Coolllzz!!

Thursday 26 January 2012

Kuliah Jumaat : Gara-gara Lewat Pergi Solat Jumaat....Sebiji Telur Pun Tak Dapat

KHAS UNTUK LELAKI....
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila tiba hari Jumaat maka di setiap pintu masjid akan ada malaikat yang mencatat (pahala kedatangan solat Jumaat), yang awal akan mendapat pahala yang berganda, apabila imam telah duduk (atas minbar) mereka menutup buku catatan dan mendengar khutbah; dan perumpamaan mereka yang paling awal datang seperti dia mensedekahkan (menyembelih) seekor unta, yang datang kemudian daripada itu seumpama dia mensedekahkan lembu, yang kemudian daripada itu seumpama dia mensedekahkan bebiri, yang datang kemudian daripada itu seumpama mensedekahkan ayam, dan yang datang terkemudian lagi seumpama mensedekahkan telur. Maka apabila imam telah duduk (atas mimbar) ditutup buku catatan dan mereka (malaikat) mendengar khutbah.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Pahala-pahala tersebut adalah untuk mereka yang datang ke masjid sebelum imam naik minbar berkhutbah. Manakala mereka yang datang sewaktu imam sudah berkhutbah, tidak mendapat pahala bersedekah tersebut....apatah lagi yang datang last minit sekadar melepaskan batuk di tangga, janji dapat solat Jumaat....fikir-fikirkan lah.
"JOM SEGERA KE MASJID...JOM SOLAT JUMAAT"

Wednesday 25 January 2012

tEMPAT bARU... mOOD blURRRR............

Minggu nie secara rasminyer aku bertugas kat tempat baru, Bahagian Pemantauan & Inspektorat. Huh, memang penat minggu lepas berhari2 mengemas, nak kata barang aku banyak tak ler jugak. Yang banyaknyer sampah la. Sedih meninggalkan kengkawan tapi dalam masa yang samer hepi sebab aku dah bosan ngan kerenah usahawan.

So tadi baru habis meeting, memandangkan ini sektor baru bagi aku, dalam meeting tadi nganga aje la. Terangguk-angguk cam burung belatuk tapi satu haper pun aku tak faham. Dorang guna terms shortform, aku yang lurus bendul nie mana le nak faham sangat2. Tugas utama aku kat cni sebagai urusetia meeting sektor pendidikan dan dalam pada tue, aku gak bertanggungjawab memantau institusi pendidikan di samping menjenguk pejabat daerah. Serius, memang jadual pack sangat, tapi nak buat camner, ini carenyer untuk aku jadi fast learner coz kat cni staff tersangat la kurang, tak sampai 20 orang pun.

Walau aper pun aku dah nekad nak mencube benda baru, so kena well prepared. Korang doakan aku ek. Adiossss........

Tuesday 17 January 2012

Mengapa Facebook Dinyatakan Haram???

Sudah muncul fatwa yang berasal dari Ulama Jawa Timur bahawa Facebook diharamkan. Tentunya fatwa ini agak mengejutkan para Facebooker di tanah air. Namun sebenarnya kita harus berfikir sendiri mengapa fatwa ini boleh muncul.

Ada beberapa hal yang menyebabkan mengapa Facebook diharamkan :


1. Facebook boleh membuat kita mengabaikan anak, kalau yang ini suka sangatlah buat kaum ibu.

2. Facebook membuat kita tidak ingin meninggalkan komputer kita.

3. Facebook membuat kita tidak peduli keadaan sekeliling kita.

4. Ketagihan Facebook boleh membuat tubuh kita kurus, kerana lupa makan.

5. Ketagihan Facebook juga boleh membuat kita jadi gemuk, kerana tak best bukak facebook tanpa ngunyah.

6. Ketagihan Facebook tidak mengenal usia, sampai baby pun ikut jadi Facebooker.


PAK ALI TAK TAMAK....

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.


Pari Pari: Kenapa dengan kau?


Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?


Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?


Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.


Pari Pari: Inikah kapak kamu?


Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali
susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali...


Pari Pari: Kenapa kau bersedih?


Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.


Pari Pari: Inikah isteri kau?


Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku...."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau
aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata
'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua"..

Asal usul hantu…

Ngeri tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!


Thursday 12 January 2012

Bayi dalam perut buat isyarat V

LONDON - Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."


Kuliah Jumaat : Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Nota

Sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
 
 

…Wallahu a'lam


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Wednesday 11 January 2012

6 bulan daaa...

