Coolllzz!!

Monday, 7 January 2013

Health Day : Akibat Mencabut Uban

Masalah rambut beruban pada usia muda sudah tentu merunsingkan ramai dan seringkali kita berasa curiga akan akibat mencabut uban. Ada yang berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh di rambut.

Namun, sejauh manakah kebenaran bagi anggapan sedemikian?

Cunnane Phillips, iaitu seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley di New York berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut.

Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula kerana tabiat sedemikian akhirnya akan memberi sebuah mesej kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut.
Sebagai akibat, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut, lantas membawa kepada masalah kebotakan.

Oleh itu, jika mengalami masalah rambut beruban, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pewarna rambut.

1 comment:

  1. jom join =)

    http://nurizzati0920.blogspot.com/2013/01/fivers-hijabis-giveaway-by-mv.html


    http://nurizzati0920.blogspot.com/2013/01/contest-nak-skirt-dari-norzi.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...