Coolllzz!!

Thursday 28 April 2011

GA SyahRidzeah

Kamooo... Kamooo Semue... Jom meramaikan majlis ngan join GA SyahRidzeah nie......


Caranyer senang sesangat....

Wat entry tajuk 'GA SyahRidzeah' dan tampal banner kat atas 2 dlm entry kamooo.....
- Tag la brapa orang yang kamooo nak..

- GA berlangsung selama seminggu..

-Tinggalkan link dekat entry penganjur ok..

-Tarikh tutup : 2 Mei 2011. Jam 11.59pm

Aku mau tag :
mira
sr

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN

Memandangkan aku gak mengalami rabun, so dengan perasaan bangganyer aku join contest nie......



Klik banner di atas kalau nak join

nama: Noor Hanani bt Mohd Noor

jenis rabun: Rabun jauh

power mata: kanan (125) kiri (135)

punca rabun: 3 tahun lepas, aku ditempatkan di bahagian Management System yang mana kerja aku updating data ke dalam sistem. Bermula dari saat tue, aku terus rabun.
tempoh mengalami rabun: 3 tahun

perasaan: Terima seadanya ketentuan Allah, dah rezeki aku kat situ..

pengalaman manis menjadi si rabun : Aku berketurunan siam, so biler pakai cermin mata lagi nampak ke-siam-annya.... hahaha
pengalaman pahit : Baru2 nie, aku terpijak spek mata hubby aku. Umat tue baru jer tukar cermin mata. Akibatnyer 2 bulan aku terpaksa berjimat semata-mata nak ganti spek mata mahal dia......
 p/s: ni gambar tahun lepas masa nak tukar cermin mata baru

Kalau korang nak join, ikut step kat bawah nie:
1)FOLLOW BLOG RIBEN PUTIH *SENANG NAK UPDATED & LETAK BANNER DI ATAS DEKAT ENTRI ANDA LINK KAN KE ENTRI INI.

2)TULIS TAJUK ENTRI SEPERTI TAJUK ENTRI DIATAS

3)BUAT ENTRI RINGKAS DAN ISI DETAILS PESAKIT SEPERTI DI ATAS.
4)LETAK GAMBAR KORANG SEMASA BERCERMIN MATA @CONTACT LENS (1 JE )

5)HANTARKAN LINK KE RUANGAN KOMEN ENTRI NI YE.

-YANG RABUN JE TAHU!
-HADIAH MISTERI MENANTI ANDA!!
-TARIKH TUTUP SEHINGGA 14 MEI 2011

Wednesday 27 April 2011

Cik Zai Penang Giveaway

Aku join GA lagi.......

Jom meramaikan majlis....


Klik la banner kat atas nie kalau nak join....


syarat dy simple jaa...

1-Warganegara Malaysia yg beralamat di Malaysia dan mesti mempunyai blog.
2-Klau rajin follow la blog Cik Zai....tak paksa.
3-Buat entry bertajuk Cik Zai Penang Giveaway
4-Copy & paste banner di bawah dalam entry & sidebar blog anda dan linkkan sekali.
5-Sila tinggalkan link entry anda kat komen ya.
6-Takyah tag kawan-kawan.Klau nak tag...dipersilakan.

hmm nak tag jugak dekat sume yang baca entry GA ni okay :)

p/s : Gudluck ^^

Tuesday 26 April 2011

Sumimie-kawai baby collection opening blog giveaway

Memandangkan aku bakal jadi Mommy dalam tempoh 2 bulan lagi, tak rugi join contest nie hehe....
Yang belum jadi mommy pun tak salah kalau nak join.....

Klik banner nie.....

Senang jer nak join contest nie:
1. Buat satu entry bertajuk 'sumimie-kawai baby collection opening blog giveaway'
2. Tampal @ lekatkan banner seperti di atas di entry dan sidebar dan link ke entry ini
4. submit link entry anda pada entry ini ...
Itu ajer... senang kan ... tempoh giveaway ni adalah dari hari ini 06/04/2011 hingga, 05/05/2011

3 pemenang utama akan dipilih berdasarkan http://www.random.org/
dan akan ada pemenang bertuah jika penyertaan menggalakkan

 
Hadiahnya ialah:

TOP BABY CUTIE HAT kalau xde baby atau baby boy macam mana lak?
senang jer..mama akan tukar hadiah kepada topup bernilai RM15

OK tak?

