Coolllzz!!

Sunday, 16 February 2014

35 Weeks Already .............

Lamo benar tak update blog, tambah2 sekarang nie dah nak menjangkau 9 bulan bertambah2 malasnyer. Kerja ofis masih menimbun lagi dan sampai sekarang bos tak bagitau saper yang nak jalankan tugas aku nanti. Hopefully ader la yang akan pikul beban kerja aku sebelum aku bersalin. Bukan aper, taknak la nanti biler dah masuk kerja lepas habis pantang, kerja masih menimbun tak bergerak2.

Alhamdulillah, setakat ini Allah berikan kesihatan yang amat baik. Masih lagi mampu menjalankan tugas walaupun tidak secekap mana. Part2 outstation, untuk tahun nie aku dikecualikan. Mana la nak larat travel dah waktu2 macam nie.

Dan untuk kali nie, aku n Mr. Hubby dah decide untuk bersalin di hospital private. Kami pilih untuk bersalin di KPMC Puchong Medical Centre. Lagipon hanya 15 minit jer dari rumah. Bukan tak yakin dengan government hospital, but kali nie aku nak Mr. Hubby sentiasa ader temankan aku. Pengalaman bersalin anak pertama di hospital kerajaan dulu buat aku serik. Yerla, husband hanya boleh temankan aku time melawat jer. Time lain, sensorang tanggung kesakitan.

Hari Sabtu lepas, buat check up kat KPMC dengan Dr. Haslinda, berat bb kali nie kecik sikit kalo nak dibandingkan dengan Raid dulu. Tapi aku tak kisah semua tue, janji bb sihat dan aktif. Itu dah cukup bagi aku. Dr. Haslinda nie yang akan sambut kelahiran bbku nanti. Cukup lembut orangnyer, dan setakat nie aku cukup berpuas hati ngan khidmatnyer.

Raid yang sabar menunggu mama buat check up















Wednesday, 1 January 2014

Preview Novel : Doktor Cinta

Hai guys, happy new year 2014. May Allah bless you all. Harapan aku agar Allah permudahkan semua urusanku di dunia dan akhirat. Moga selamat dan diberkati selalu. Cam biasa, kalo orang lain sebok ngan planning and azam tahun baru, aku sebok ngan novel hahaha. Walopon sekarang aku dah preggie 7 months, tapi nak tinggalkan hobi yang satu nie agak susah.
 
Aku baru jer habiskan 1 novel nie, karya Dyadila. Novel Doktor Cinta nie memang sempoi giler. Yang paling best adalah bahasa yang digunakan, tak jemu and sangat sesuai sebagai bacaan ringan. Walau bagaimanapun banyak isu kekeluargaan yang boleh kiter contohi diselitkan dalam novel nie.
 
Kisah Mazliana yang agak gila2, anak manja yang suka berdikari dan membantu orang. Hidupnya berubah 360 darjah biler terpaksa berlakon jadi tunang Tengku Iskandar. Dari minah sempoi kepada haru biru. Keadaan bertambah rumit biler Julia Hana, cinta pertama Tengku Iskandar muncul. Macam2 adegan yang mencuit hati timbul. Tapi saat yang paling sedih biler si Mazliana kehilangan kedua parents dia.
 
So kepada peminat novel, mmg aku suggestkan novel nie untuk bacaan and koleksi korang. 4 1/2 bintang out of 5 stars. Enjoy reading.......
 
 
 

Thursday, 19 December 2013

Preview Novel : Kasih Vila Cinta

Aku baru jer habis baca novel nie. Novel nie mengisahkan ttg sebuah vila yang diberi nama Teratak Kilau yang terletak di Pahang di mana pernah terjadi kejadian pembunuhan di situ. Orang kampong mmg takkan p la tempat tue sebab percaya akan ditimpa mala petaka.
 
Actually pada awalnyer, jalan cerita mmg bosan. Tambah2 penggunaan bahasa yang terlalu kompleks dan padat. But believe me, once u start reading it, susah nak berenti. Tambahan lak biler ader plot2 pembunuhan dan pembunuhnyer masih dalam teka-teki.
 
Tapi yang tak bestnyer sampai kesudah tak tau maner disorokkan mangsa-mangsa pembunuhan tersebut. Geram plak jadinyer. Tiga bintang setengah out of 5.
 
 
 
 

Wednesday, 27 November 2013

Mee Rebus Tulang, Restoran ZZ, Johor

Actually aku baru jer balik dari Johor. Dah jadik mak buyung pon masih kuar outstation. Haiii naseb badan ler. So sebelum pulang ke KL, sempat la malam tue p pekena mee rebus tulang, Restoran ZZ. Aku dok terbayang kalo kat KL, mee rebus tak la heavy sangat. Bukan aper, pompuan pregnant macam aku kena jaga sikit bab makan. Yer la tak boleh terlebey gula, terlebey garam kang tak pasal tebal telinga kena leter ngan doc.
 
