Coolllzz!!

Wednesday, 27 November 2013

Mee Rebus Tulang, Restoran ZZ, Johor

Actually aku baru jer balik dari Johor. Dah jadik mak buyung pon masih kuar outstation. Haiii naseb badan ler. So sebelum pulang ke KL, sempat la malam tue p pekena mee rebus tulang, Restoran ZZ. Aku dok terbayang kalo kat KL, mee rebus tak la heavy sangat. Bukan aper, pompuan pregnant macam aku kena jaga sikit bab makan. Yer la tak boleh terlebey gula, terlebey garam kang tak pasal tebal telinga kena leter ngan doc.
 
Sampai jer saner tengok quite ramai orang. Mulernyer cadang nak makan bersila, tapi aku sah2 la tak selesa ngan keadaan sekarang nie. So kami pilih la pondok yang tepi sekali, bukan aper sambil makan boleh la sembang. Nak gelak kuat2 pon takper, sebab dok jauh sikit dari org lain.
 
Sampai jer, terus order mee rebus tulang nagn air teh o panas. Lebih kurang 15 minit, order sampai. Hah ambik, aku dah muler risau tengok tulang yg besar2. Penuh 1 pinggan, caner nak perabih. Tapi be honest aku cakap, mmg sedap gler. Patut la ramai orang makan sini.
 
Nie la ruper mee rebus tue

Jenuh nak perabih bai
 

Galaxy Gear..... oh my, I'm a winner !!!

Macam tak percayer jer, macam best jer hahahah. Actually kejadian nie dah 2 minggu, tapi tak sempat nak update. Alhamdulillah, rezeki bb agaknyer. Aku sajer2 jer join contest selepas beli Galaxy Notes 3 n seminggu sebelum tue terima sms from Samsung mention that aku salah seorang finalis. Aku tak ler harap sangat, dah sah2 la penyertaan dari seluruh Malaysia, ramai siot.
 
So biler PA bos aku letak kotak atas meja, aku dah muler wonder. Sebabnyer birthday lambat lg, makhluk maner ler bg hadiah nie. Bukak jer kotak, hah hambik ko. Terjerit aku dibuatnyer. Macam tak cayer.
 
Surat dr Samsung

Kotak Galaxy Gear

Nie la ruper bendalah tue
 

Sunday, 10 November 2013

Dah 5 Bulan......

Diam tak diam, rasa cam cepat sangat masa berlalu. Sekarang nie dah 5 bulan aku preggy. Alhamdulillah, walaupon rasa mual tue agak berlebih kalo nak compare time pregnantkan Raid dulu, tapi setakat nie semua berjalan lancar. Biler masok 5 bulan nie, time nie la raser terlalu berat nak kuar outstation. Malas tahap dewa, rasa cam tak terlarat sesangat. Tapi dah skop kerja aku banyak buat tugasan luar, hadap jer la.
 
Apa yang aku perhatikan, nafsu makan kali nie makin menjadi2 sampai kadang2 penat sendiri sebab terover makan. Nasib baik En. Suami layan jer. Ari tue tekak teringin sangat nak makan buah pulasan. Melilau En. Suami mencarik, naseb baik ader jual kat Chow Kit, itu pon dah tinggal yang last. 3 kilo, sehari je aku hadap. Pastu esok tue plak mengidam nak makan manggis. Lagi sekali la En. Suami melilau kat Chow Kit tue hahahah. Memang kalo tiap kali pregnant, aku mesti teringin nak makan banyak buah. Kalo boleh biar peti ais tue penuh ngan buah jer, baru senang hati aku.
 
Asyik makan jer, muker pon dah bolat

Nie lah buah pulasan yang aku teringin sangat tue. Rasernyer manis sesangat. Puas hati
 

Sunday, 25 August 2013

Preview Novel : Projek Memikat Suami

Dah lamer tak buat preview novel walopun setiap minggu aku akan habiskan 1 novel. Tetapi memandangkan novel nie menarik sangat dan aku amat galakkan kaki novel kat luar saner supaya korang bacer la novel nie.
 