 

CARA MUDAH DAN MURAH BANTERAS NYAMUK

Cni...Cni...aku ader petua baeeekk nak kongsi ngan korang.......


MUDAH dan MURAH yang
boleh dicuba.
Bahan-Bahan:
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi (beli di warung, atau pasar)
- botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah:
1. Potong botol plastik di tengah.
Simpan bahagian atas/mulut botol.


2. Campur gula merah dengan air panas.
Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan
pada separuh bahagian potongan bawah botol.

3. Tambahkan ragi.
Tidak perlu gaul
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.

4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas
dengan posisi terbalik seperti corong.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,
kecuali bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.

Dalam dua minggu, anda akan melihat jumlah
nyamuk yang mati di dalam botol.


(Sebarkan kepada anak, teman, dan kerabat
anda agar nyamuk boleh dibanteras)
 

GUIDE TO A BETTER LIFE - GOOD ONE


This is amazing, he died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘The last lecture” before then,one of the bestsellers in 2007. What a legacy to leave behindIn a letter to his wife Jai and his children, Dylan, Logan , and Chloe, he wrote this beautiful "guide to a better life" for his wife and children to follow. May you be blessed by his insight.



Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with,
people you play with, people you work with and people you live with.
Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Monday 25 April 2011

Novesta 1st giveaway

Kepada semua penggila novel macam aku, jom join this contesttt..
Tak rugi beb



klik banner kalau nak join......


Tag :
Mass's Touch
nur izzati

apple green .... my favourite color

Dah lama teringin nak ubah design blog nie, akhirnyer semalam dengan bantuan member aku (izzati) maka transformla blog ini jadi hijau... ok tak? aku nie memang gilerkan kaler hijau, tapi apple green la, bukan hijau tin milo tue.... hope korang sudi la menyinggah kat cni, hehehe.... k adios....

Thursday 21 April 2011

Aku Penggila Novel - Part II

Tajuk : Ugly
Penulis : Constance Briscoe
















Seumur hidup aku, dah berpuluh2 malah beratus2 novel yang aku dah bacer, tak kire la dalam BM ke BI. Tapi yang ini aku kategorikan the best novel yang aku pernah bacer.

Novel ini adalah true story of Constance Briscoe yang dilahirkan sebagai hodoh. Dia didera oleh emak kandung & ayah tiri sejak dari kecil. Bermacam2 seksaan yang dihadapi lantaran maknyer sendiri tak pernah mengakui dia sebagai anak lantaran rupa hodoh.

Tapi apa yang membuatkan aku kagum sangat dengan Constance/Clare ni dia tak pernah kenal erti putus asa. Sejak kecil lagi dia dah tau arah tujuan dia-to become a barrister. Walaupun ditinggalkan sensorang kat rumah tanpa pernah mak bapak ambik tau, macam2 part time job yang dia buat di samping belajar. Memang very amazing apabila seorang budak belajar cara hidup sendiri tanpa perlu susahkan mak bapaknyer. At the end of the story, dia satunyer2 dalam family yang berjaya ke Newcastle University dalam jurusan law walaupun dipanggil bodoh oleh maknyer sendiri.

Very inspiring novel. Kalau korang nak cuber2 bacer novel, aku suggestkan korang start dengan novel nie.

p/s: kalau kiter rasa hidup kiter nie dah susah, bersyukurlah, sebab ader lagi yang lebih susah dari kiter.

MeH TRy Family B'Fast McD

Hujung minggu lepas, aku rasa malas sesangat nak prepare breakfast. So aku ajak la hubby aku kuar p McD (Sebenarnyer teringin nak try hot cakes, tengok dalam iklan macam best jer). Kami test la Family Breakfast untuk 2 orang, memang sedap.... Tambah2 tengah berasap lagi. Bagi aku memang berbaloi la.. apa taknyer, kami kenyang sampai petang....


Wednesday 20 April 2011

Jom Join Give Away Aimi !

Jom Join Give Away Aimi
Hadiah best2!!
Rugi la korang kalau tengok saje..

KLiK BaNNeR


syarat syarat nak join GA ni :

- letak entry tajuk : Jom Join Give Away Aimi !
- letak banner di atas dlm entry korg
- letak dekat side bar jugak.. kalo takde , kira terbatal dgn sendiri okay ?
- follow blog saya sebab senang korg nak tgk update , tp taknk follow , tak kisah ^^
- tag 2 rakan yg ade blog ^^
tarikh tutup 30 APRIL 2011
- last one : letak link url entry korg dekat komen saya okay , jangan letak dekat SB. 


