Coolllzz!!

Wednesday, 22 October 2014

Rizq, 6 Month Already

Hai, pejam celik, pejam celik si kecik ni dah 6 bulan. Nasib baik pejam celik, pejam celik. Kalo pejam tak celik2, tak ke haru jadinyer hahaha. Macam sat sangat, dah besar dah dak tecit nie. Sekarang ni gigih sungguhla merangkak. Pantang lepa, tengok2 dah ke depan merangkak.

Tapi yang tak tahan tu, tangan pon ligat samer la. Mengutip saner cni bawak masok ke mulut. Aku memang kene sentiasa awasi dia. Yerla, kang dikulum taik cicak tak ker naye. Mintak2 jangan la. Sejak dia dah laju merangkak nie, begitu la lajunyer aku sapu umah ari2. Supaya takder benda2 organik yang terdampar kat lantai yang boleh bawak kemungkinan untuk dikulum huhuhu.

Mater tu yang tak tahan. klu nak something, buat mater camtu aku memang kalah

Memang pandai posing
Jeling2 manja gitu

Progress Rumah : Part 4

Assalam n very gud morning to all. Lama sungguh la tak update blog. Ntah la memang lately aku langsung tak sempat nak jenguk blog pon. Nak kater sebok sangat tue, tak der la. Tapi paperwork tetap gak melambak atas meja. Yerla, dah namer pon kerja. Klu nak goyang kaki baik dok umah, tui dakk? Dok umah pon lom tentu sempat goyang kaki, nak layan anak2 lagi.


Ni ha, sebelum aku melalut lebih jauh better aku concentrate pada tajuk entri. Sebenarnye tiap2 bulan aku p jenguk progress umah. Tapi memandangkan perubahan tue tak ketara sangat takder la aku update. Oleh kerana berbulan2 dah tak update, so kali nie aku tempek la sikit gambar progress umah tue. Lawatan tapak dijalankan semalam ye, sempena cuti Deepavali hahaha.


Setakat ni dalam 60-70% progressnye n kerja2 mencantikkan dalaman umah sedang giat dijalankan.


Ni gambar secara keseluruhan projek


Terpaksa interprem umah aku. See, kerja2 rangka kasar dah siap


Sekarang kan musim ujan, memang keadaan sedikit lecak. Tapi jangan risau sebab area rumah tue memang clear daripada banjir. Alhamdulillah


Nak tunjuk kat korang, ni la keluasan ruang tamu. Terpk plak biler dah masok perabot bagai, aiyakk sempitnyer


Ni area belakang rumah, ader la lebihan dalam 3, 4 kaki lagi


Ni part dalam.
Pada pandangan aku la, memandangkan rumah ni berbumbung tinggi melangit n kalo tengok dari luar memang orang akan ingat teres 2 tingkat, berbaloi klu nak renovate jadikan 2 tingkat. Tapi itu hanya pendapat aku la. Sekarang ni aku sendiri pon tengah gigih kumpulkan duit untuk persediaan renovation. Cumernyer terpk sama ader nak tarik ketepi atau jadikan 2 tingkat memandangkan aku beli corner lot. Tapi tue semua perlukan duit beb. Tengok la caner nanti. 

ini jer review untuk kali ni. Nanti aku update lagi k

Sunday, 22 June 2014

End of Confinement n Feel Unhappy

Yuhuu, maka dengan ini tamat sudah tempoh pantang n secara rasminyer esok dah mula start keje. What?? Mean that esok dah masuk ofis huhuhu. Bile dh lamer sangat bercuti inilah jadinyer. Terasa beratnyer, malasnyer, tak sanggupnyer nak mula keje. Esok dah mula tinggalkan si kecik ni ngan pengasuh.

Nak dijadikan citer, minggu lepas kami agak kelam kabut jugakla nak mencari pengasuh. Kebanyakan dh xsanggup nk ambik bb sbb dh mengasuh ramai budak. Aku cukup risau tambah plak dh nk start keje. Xkan nk kelek ank bwk masuk ofis. Tue gle cadburry namanyer. Ke hulu ke hilir jugak la kami mencari memandangkan taska kt tmpt keje penuh. Klu x, senang sikit. Antar je kt taska tue samer ngan Raid.

