Coolllzz!!

Tuesday, 23 July 2013

Thanks Again Mysurvey

Hahahaha dapat lagi. Anyway thanks Mysurvey. Aku terima envelope nie semalam time tengah dok sibuk kursus.
 


 

Progress Rumah : Part 1

Biler nak bercerita jer tang umah, aku cukup excited. Ari2 dok google everything yang berkait rapat ngan umah, terutama tanaman pokok hiasan di halaman umah and renovation. Memandangkan ini rumah pertama kami, tahap keterujaan tue lain macam. Bukan tujuan nak menunjuk2, jauh sekali nak riak tapi sekadar berkongsi pengalaman, bak kater omputih "Sharing is Caring" although not everything you can share with people.
 
So minggu lepas tetiber jer En. Suami ajak p tengok tapak umah, yer la kalo ikutkan developer hujung bulan nie baru start progressnyer. So lepas shopping kat Mydin, kitorang pon menapak la ke Jalan Kebun. Sambil2 tue mater melilau melihat projek2 perumahan terkini.
 
Macam tak percayer, area situ dah terlalu banyak projek perumahan sedang berjalan. Kalau tahun 2012 masih banyak lagi kelapa sawit, tapi sekarang dah arwah kebun2 sawit tue. Macam2 rumah naik, Semi D, banglo, teres, macam-macam ada. Tak hairan la aku kalo rumah teres setingkat kat area situ this month starting price is RM279k.
 
So ini pic yang sempat aku snap. Setakat nie kerja2 meratakan tanah dah bermula. Raser nak p tengok tiap2 minggu. Kalo ikutkan plan tapak umah aku betul2 tepi jalan.
 


Inilah nama projek perumahan tue, Taman Orkidea
 
Kerja2 meratakan Tanah dah mula. 2 bulan lepas kat sini masih hutan rimba, risau aku tengok
 
Kat sebelah tue Projek Perumahan Bandacaya 2.
 
Nie la tapak umah aku nanti, In Sha Allah. moga dipermudahkan semua
 

Monday, 15 July 2013

Hepi Belated Birthday, Boy

Dah lamer sesangat tak hapdate blog, teramat la tak sempatnyer. Sepatutnyer ari tue lagi aku post tang birthday Raid.

Anyway 12 Julai 2013 minggu lepas maka genapla umur anak terunaku 2 tahun. Memang pada awalnyer kitorang plan nak celebrate buat makan2, tetapi memandangkan bulan Ramadhan dan kebetulan birthdaynya plak jatuh hari Jumaat, so kami decide beli kek then hembus jer kat umah. Jadik la daripada tak der.
 
So Raid, Happy Birthday and may Allah bless u. Moga jadi anak yang membahagiakan dan membanggakan hati papa mama. Love u more and more.....


Ini je la kek yang aku sempat rembat, Black Forest Cake


Budak yang teruja tengok lilin
 
Muka terkezut

X menyempat betul, suker sangat coklat sampai terpejam mater menikmati
 
Ngan papa. Mama tukang ambik gambo jer la
 
Habis satu slice besar dia makan sorang
 
Kalo makan memang tak pandang kiri kanan dah
 

Thursday, 4 July 2013

Thanks MySurvey.....

Pepagi sampai ofis tadi, ade envelope atas meja. Rasernyer semalam masa aku tinggalkan ofis, atas meja takder aper. Biler tengok kat envelope tue ader nama aku, terus ngan tak sabarnyer nak bukak. Ohhh rupernyer voucher McD dari MySurvey. Nie kali pertama aku dapat. Sat g nak p serbu McD, punyer la tak menyempat. Anyway thanks MySurvey....


Wednesday, 3 July 2013

Alhamdulillah......

Aku bersyukur atas semua kurniaan Allah pada kami sekeluarga. Walaupun kami belum ader rezeki nak tambah baby lagi, tapi alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak memiliki rumah sendirik. Dulu selalu berangan kalo boleh nak ader umah bila umur cecah 30 tahun, tapi nampaknyer tersasar sikit. Minggu lepas biler dapat tau Bahagian Perumahan dah luluskan loan, aku rase hepi sangat2. Dah tak larat nak dok menyewa, asyik dok bagi duit tiap bulan kat orang.
 
Actually umah nie kami dah book tahun lepas lagi, so price pon tahun lepas punyer. Tahun nie aku dapat tau harganyer dah meningkat. Setelah berbulan2 dok meninjau projek rumah, akhirnya kami bersetuju beli umah area Jalan Kebun, Shah Alam. Tue pon setelah dikaji dari segi kemudahan yang ader area situ. Rumah yang kami bei nie bersebelahan ngan Kota Kemuning. Memang infra dah lengkap dan dengar khabar kat area Kota Kemuning akan ader projek MRT.
 
