Coolllzz!!

Wednesday 2 May 2012

Johor Premium Outlet??? Yes or No??

Minggu lepas aku outstation ke Bandar Penawar, Johor sempat la singgah Johor Premium Outlet (JPO) yang orang dok sebut2. Dari Bandar Penawar ke JPO lebih kurang satu jam gak la. Aku excited nak p sana, dengar2nye harga barang2 branded murah, barang plak terus dari gudang. Dalam ati berkire2, mesti melayang RM400-RM500.00 nie.

Sesampai jer kat sana, aku cukup kagum. Apa taknyer dari segi decoration tempat nie cukup gah. Tue baru tengok dari luar, tak tengok kat dalam lagi. Dari pintu masuk melintasi food court yang aku agak cukup besar gak la. Tapi aku p JPO bukan untuk melantak, tapi nak shopping. First nampak Coach department, apa lagi laju jer aku terjah. Tapi biler survey harga, aku tertanyer2 gak la apa yang murahnyer? Tapi aku memang realize, barangan brand Coach memang agak expensive la.
Nie la ruper depan JPO. As a a Malaysian, i'm quite proud
Normally ramai Singaporean yang akan spend their money kat sini. Yer la bagi dorang murah la kalau nak compare nilai Singapore Dollar to RM

Fikir2 balik, aku rasa aku kena survey brand lain dulu. Nak kata aku giler shopping tak la gak, tapi normally aku tau la sikit2 kualiti barang branded nie sama ader harga yang dioffer murah ker tak. Aku masuk lak Vincci dept. Berlambak2 kasut n handbag, naik berpinau bijik mater. Cakap jer nak jenis macam maner, sumer ader. Tapi biler dah longgok macam tue aku terfikir balik, nie new arrival ker atau yang kena reject?? Harga compare tempat lain lebih kurang samer jer.

Then aku masuk plak Perfume Factory. Apalagi aku cari la perfume fav aku, Elizabeth Arden. Tapi takder la plak, perfume Polo fav En. Suami pon takder. Naik pelik gak aku, yang ader Aramis,Clinique, CK and brand2 yang aku tak familiar. Tang harga aku tak berani cakap, sebab banyak brand yang aku tak pernah dengar. So kat situ aku mula terasa ada sikit2 dissappointed.

Lastly, aku masuk kedai aksesori wanita (lupa plak apa nama kedainyer). Unique decoration and kedainyer memang cantik. Kat sini bermacam2 jenis aksesori wanita dijual daripada klip rambut sehinggalah ke rambut palsu. Kat situ jugak ader tv yang demonstrate on how using all these accesories and the models quite beautiful. Tapi biler tengok tang harga...OMG... betul ke ni? Aku tau la barang kat situ branded tapi takkan la sepit rambut yang kocik tue pon harganya sampai RM80.00. Kat pasar malam baru RM5-10. Orang tau ker ko pakai sepit harga mahal camtu.
View yang cantik
Kawasan shopping yang luas dan selesa

Kesimpulannya, aku tak beli apa pon. For me not worth it. So duit selamat, bajet pon tak lari.
JPO for shopping, my answer is NOPE, untuk cuci mata ok YES...

2 comments:

  1. Evita peroni sana mmg murah gila. Salu getah rmbut pon 100++ dah. Sana ard 60 -70. Org yg gila evita peroni mmg suka.u shd check out cosmetics sana murah half price e.g estee lauder clinique etc.mmg takkan dpt walau sale mcm mana pon harga mcm tuh.perfume pon lg murah drpd singapore..

    ReplyDelete
  2. Evita peroni sana mmg murah gila. Salu getah rmbut pon 100++ dah. Sana ard 60 -70. Org yg gila evita peroni mmg suka.u shd check out cosmetics sana murah half price e.g estee lauder clinique etc.mmg takkan dpt walau sale mcm mana pon harga mcm tuh.perfume pon lg murah drpd singapore..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...