Sampai jer saner tengok quite ramai orang. Mulernyer cadang nak makan bersila, tapi aku sah2 la tak selesa ngan keadaan sekarang nie. So kami pilih la pondok yang tepi sekali, bukan aper sambil makan boleh la sembang. Nak gelak kuat2 pon takper, sebab dok jauh sikit dari org lain.
 
Sampai jer, terus order mee rebus tulang nagn air teh o panas. Lebih kurang 15 minit, order sampai. Hah ambik, aku dah muler risau tengok tulang yg besar2. Penuh 1 pinggan, caner nak perabih. Tapi be honest aku cakap, mmg sedap gler. Patut la ramai orang makan sini.
 
Nie la ruper mee rebus tue

Jenuh nak perabih bai
 

Galaxy Gear..... oh my, I'm a winner !!!

Macam tak percayer jer, macam best jer hahahah. Actually kejadian nie dah 2 minggu, tapi tak sempat nak update. Alhamdulillah, rezeki bb agaknyer. Aku sajer2 jer join contest selepas beli Galaxy Notes 3 n seminggu sebelum tue terima sms from Samsung mention that aku salah seorang finalis. Aku tak ler harap sangat, dah sah2 la penyertaan dari seluruh Malaysia, ramai siot.
 
So biler PA bos aku letak kotak atas meja, aku dah muler wonder. Sebabnyer birthday lambat lg, makhluk maner ler bg hadiah nie. Bukak jer kotak, hah hambik ko. Terjerit aku dibuatnyer. Macam tak cayer.
 
Surat dr Samsung

Kotak Galaxy Gear

Nie la ruper bendalah tue
 

Sunday, 10 November 2013

Dah 5 Bulan......

Diam tak diam, rasa cam cepat sangat masa berlalu. Sekarang nie dah 5 bulan aku preggy. Alhamdulillah, walaupon rasa mual tue agak berlebih kalo nak compare time pregnantkan Raid dulu, tapi setakat nie semua berjalan lancar. Biler masok 5 bulan nie, time nie la raser terlalu berat nak kuar outstation. Malas tahap dewa, rasa cam tak terlarat sesangat. Tapi dah skop kerja aku banyak buat tugasan luar, hadap jer la.
 
Apa yang aku perhatikan, nafsu makan kali nie makin menjadi2 sampai kadang2 penat sendiri sebab terover makan. Nasib baik En. Suami layan jer. Ari tue tekak teringin sangat nak makan buah pulasan. Melilau En. Suami mencarik, naseb baik ader jual kat Chow Kit, itu pon dah tinggal yang last. 3 kilo, sehari je aku hadap. Pastu esok tue plak mengidam nak makan manggis. Lagi sekali la En. Suami melilau kat Chow Kit tue hahahah. Memang kalo tiap kali pregnant, aku mesti teringin nak makan banyak buah. Kalo boleh biar peti ais tue penuh ngan buah jer, baru senang hati aku.
 
Asyik makan jer, muker pon dah bolat

Nie lah buah pulasan yang aku teringin sangat tue. Rasernyer manis sesangat. Puas hati
 

Sunday, 25 August 2013

Preview Novel : Projek Memikat Suami

Dah lamer tak buat preview novel walopun setiap minggu aku akan habiskan 1 novel. Tetapi memandangkan novel nie menarik sangat dan aku amat galakkan kaki novel kat luar saner supaya korang bacer la novel nie.
 
Ok novel 'Projek Memikat Suami' karya Hanina Abdullah nie berkisarkan perkahwinan yang dirancang family. Zahrain dipaksa berkahwin dengan Nawwal Husna yang ketika itu baru tamat belajar. Disebabkan jarak umur dan tiada rasa cinta yang wujud. maka konflik antara keduanya tak pernah surut. Tambah2 plak si Zahrain nie 'boya' (playboy).
 
Berlainan dengan Zahrain, Husna sebaik mungkin memastikan kehidupan rumah tangganya Berjaya dan menerima jodoh yang ditetapkan dengan redha. Pelbagai tip rumah tangga yang telah diajar oleh 2 orang kakaknya (master-ji dan side-kick) dipraktikkan tanpa rasa putus asa.
 
Memang best novel nie, aku bagi 4 out of 5 stars. Banyak tips yang berguna boleh dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga. So guys, kalo nak tau lebih lanjut kena bacer novel nie.
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...