Heiiii, dah lama aku tak berapi macam nie. Kejadian semalam tapi tahap berapinyer sampai ke hari ni. Aku memang bengang la. Biler ingat2 balik nak jer aku tendang bontot tue, biar ader raser hormat sikit pada yang senior.
Aku urus setia tetap untuk satu meeting nie yang turut melibatkan salah seorang ahli pengurusan merangkap YB. Kalau diikutkan dia adalah orang luar yang dilantik oleh menteri di dalam mesyuarat tertinggi agensi kami. Secara tak langsung dia jugak merupakan pengerusi meeting yang aku dok handle nie.
Sepanjang jadi urus setia meeting nie, tak sampai 5 kali la dia punctual, ader jer alasan biler lewat. Jumpa menteri tue, jumpa menteri nie. Maklumla YB katakan. Semalam semasa sesi precouncil, dalam ati aku dah agak dia memang lambat lagi la. Tak sampai 5 minit driver dia sms kat aku, mention that YB lambat. Precouncil sepatut 2.30 pm, so dia mintak tangguh samapai kul 4.30pm. Ok fine la. Tunggu punyer tunggu kat bilik meeting kul 5.25 pm baru nampak mukernyer.
Aku kalau ikutkan nak blah jer cam tue, tapi pengarah aku mintak tunggu. Time discussion tentang perkara berbangkit, dia mula bengang biler ader jawatankuasa yang tidak setuju cadangan dia. Yang aku hanginnyer, dia membebel macam mak nenek, seolah2 dia tau semua, seolah2 kitorang tak buat kerja. Pengarah aku tunduk, malas nak layan. Pastu dia bangun blah jer macam tue. Takder la rasa hormat kat pengarah2 yang senior nie. Nak ikut kepala angin dia jer. Aku lagi la berapi, dari pengumpulan maklum balas, penyediaan folder sehingga ke upload data untuk laman mesyuarat aku yang buat sensorang. Dah la terlangak menunggu, boleh blah macam tue.
Dia ingat dia YB, semua kena ikut cakap dia. Kalau macam nie la perangai contoh bakal pemimpin akan datang, macam maner orang nak hormat? No wonder la sekarang anak2 muder ramai yang berpaling arah pada pembangkang. Tue baru satu contoh aku nak citer, lom lagi yang kes berat2.
Moral of the story 'Respect others so that others can respect u back'.
sabo yerrr
ReplyDeletetag :
http://nurizzati0920.blogspot.com/2012/10/segmen-tambah-followers-laju-laju-by.html