Ok novel 'Projek Memikat Suami' karya Hanina Abdullah nie berkisarkan perkahwinan yang dirancang family. Zahrain dipaksa berkahwin dengan Nawwal Husna yang ketika itu baru tamat belajar. Disebabkan jarak umur dan tiada rasa cinta yang wujud. maka konflik antara keduanya tak pernah surut. Tambah2 plak si Zahrain nie 'boya' (playboy).
 
Berlainan dengan Zahrain, Husna sebaik mungkin memastikan kehidupan rumah tangganya Berjaya dan menerima jodoh yang ditetapkan dengan redha. Pelbagai tip rumah tangga yang telah diajar oleh 2 orang kakaknya (master-ji dan side-kick) dipraktikkan tanpa rasa putus asa.
 
Memang best novel nie, aku bagi 4 out of 5 stars. Banyak tips yang berguna boleh dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga. So guys, kalo nak tau lebih lanjut kena bacer novel nie.
 
 

Rezeki Allah Tetap Ada

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Kuasa atas segala rezeki dan kurniaanNya. Tahun 2013 merupakan tahun yang paling 'ong' bak kater orang ciner bagi kami sekeluarga. Semoga ianya berterusan bagi tahun2 yang mendatang.
 
Tahun nie rezeki kami dapat beli umah pertama, walaupun projek tue dijangka siap tahun 2015. Sabar je la. Tahun nie jugak aku dah diserapkan ke jawatan tetap, setelah beberapa tahun berkhidmat dengan MARA dan last but not least aku dah disahkan pregnant again. Yessss i'm pregnant 2 bulan lebih. Rezeki Allah tak siapa dapat menduga.
 
Biler pk2 balik, ader lagi impian aku masih belum tercapai. Tahun nie aku masih lagi belum berjaya bawak parents aku ke Mekah disebabkan masaalah kesihatan ayah. Tapi takper, impian yang satu aku akan pastikan tercapai jugak. Moga Allah permudahkan segalanya.
 
So minggu nie dah mula terasa morning sickness, hopefully taklah teruk memandangkan masa first pregnant dulu aku alahan seminggu jer. Ari2 dok berangan nak anak girl, hiiiiii seronoknya kalo kali nie aku dapat girl.... (terus berangan and berangan)...

Tuesday, 23 July 2013

Thanks Again Mysurvey

Hahahaha dapat lagi. Anyway thanks Mysurvey. Aku terima envelope nie semalam time tengah dok sibuk kursus.
 


 

Progress Rumah : Part 1

Biler nak bercerita jer tang umah, aku cukup excited. Ari2 dok google everything yang berkait rapat ngan umah, terutama tanaman pokok hiasan di halaman umah and renovation. Memandangkan ini rumah pertama kami, tahap keterujaan tue lain macam. Bukan tujuan nak menunjuk2, jauh sekali nak riak tapi sekadar berkongsi pengalaman, bak kater omputih "Sharing is Caring" although not everything you can share with people.
 
So minggu lepas tetiber jer En. Suami ajak p tengok tapak umah, yer la kalo ikutkan developer hujung bulan nie baru start progressnyer. So lepas shopping kat Mydin, kitorang pon menapak la ke Jalan Kebun. Sambil2 tue mater melilau melihat projek2 perumahan terkini.
 
Macam tak percayer, area situ dah terlalu banyak projek perumahan sedang berjalan. Kalau tahun 2012 masih banyak lagi kelapa sawit, tapi sekarang dah arwah kebun2 sawit tue. Macam2 rumah naik, Semi D, banglo, teres, macam-macam ada. Tak hairan la aku kalo rumah teres setingkat kat area situ this month starting price is RM279k.
 
So ini pic yang sempat aku snap. Setakat nie kerja2 meratakan tanah dah bermula. Raser nak p tengok tiap2 minggu. Kalo ikutkan plan tapak umah aku betul2 tepi jalan.
 


Inilah nama projek perumahan tue, Taman Orkidea
 
Kerja2 meratakan Tanah dah mula. 2 bulan lepas kat sini masih hutan rimba, risau aku tengok
 
Kat sebelah tue Projek Perumahan Bandacaya 2.
 
Nie la tapak umah aku nanti, In Sha Allah. moga dipermudahkan semua
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...