Rezeki kami agaknyer, 2 3 ari lepas tue ada pegawai yang bru posting dr kem Subang. Wife mmg suri rumah sepenuh masa. En husband apa lg, p la menebalkan kulit muka tye nk mengasuh bb x dan alhamdulillah wifenyer sblm ni mmg mengasuh bb. So sabtu minggu lepas ktorg p umah nk berkenalan dan aku cukup lega ble tau yg dorg hye ada sorg anak sebaya Raid n anak aku satu2nyer yang dorg akan jaga. Fuh lega, aku klu bleh nk elak antar kt pengasuh yg mengasuh ramai budak, nnti dia xbleh nk concentrate kt anak aku.

Akak yg akan jaga anak aku tue namanyer Kak Fida. Cukup lembut orangnyer and mmg peramah. Tapi tue baru dr luaran dan hopefully dia bleh mengasuh anak aku dengan sebaiknyer. Risau wei nk tinggal ank ngan orang tmbah plak sekarang ni byk kes dera kanak2. Mintak dijauhkan la benda2 macam ni.


Esok mama dh nk start keje. Berat hati nak tinggal lil' boss ni. Gonna miss u every minute!

Hernia mengajar aku apa itu erti syukur....

Patutnyer dah lama aku hupdate pasal ni, tp korang tau la ble ader bb kecik ni bukan setiap masa ko bleh hadap blog. Most of the time mmg xcukup rest dan menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Setiap detik akan jadi begitu berharga dan aku belajar menghargai dan mensyukuri apa yang ada. Alhamdulillah...

Bercerita tentang hernia, yes my son born with it. Hernia atau angin pasang tak seindah nama. Aku mula perasan tang ni ble one day masa nak tuam perut bb, en suami tegur tang benjolan kat ari2 belah kiri. Masa tue umur bb dh 40 hari. Ble aku tuam area benjolan tue, bb kentut2 n benjolan tue surut. Aku ingatkan tue perkara biasa sehinggalah petangnyer benjolan tue ader balik n from that day my life is such a disaster.

Aku tak sedap hati bwk ke KPMC but unfortunately that general surgeon told me that he doesn't handle bb bawah setahun. He suggested us to refer to whether HUKM or HKL. Kami decide ke HKL.

Sampai kt HKL, aku dh expect mesti crowded gle then after lot of questionnaires n stages, kami diarahkan ke wad kanak2. Apa yg buat aku sedikit sentap ble one of the young doc told me itu perkara biasa bg bb n set another appointment in 2 weeks time utk refer specialist. Dlm tmpoh nk tggu 2 minggu tue, my bb dh start meragam. Asyik nangis n that benjolan makin membesar. Aku pon ikut nangis sama ble tgk keadaan bb. I'm not that strong.

Cukup 2 minggu, pg2 lg menghala ke HKL untuk jumpa specialist tp malangnyer young doc yg pd pendapat aku doc pelatih yg kami jumpa. Wlu dh mcm2 aku ckp but this doc xambik serius n tetapkan supaya operation dijalankan pd Sept. Allah Maha Besar, tengah dok berdebat lalu la sorg specialist then aku cerita keadaan bb. Tarikh operation diawalkan by the end of May means that lg 2 minggu. Alhamdulillah syukur. Sebenarnyer byk perkara n kejadian yg terjangka terjadi sepanjang dok refer HKL. Tp aku raser xperlula cerita kt cni.

Tibe waktu yg ditetapkan, aku n bb ditahan sehari sebelum hari operation. Pengalaman 3 hari 2 malam di wad kanak2 banyak mengajar aku. Macam2 cerita, melihat dengan mata sendiri penderitaan kanak2 lain dan ketabahan ibu bapa masing2 membuat aku insaf. Ada hikmahnyer atas setiap ujian Allah.