Hadiah-hadiahnya ;

pertama --> top up rm30

ke dua & ketiga --> rm10

ke empat --> selendang , ( kalo dpt dekat laki , sila sila bg dekat mak , makcik or kakak or adik korg ke )..

ke lima & ke enam --> top up rm3 :p

ke tujuh & ke lapan --> percuma header & masuk dalam bloglist saya okay ? ^^

ke sembilan & ke sepuluh --> masuk bloglist saya tapi tak dapat header ;p

ke sebelas & ke duabelas --> blog review beserta komen dr saya :)

**entry pilihan cikPuan blog Aimi --> top up rm20** ( ni undi dicabut oleh saya sendiri )


update :: yang tak berjaya mndapat tempat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 & 12 , jangan risau , nanti saya jadi follower korg eaa , & komen banyak banyak okay ? tanda penghargaan sebab join ^^


Tag :

GiVeAwAy : SSC LuCky FoLLoweR ApRiL 2011 =)


Meh join GA ramai2
Aku dah join.. korang bile lagi..


KLiK BaNNeR

Hadiah merupakan barangan skincare
1 pemenang akan memenangi Skin So Soft Whitening Hand Cream 75ml
Hadiah akan ditambah jika penyertaan melebihi 50 peserta 

Tarikh Tutup 23 April 2011, 11.00mlm



Tuesday 19 April 2011

25 Kele Bihan WaniTa - Part II

1.      Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

2.      Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

3.      Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

4.      Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

5.      Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

6.      Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

7.      Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8.      Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

9.      Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

10.  Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

11.  Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

12.  Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

13.  Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

14.  Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

25 KelebiHan WaniTa - Part I

Untungla saper2 yang dilahirkan sebagai wanita. Meh nak habaq kat korang, bukan senang nak senagkan hati semua pihak. Wanita walaupun dilahirkan lemah, tapi banyak kelebihan beb... Tak cayer bacer jer la kat bawah nie......

25 Kelebihan Wanita


1.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3.     Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4.      2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5.      Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6.      Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7.      Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8.      Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9.      Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.  Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

biler dah kebusanannnn......

 Ai, walaupun kerja tak berenti2 datang, kadang2  bosan tue tetap ader. macam sekarang nie la, aku dah bosan tahap dewa... dah tak tau maner satu kerja nak fokus. biler dah layan internet, tetiber jumpa la gambar2 baby boy yang cute miut...



Wednesday 13 April 2011

"KALAULAH NASIB AKU SEPERTI DIA"

Kereta mewah itu meluncur dengan lajunya. Perjalanan mereka sudah hampir tiba ke destinasi.
“Perlahan sedikit ye Pak Mat, kita ni dah masuk kawasan kampung. Jaga sikit,di sini jalan banyak lubang,” pesan Datuk Jamal pada pemandunya.

Seketika pandangannya dilontarkan ke tingkap. Kelihatan jelas padi menghijau di kiri kanan jalan. Di sebelahnya, Datin Nora pula sibuk sedang membalas SMS, entah untuk siapa dia pun tidak tahu. Nama saja satu kereta, tetapi mereka tidak bertegur sapa dari tadi. Malas dia hendak melayan karenah Datin Nora yang suka membantah cakapnya.

Sesekali kereta mereka sedikit bergoyang kerana jalan kampung yang tidak rata. Datuk Jamal terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya. Seorang lelaki pertengahan usia sedang mengayuh basikal tua bersama wanita yang sudah pasti isterinya. Walaupun hanya berbasikal tua, lelaki itu kelihatan gagah. Sesekali sang isteri mengangkat tangannya mengelap peluh di leher suami. Saat itu, keduanya berpandangan sambil tersenyum. Nampak ikhlas kasih sayang mereka. Agak lama basikal itu berpapasan dengan keretanya.
“Alangkah bahagianya lelaki ini. Basikal sudah buruk. Tapi isteri dia masih sayangkan dia. Sanggup kesatkan peluh suami. Aku ni berharta tapi isteri tak pernah tunjukkan kasih sayang. Hari-hari bergaduh,” hati Datuk Jamal berdetik. Meski hidupnya mewah tapi dia sepi dari kasih sayang dan perhatian isteri.
Selama ini, dia asyik bekerja mengumpul harta sampai menimbun. Kesibukan itu juga akhirnya menyusutkan cinta antara mereka berdua. Apalah agaknya yang tidak kena dengan hidupnya. Kekayaan sudah melebihi kemampuan, tetapi kebahagiaan pula seakan enggan singgah di hatinya.
Sementara itu, lelaki yang berbasikal pula sesekali menjeling kereta mewah di sebelahnya. Nampak jelas seorang lelaki berpakaian segak dan isterinya yang bergaya di sebelah.


