos tak bagitau saper yang nak jalankan tugas aku nanti. Hopefully ader la yang akan pikul beban kerja aku sebelum aku bersalin. Bukan aper, taknak la nanti biler dah masuk kerja lepas habis pantang, kerja masih menimbun tak bergerak2.

Alhamdulillah, setakat ini Allah berikan kesihatan yang amat baik. Masih lagi mampu menjalankan tugas walaupun tidak secekap mana. Part2 outstation, untuk tahun nie aku dikecualikan. Mana la nak larat travel dah waktu2 macam nie.

Dan untuk kali nie, aku n Mr. Hubby dah decide untuk bersalin di hospital private. Kami pilih untuk bersalin di KPMC Puchong Medical Centre. Lagipon hanya 15 minit jer dari rumah. Bukan tak yakin dengan government hospital, but kali nie aku nak Mr. Hubby sentiasa ader temankan aku. Pengalaman bersalin anak pertama di hospital kerajaan dulu buat aku serik. Yerla, husband hanya boleh temankan aku time melawat jer. Time lain, sensorang tanggung kesakitan.

Hari Sabtu lepas, buat check up kat KPMC dengan Dr. Haslinda, berat bb kali nie kecik sikit kalo nak dibandingkan dengan Raid dulu. Tapi aku tak kisah semua tue, janji bb sihat dan aktif. Itu dah cukup bagi aku. Dr. Haslinda nie yang akan sambut kelahiran bbku nanti. Cukup lembut orangnyer, dan setakat nie aku cukup berpuas hati ngan khidmatnyer.

Raid yang sabar menunggu mama buat check up















Wednesday, 1 January 2014

Preview Novel : Doktor Cinta

Hai guys, happy new year 2014. May Allah bless you all. Harapan aku agar Allah permudahkan semua urusanku di dunia dan akhirat. Moga selamat dan diberkati selalu. Cam biasa, kalo orang lain sebok ngan planning and azam tahun baru, aku sebok ngan novel hahaha. Walopon sekarang aku dah preggie 7 months, tapi nak tinggalkan hobi yang satu nie agak susah.
 
Aku baru jer habiskan 1 novel nie, karya Dyadila. Novel Doktor Cinta nie memang sempoi giler. Yang paling best adalah bahasa yang digunakan, tak jemu and sangat sesuai sebagai bacaan ringan. Walau bagaimanapun banyak isu kekeluargaan yang boleh kiter contohi diselitkan dalam novel nie.
 
Kisah Mazliana yang agak gila2, anak manja yang suka berdikari dan membantu orang. Hidupnya berubah 360 darjah biler terpaksa berlakon jadi tunang Tengku Iskandar. Dari minah sempoi kepada haru biru. Keadaan bertambah rumit biler Julia Hana, cinta pertama Tengku Iskandar muncul. Macam2 adegan yang mencuit hati timbul. Tapi saat yang paling sedih biler si Mazliana kehilangan kedua parents dia.
 
So kepada peminat novel, mmg aku suggestkan novel nie untuk bacaan and koleksi korang. 4 1/2 bintang out of 5 stars. Enjoy reading.......
 
 
 

Thursday, 19 December 2013

Preview Novel : Kasih Vila Cinta

Aku baru jer habis baca novel nie. Novel nie mengisahkan ttg sebuah vila yang diberi nama Teratak Kilau yang terletak di Pahang di mana pernah terjadi kejadian pembunuhan di situ. Orang kampong mmg takkan p la tempat tue sebab percaya akan ditimpa mala petaka.
 
Actually pada awalnyer, jalan cerita mmg bosan. Tambah2 penggunaan bahasa yang terlalu kompleks dan padat. But believe me, once u start reading it, susah nak berenti. Tambahan lak biler ader plot2 pembunuhan dan pembunuhnyer masih dalam teka-teki.
 
Tapi yang tak bestnyer sampai kesudah tak tau maner disorokkan mangsa-mangsa pembunuhan tersebut. Geram plak jadinyer. Tiga bintang setengah out of 5.
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...