Dah terlalu2 lama la sesangat tak update blog. Dalam bulan ogos dan sekarang dah masuk pertengahan bulan september, minggu nie la baru aku ader kat ofis. Sebokkk norr. Tengok2 anak aku pon dah boleh cakap. Nak buat caner, mamanyer selalu kuar.
So, minggu lepas kami satu dept p team building kat PUSKEP, Lenggong. Tersangat la seronoknyer, tapi sedih sebab anniversary terpaksa la celebrate kat sana. Bertolak ari Jumaat, dengan semangat kental (kentot la) kami bertolak depan bangunan MARA menaiki bas MARA. Dah keje MARA, naik bas MARA la, takkan lori sampah lak.
|
Empat peserta pertama, yang bersemangat nak naik bas. bukan aper naik bas nak tido hahahah |
Sampai sana, bantai tido dulu. Malam tue baru start aktiviti. Sesi pertama ialah perkenalan diri. Tak kira la caner pon ko perkenalkan diri, asal tak tiru gaya orang lain. Ada bersajak, berpantun, berlakon, menyanyi, ikrar. macam2 la. Aku??? Of course la kenalkan diri ngan dialek Kelate, lain dari yang lain.
|
Sesi nie berjaya la untuk kiter kenal ckit latar belakang staf yang lain. |
|
Memandangkan dept aku, 14 orang jer memang tak jadi masaalah sebab hubungan kitorang yang sedia rapat |
Keesokan hari, lepas melantak, mula la ngan senaman ringan. Acara pagi dimulakan ngan game paintball. Memang seronok+penat+lebam. Habis badan aku berbekas kena tembak, tapi dalam kena tembak pon 5 pusingan gak la aku main. Yang paling teruk kena time lawan ngan Marshal. Dorang dah la penah dilatih kat overseas, bukan lawan kami la yang masih terkedek2 nie. Tapi semangat juang tetap diteruskan. Time nie la aku lebam2 kena tembak. Huh tak guna, sakit dowh....
|
Muka hepi sebelum bertempur |
|
Nie la gelanggangnyer, berdebik2 debik kena tembak |
Sebelah petang acara diteruskan ngan Flying Fox. Langsung tak mencabar bagi aku. Aku yang memang suker game2 mengarut, gayat tak der dalam istilah hidup aku. Bukan nak riak, sebelum nie pernah main bungy jumping, flying coaster dan macam2. Setakat Flying Fox aku boleh taram main sampai 2 round.
|
Nie la laluan flying fox. Takut??? Langsung tak... |
|
Bersedia nak naik Flying Fox, Aku peserta terawal
|
After that, acara yang cukup aku gemar, berkayak. Memang suker sangat.
|
Sungai nie bertemu ngan Sg. Perak |
|
Look at the view, memang cantik sangat |
Last day hari ahad, sesi rumusan dan IQ Games. Tepat pukul 2.00 bertolak balik
|
Acara last day, pepagi lagi panjat bendalah yang tinggi melangit nie. Pastu turun ngan tali. Pon tak takut. Aku masih peserta pertama yang volunter nak naik dulu. Sempat 2x naik |
best btul main paintball..sy blm prnh main ..tgk org main dlm tv je..
ReplyDelete