Masa tahun lepas book, harga rumah teres setingkat bagi intermediate unit RM234k untuk keluasan 20x74 (tanah) dan 20x49 (saiz binaan). Tapi kitorang dari dulu lagi target memang nak beli corner lot. Aku nie suker benor tanam pokok, kalo takder ruang nak bela pokok better beli apartment jer. So dapatla beli corner lot dengan keluasan 40x74 dengan rega RM298k. Tahun nie harga umah tue dah naik RM345k. Apa taknyer area Jalan Kebun tue rumah tumbuh macam cendawan. Ader jer projek umah yang naik, so aku rasa investment kami memang berbaloi.
 
Semalam dapat tau dari member2, rumah teres setingkat yang baru naik area tue starting price RM275k. Biler dengar harga umah melambung2 naik, aku rasa tegak bulu roma. Macam tak logik harga sekarang. Tapi kalo tak beli awal2 nanti lagi mahal harganyer.
 
Nie la lakaran bentuk umah tue. In Sha Allah, tahun 2015 siap la umah idaman. Aku tak sabar nak tunggu siap. Banyak plan dalam kepala ni
 
 


 

Monday, 17 June 2013

The Saddest Thing In My Life....

Ari tue selepas dapat tau aku disahkan pregnant, both of my parents and in laws hepi sangat. My husband macam biasa la, aku sebut jer nak aper terus dapat. Dia akan usaha jugak sampai dapat terutamanyer kalo tang makan. Syukur aku pada Allah dikurniakan dengan husband yang cukup penyayang dan bertanggungungjawab.
 
Tapi mungkin bukan rezeki kami agaknyer, lagi 2 hari kandungan aku nak masuk 2 bulan, aku start bleeding. Masa mula2 aku perasan ada brown spot macam awal2 period, aku dah berdebar. Disebabkan hari dah petang sangat, kami decide buat check up di klinik pakar sakit puan area rumah. Doc said rahim aku tak kuat then dia bagi ubat untuk kuatkan rahim dan datang balik dalam masa 10 hari.
 
Then pagi2 esok (13 Jun 2013) aku menapak ke klinik panel area office. Doc scan but the image of baby not really convincing. Brown spot makin banyak then the doc advised me untuk refer pada hospital. Kami ke HKL pada sebelah petang dan sekali lg scan. Masa scan tue doc bagitau rahim aku kosong, takder aper2. Second scan darah kuar makin kerap. Doc bagitau aku ader 2 kemungkinan, maybe aku pregnant luar rahim or maybe proses kejadian baby tak sempurna. Sample darah diambil untuk pengesahan. Hari sabtu (15 Jun 2013) aku kena datang HKL lagi untuk ambik sample darah kali kedua.
 
Esoknyer (14 Jun 2013) aku just rest kat umah. Then malam tue bermula la episod kesakitan. Perut memulas2 dan darah keluar berketul2. Aku dapat rasakan aku dah keguguran. Husband always by my side, letak minyak then urut. Dia nak bawak aku ke hospital tapi aku yang tak nak pergi. Hari sabtu malam tue after pemeriksaan lanjut, doctor sahkan aku keguguran sebab proses kejadian baby tak sempurna. Aku redha dan terima walaupun agak sedih.
 
So sekarang terpaksa la berpantang. My family and in laws banyak bagi support kat aku. Nasib baik aku dah ader Raid, kalo tak lagi sedih. Mungkin ader hikmah di sebalik semua nie.
 
 
 
 

Thursday, 6 June 2013

Wow, 6 weeks??

Can't believe it, tapi aku rasa bersyukur sesangat. Semalam p check doctor and then i got the news, aku dah preggy 6 minggu. Time tue, terus wordless sampai doc pun panic ingatkan aku tak suke biler dengar that news.
 
Aku langsung tak sangka, memang dari dulu lagi pon period aku tak pernah tetap. Kejap datang awal bulan, kejap akhir bulan. But when last month period langsung tak datang buat aku risau. Yerla sekarang banyak tol penyakit pelik2. So disebabkan kerisauan tue, aku gagahkan kaki menapak ke klinik. Kalo tak jangan harap la, cukup tak suker jumpa doc.
 
Biler pk balik bagus jugak, lagipon Raid dah 1 tahun 10 bulan. It's a right time untuk tambah sorang lagi. Aku dijangka due 30 Jan 2014. Tapi kalo ikotkan pengalaman yang lepas masa mengandungkan Raid, aku bersalin lewat 10 hari. Siap kena induce tapi baby tak nak jugak keluar. Last2 biler baby dah lemas terpaksa la operate.
 
Hopefully this time tak macam tue. And aku harap sangat this time dapat bb gal.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...