Hero aku nie dah masuk 6 bulan. Dah pandai makan bubur nasik dan paling tak tahan, banyaknyer cakap, berenti time tido jer. Rasa cam kejap jer masa berlalu, tengok2 dia dah besar.... Memang seronok melayan kerenahnyer....





Tuesday 10 January 2012

TIP KEIBUBAPAAN : MENAMAKAN PERASAAN ANAK

Kita orang dewasa mestilah menjadi pendengar yang baik dan mengiyakan
perasaan anak dengan perkataan seperti " Oh"... " Mmm"..." Begitu
rupanya"... Kemudian menamakan perasaan mereka.

Ini membantu anak menyelami perasaan, meluahkan perasaan dan menolong
mereka memahami perasaan orang lain. Juga yang penting mereka berfikir
dan membantu menyelesaikan masalah sendiri. Bukan kita orang dewasa yang
membuat ulasan, berfikir dan menyelesaikan masalah untuk mereka.


Memahami diri sendiri dan memahami orang lain adalah tahap perkembangan
sosio-emosi. Kanak-kanak mula memahami perasaan sendiri dan memahami
perasaan orang lain seawal usia 4 tahun.

Orang dewasa juga digalakan menamakan perasaan mereka supaya anak-anak
memahami perasaan kita dan belajar memahami perasaan mereka sendiri.

Contohnya apabila kita balik dari kerja dan kita sedih melihat rumah
bersepah. Lebih baik berkata " mak sedih kerana rumah bersepah" daripada
marah-marah. Biasanya bila kita berkongsi emosi ia akan menyentuh emosi
anak-anak dan mereka akan memahami, lebih menghargai dan menyayangi
kita. Marah-marah hanya akan mengeruhkan keadaan dan mungkin melahirkan
kebencian di hati anak.

Tetapi semua ini bukannya mudah. Kebiasaan mengatasi segalanya.
Insya-Allah dengan niat dan azam untuk berusaha menyantuni anak-anak
dengan lebih berkesan akan membuatkan kita istiqamah dan sedar tindakan
kita terhadap anak-anak.
Ok itu sahaja perkongsian hari ini. Moga ada manfaatnya.


Monday 9 January 2012

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang... ehem2 hehehe

12: Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling.. Kamu hanya nampak dia...

6: Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya..

4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2: Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.



Thursday 5 January 2012

Follow Seikhlas Hati

Ingat nak join segmen nie plak:


Syarat-syaratnya
  • Buat entry bertajuk Segmen | Follow Seikhlas Hati
  • Tepek banner buroktak berapa comel atas tuh. Tekan link, pastu copy :)
  • Follow blog mimie sini *tiada paksaan, mengikut kesudian kalian
  • Tag kawan kalian *tak tag pun tak pe
  • Hantar URL entry korang dekat sini. Yang full untuk entry nie.

Kuliah Jumaat : 5 Syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
 

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
 
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
 
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
 
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
 
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
 
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "
 
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
 
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
 
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
 
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
 
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
 
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
 
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
 
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
 
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "
 
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wednesday 4 January 2012

Secret of a Happy Married Life

Once James asked Chong, "What is the secret behind your happy married life?"

Chong said, "You should share responsibilities with due love and respect to each other. Then absolutely there will be no problems."

James asked, "Can you explain?"

Chong said, "In my house, I take decisions on bigger issues where as my wife decides on smaller issues. We do not interfere in each other's decisions."

Still not convinced, James asked Chong "Give me some examples"

Chong said," Smaller issues like which car we should buy, how much amount to save, when to visit home town, which sofa, air conditioner, refrigerator to buy, monthly expenses, whether to keep a maid or not etc are decided by my wife. I just agree to it"

James asked, "Then what is your role?"

Chong said," My decisions are only for very big issues. Like whether America should attack Iran, whether Britain should lift sanctions over Zimbabwe, whether to widen the African economy, whether Sachin Tendulkar should retire etc etc. Do you know one thing, my wife NEVER objects to any of these".
  



Attention .... JOHN 3:16

"For God so loved the world that he gave his only Son, so that
everyone who believes in him will not perish but have eternal life.


Pernahkah korang semua terserempak dengan anak-anak muda yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.
                                                                       
John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi.
                                                                       
Tidakkah korang semua merasa sedih atas apa yang berlaku? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar.    
                                                                      
Harap ambil lah iktibar..  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...