Coolllzz!!

Thursday 29 December 2011

Menu of the Day - Chili's @ Suria KLCC

Memandangkan ari nie ari Jumaat and lunch break pun panjang, macam biasala rombongan Kak Kiah ke KLCC pulak. Memang every month kaki makan macam kitorang nie akan menapak kat tempat2 jauh dari ofis untuk makan. So kul 11.30 pagi lagi dah kuar, tambah2 big boss takder and line pun clear jer. So layannn......

For starter kami pilih Tostada Chips. Rasa cam keropok jer.... Boleh la nak hilangkan bosan menunggu main menu. Yang nie boleh refill, makan sampai lebam

Second starter, Kick Nachos. Yang nie memang marvellous. Cheese dia memang terbaik tambah pulak ada campuran daging and ayam. Memang terbaekkk....

Untuk minuman, aku pilih apple juice. Yang nie pun boleh refill. Minum la sampai lebam...

Main menu aku pilih Grilled Chicken with Mushroom. Aku suka mushroomnyer, tak liat walaupun besar. Member aku cakap mashed potatonyer terbaeekkk, tapi aku memang tak makan mashed potato

Memang berbaloi, harga pun ok, kenyang tak terkata.....  

Tentang Dhia - Ending macam hampeh jer...

Mesti ada yang marah kalau baca blog aku pepagi nie. Aku geram sebenarnyer. Every week aku dok follow citer nie, alih2 cam tue jer endingnyer. Cuber korang bayangkan, mak mertua Dhia punyerla jahat. Start dari mula dah bomohkan ayah Dhia sampai mati orang tua tue. Pastu dia bantai buat plak kat mak Dhia, sampai masuk hospital then mati jugak. Tak habis ngan tue, dia bomohkan Dhia sampai last2 mati jugak.

Sejak dari awal sampai akhir, si Dhia tue tak habis2 sengsara, macam2 fitnah, macam2 perkara yang berlaku kat dia. Aku bayangkan mak mertua dia pasti kena balasan yang kaw kaw punyer, alih2 tak der apa2 pun. Si Zetty yang dok gedik2 tue tak berubah2 perangainyer. Eii geram aku.... Cuba la mak mertua Dhia tue jadi giler ker, sawan ker tak pun kena penyakit yang tak boleh ubat. Bukan aper, bolehla jadik pengajaran pada kiter semua "Yang baik dibalas baik, yang jahat mati terbongkang". Betul tak?

En. Suami  comment buat penat jer dok follow citer, solat maghrib pun lambat semata2 nak tengok citer tue. Biler dah ending macam tue, dia dah malas nak follow citer Melayu bersiri.

Bagi aku citer Tentang Dhia tue dah best, cume tang ending jer tak puas hati. Mintak2 next citer tak macam nie......

If I were Rich........

IF I WERE RICH....

I 'd buy the Moon


My bedroom would have a window with a view of the world



MY PETS   WOULD HAVE DIAMOND TEETH  ..


I'D HAVE PARIS HILTON AS MY SERVANT - ALWAYS READY TO WORK


MY GLASSES WOULD ONLY BE MADE OF ORIGINAL DIAMONDS


 IF I HAVE  TIME, I WILL PLAY GOLF ON MY  BOAT
 

I WOULD HAVE ONLY SPRING WATER FROM THE HIMALAYAS TO FLUSH MY TOILET WITH


 MY SWIMMING POOL WOULD ONLY BE FILLED WITH EXPENSIVE  PERFUME

 

 ONLY A  PROFESSIONAL WOULD WASH MY CAR (BECAUSE IT WOULD BE GOLD PLATED)



 MY LAPTOP WOULD HAVE DIAMOND EDGING

I WOULD ONLY HAVE THIS AS MY  TRAVELING CAR  

 THIS WOULD BE MY HOLIDAY HOME  


AND THIS IS HOW I WOULD GET AROUND WHEN I'VE GOT A LONG TRIP

  
p/s: kalau la betul2, heavennyer hidup hahaha

Wednesday 28 December 2011

Gambar selebriti Hollywood zaman kecik2

Biler tengok gambar2 megastar, popstar dan macam2 star lagi la time kecik2, macam tak cayer jer. Yer la ader yang masa zaman kecik lain tul, biler dah besar lagi la lain. Ader plak zaman kecik2 lebih kurang samer jer muka time besar. Korang tengok sendiri la....



Angelina Jolie


Britney Spears


Christina Aguilera


J.Lo


Jennifer Garner


Kate Winslet


Katie Holmes

Brad Pitt


Pink


Salma Hayek



Tiger Woods


Tom Cruise


Victoria Beckham

Tomyam Kung - Secret Recipe

Kitorang order Green Apple n Strawberry juice
Dah lama tak pekena Tomyam Kung kat Sccret Recipe. Last makan dulu time mengandung. Semalam buat la rombongan Kak Kiah ke Secret Recipe, Sogo. Memang terbaik.
Green Apple juice memang fav aku

Sekarang ader promotion kat Secret Recipe, spend over RM40 using Bank Rakyat Credit Card, dapatla free 1 slice cake. so kitorang choose Cheese Cake

Inila rupa Tomyam Kung, tengokla udang gabaknyer. Memang rasa nak p makan sekali lagi hahaha

Wednesday 21 December 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam @ Sistem Bodek Pegawai Atasan?????