Operation berjalan lancar, tp sebelum tue bb kena puasa 4 jam. Nasib baik bb xbanyak ragam sebelum n selepas operation. Tp tang penat jangan citer la tmbh2 time tue aku masih lg dlm pantang. Ble semua dh settle, lega yang teramat aku raser.

Just nak share parut selepas operation, panjang dlm 2cm. Hernia ada 3 jenis iaitu benjolan berisi cecair, angin atau usus. Dalam kes bb aku, ianya melibatkan usus. Jalan penyelesaian adalah operation di mana jaring akan dimasukkan bg mengelakkan usus terkeluar ke ari2

Progress Rumah : Part 3

Ola, demam bola telah bermula. Sana sini org dok bercerita tang bola walopon sejujurnyer aku langsung tak minat bola. Xpayah la susah2 tanyer aku sokong pasukan mana, buat perabihkan boreh je. Xketinggalan en. suami yang sanggup memberuang pandakan bijik mater semata2 berjaga kerana bola walopon most of the time tv tue yang dok tengok dia. Hish melambungla bil letrik bulan ni.

Tapi aku bukan nak bercerita tang bola kt sini. Nak menyelit sikit tang progress umah setakat ni. Walopon dalam pantang aktiviti pemantauan tetap dijalankan hahahah. Yola asyik dok memerap kt umah je, bosan beb. Cahaya matahari pon xkena. Kang terlebih putih sat g duta Aurawhite plak yg dtg cri aku, jeles punyer pasal huhuhu.

Dah nampak rupa bentuk umah. Hish makin tak sabaq aku dibuatnyer. Kalau bleh nk masuk umah tahun ni gak. Tp ble pk balik perbelanjaan nak masuk umah bukan sikit, naik kecut plak raser. Dok keyhel banyak maner je yang mampu simpan every month. Kuar je umah, duit mengalir cam air. Lain la klu keje ko dok cetak duit je, ye dok.




Hai senangnyer dalam hati ble tgk umah dh terpacak hahaha. Sebenarnye en. suami siap buat video lg tang keadaan dlm umah. Tp aku xdernyer nk post kt cni, terlebih hover plak cam ko sorang ader umah. So ni je la laporan stakat ni, nnti aku hupdate lg. Chow ...

Monday, 12 May 2014

Now I'm A Mother of 2


Whoaaaa ...... rindunyer kat blog. Lama gler tak update. Sebenarnyer banyak sangat aku nak citer kat sini tapi tak tau mana nak start dulu. Idea tengah mencurah2 nie hahaha (kunun la).

Alhamdulillah, aku dah selamat bersalinkan hero ke2 aku, Muhammad Rizq Hakim.Sekarang nie umurnyer dah 46 hari dah. Bermakna aku pon telah selamat merdeka habis pantang yeayyy.

Pengalaman mengandung dan bersalinkan anak kedua kali nie memang berbeza. Betulla cakap orang tua, setiap anak memberikan pengalaman yang berbeza dan itulah kemanisan dalam hidup. So aku akan updatekan step by step semua tue. But for now i just want to share photos of my lil angel


First day kelahiran permata hati ke2. Awal 3 hari dr tarikh yg dijangkakan


Tuesday, 18 March 2014

39 weeks now and still 'Bertahan'

Wow, 39 weeks already and everything feel so 'heavy + bengkak2'. My weight now cecah 70++kg. Gosh, can't imagine macam maner la nak turunkan berat badan nanti. Raser cam anak gajah already hahaha. But Alhamdulillah, until now still lagi sihat & mampu untuk bekerja.

Next week dah kena admit kat KPMC. Hopefully everything goes ok. Even though nie pengalaman kedua bersalin, tapi perasaan takut tue tetap ader & dalam maser yang samer can't wait to deliver my second hero.

Based on my first experience, walaupun dah lewat 10 hari still jugak tak raser sakit. Lastly terpaksa serah diri sebab bb dah tak gerak. That's y kali nie doc advised me to admit to hospital biler dah sampai due date. Semua keperluan dah siap packing, just angkut and get ready for fight hahahah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...