“Ini mesti orang kaya. Siap ada pemandu lagi. Jauh beza dengan hidup aku. Dengan basikal tua, ini saja kenderaan yang ada. Kasihan isteriku. Berpanas terik. Aku tak berpeluang berikan dia kemewahan macam apa yang lelaki ini berikan pada isterinya. Bahagianya mereka,” hati lelaki itu berbisik. Sesekali kayuhannya diperlahankan agar tidak terlanggar becak di jalan.
Agak lama berpapasan, kereta mewah dan basikal itu berpisah di hujung jalan menuju jalan besar. Sempat lelaki kaya dan lelaki miskin itu berpandangan sesama mereka. Jauh di sudut hati, masing-masing berkata “Kalaulah nasib aku seperti dia…”.
Begitulah harga sebuah kehidupan. Sesempurna mana pun kita,manusia tetap manusia. Tidak semuanya akan Tuhan berikan percuma. Bukan wang menjadi sebagai pengukur bahagia. Pun tidak semestinya miskin kita derita.

Sebagaimana Tuhan menurunkan satu persembilan dari kasih sayang di langit buat makhluk di dunia, itulah bekalan perkasihan buat kita. Dibahagikan kepada ayah ibu, diabadikan buat suami dan isteri, dijalinkan antara ibu dan anak, diagih buat saudara mara, disimpan sedikit buat teman-teman dan seterusnya saudara seagama.

Apa pun bentuk kehidupan yang tersurat, terimalah dengan redha. Kaya? Miskin? Sederhana? Di mana pun kita, percayalah, kadangkala apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya sesuai buat kita.

Sumber: Dunyahalal.com


Tuesday 12 April 2011

Any Idea???? Anyone?????

Memandangkan hampir 7 bulan dah aku preggy, sekarang nie aku tengah mencari nama2 yang sesuai untuk hero aku yang bakal lahir 2 Julai nanti. Naik pening aku dok pk namer, macam2 cadangan nama aku terima, tapi still takder yang lekat kat hati nie.... Kalau korang ader suggestion namer yang bagus, korang suggest la. Aku suka nama yang pelik, unik dan jarang orang pakai... yang paling penting maksud tue biaq la baguihhhh...... Any suggestion???????

Melabur... melabur... melabuuuurrrrr

Akhirnya berjaya jugak aku beli saham Bank Rakyat setelah bertahun2 aku asyik dok pk nak melabur dalam aper.... Walaupun jumlah pelaburan aku tak banyak, tapi ok la daripada takder... dan untuk tahun nie aku gak melabur dalam belian Dinar Iraq. At least aku takder la harapkan ASB jer, daripada duit gaji aku habis ntah maner2, better aku tambahkan pelaburan.... Tak rugi beb, at least simpanan masa tua....

Tang Dinar Iraq tue, aku punyer bro-in-law yang suggestkan aku melabur memandangkan ader spekulasi yang Dinar Iraq bakal diapungkan this year. Tambahan pulak, nilai Dollar sekarang tak menentu... Aku cuber dulu, dah dapat profit, aku habaq kat korang lakkkk......

Thursday 7 April 2011

ahhh.... penaaatttnnyeeerrr

Ari nie satu hari handle interview bebudak yang berminat nak join EDRM. Mengahnyer raser...penat jangan kater la... macam2 stail, macam perangai jumpa, sampai aku pun poning la kepalo.... tue baru handle interview, lom lagi penyediaan document, bleh pengsan aku kalau takder yang nolong......

Monday 4 April 2011

AlahAi BatTUUKK.....

Semalam sehari suntuk aku batuk teruk... makan macam2, telan macam2, tapi tak lega gak.... naik berpinau bijik mater overdos ubat.... tapi still gak macam tue... hari nie batuk dah kureng sikit. tak sia2 guna petua umi aku.... kalau korang batuk dah tahap melampau, dah tak tau nak buat ape dah, korang cuber petua nie.... ambik kapur sirih campur ngan perahan air asam limau, sapu kat tengah2 batang leher... pedih sikit tapi mujarab dengan sekali pakai jer.... cuber kalau tak cayer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...