Berita ; SBPA: Melayu dalam sektor awam terpinggir
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Orang-orang Melayu yang berada dalam sektor awam jelas dipinggirkan oleh Kerajaan BN, malah diperlakukan seperti buruh paksa, sekiranya sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan tahun depan

Realiti itu terserlah apabila sistem tersebut bukan memberikan keistimewaan kepada kakitangan yang berada di Kumpulan Sokongan yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu, malah lebih mementingkan mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kumpulan Premier terbahagi kepada empat iaitu Premier 1 yang meletakkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di dalamnya , Premier 2, Premier 3 dan Premier 4 yang kesemuanya akan menerima kenaikan gaji amat tinggi menerusi SBPA.

Menurutnya, mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier hanya berjumlah 36 dan sekiranya SBPA dilaksanakan nanti bagi menggantikan Sistem Saraan Malayasia (SSM) yang digunakan sekarang, KSN akan menerima kenaikan gaji amat tinggi sehingga RM60,000 sebulan.
Katanya, selain itu, KSN akan turut menerima bayaran-bayaran lain termasuk imbuhan tetap sebanyak RM9,300 sebulan, elaun perumahan RM3,750 sebulan, elaun pembantu rumah sebanyak RM2,000 sebulan, elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.
"Mereka yang berada di dalam Premier 2 akan menerima gaji RM42,000 sebulan, Premier 3 sebanyak RM40,000 sebulan dan Premier 4 sebanyak RM35,000," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200, Premier 3 (RM8,100) dan Premier 4 (RM8,000), manakala elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan dan elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan.

Mereka juga akan turut menerima bayaran-bayaran elaun lain yang agak tinggi termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas.

Beliau difahamkan mereka yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima kenaikan gaji agak tinggi sehingga sebanyak RM5,000 sebulan.
"Ini menjadikan gaji minima mereka yang berada dalam Turus (VU4/VK4) sebanyak RM15,850 dan maksima RM25,230, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan.

Jurang yang berlaku antara Kumpulan Premier serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Sokongan, tambahnya, amat ketara apabila Kumpulan Sokongan hanya akan menerima kenaikan gaji antara RM80.00 ke RM100.00 sebulan.

Penganiayaan terhadap Kumpulan Sokongan lebih ketara apabila mereka dimestikan menurunkan tandatangan bagi persetujuan untuk pelaksanaan SBPA sehingga 31 Disember ini, tanpa dijelaskan kedudukan sebenar tangga gaji mereka serta lain-lain bayaran.

Katanya, keadaan itu amat berbeza berbanding Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang telah dimaklumkan lebih awal tentang tangga gaji dan bayaran-bayaran lain yang akan diterima oleh mereka sebelum sistem tersebut dilaksanakan, malah sejak beberapa minggu lalu.

"Ini menjadikan mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan menjadi serba salah, tertekan dan terhina dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN itu terhadap mereka.

"Mereka itu pula adalah mewakili sejumlah besar daripada 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang kebanyakannya orang Melayu," tegasnya.

Lebih jauh dari itu, beliau menyifatkan perlaksanaan skim tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan KSN yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan Mei tahun depan.

"Sekiranya skim itu dilaksanakan awal tahun depan, bermakna KSN yang akan bersara nanti akan berpeluang menikmati pencen yang tinggi kerana berkesempatan berkhidmat ketika skim itu dilaksanakan dengan menikmati gaji RM60,000 sebulan," katanya.

Beliau amat kesal kerana Kerajaan BN sanggup bertindak sedemikian hanya bagi kepentingan individu tertentu dalam perkhidmatan awam termasuk KSN, sehingga sanggup menekan dan menganiaya pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh usaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mempertahankan pendiriannya bagi mendesak Kerajaan BN menjelaskan mengenai kedududukan tangga gaji Kumpulan Sokongan terlebih dahulu, sebelum meminta kakitangan yang berada di dalam kumpulan itu menurunkan tandatangan masing-masing.

Beliau juga berharap agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi membincangkan perkara itu demi kepentingan kakitangan sektor awam, khususnya mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan, yang jelas teraniaya sekiranya skim SBPA dilaksanakan.

"Saya berharap agar Kerajaan BN akan menangguhkan terlebih dahulu perlaksanaan SBPA sehingga segala kezaliman yang berlaku bagi Kumpulan Sokongan itu diatasi, atau sehingga Cuepasc memberikan persetujuannya mengenai perkara itu," tegas beliau.

Monday 19 December 2011

Naughty boy...

Budak bertuah nie dah masuk 5 bulan. Memang lasak, semua nak dicapai tambah2 lagi sejak dah pandai meniarap nie. Kengkadang aku sampai tak menang tangan melayan si Raid ni. Tang panjat2 nie, dah nampak kemahiran dia. Pantang lepa, badan papa dia la sasaran memanjatnyer. Yang paling tak tahan biler dia dah start menjerit. Mak ai, volume 8, memang bingit telinga.

Kalau dia dah start menjerit tue ada 3 sebab, kalau tak lapar, pampers dah penuh nak kena tukar, atau memang dah time tdo dia. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Yang lawaknyer kalau aku makan depan dia, ternganga jer mulut. Sekarang nie selain susu badan sepenuh masa, aku dah ajar dia makan Rusk. Memang dia suka sangat nak cookies tue, tapi aku bagi sekali sehari jer. Nanti biler Raid dah masuk 6 bulan, baru nak ajar dia makan bubur.

Memang seronok sangat layan kerenah anak nie, kadang2 boleh ilang kesabaran dibuatnyer. Time nie la timbul kesedaran jasa umi besarkan aku dulu. Tak sabar nak tengok dia berjalan, agaknyer time tue aku asyik berlari kejar dia hahaha...

Susah betul nak ambik gambar dia senyum, nampak jer kamera muka terus serius

Dah pandai bergaya. Macam hensem sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...