Coolllzz!!

Wednesday 27 June 2012

Air mata Rohingya. Sebarkan.....



Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.


(Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman mereka kencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar).

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.


Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun darurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar.
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Monday 25 June 2012

Dah sihat Demam, yeaayyyy

Sejak gigi dia dah mula tumbuh, Si Raid kerap sangat demam. Demam plak tak tentu, nampak pagi gelak2, petang badan dah mula panas. Kadang2 tue malam pon demam. Tapi aku bersyukur sangat sebab dapat pengasuh yang memang prihatin, biler anak aku dah mula panas badan, kak Ina (Pengasuh anak aku) akan terus call bagitau. Apalagi berkejar la aku balik umah. Bukan aper, Si Raid nie kalau badan mula panas, jap jer terus demam teruk. So awal2 kena get ready bawak dia ke klinik.

Alhamdulillah, syukur sebab dah seminggu tengok dia sihat, tak merengek2 macam tempoh hari. Si Raid nie dah boleh jalan masa umur dia 10 bulan lagi, tapi gigi memang lambat tumbuh. Lepas seminggu dia dapat jalan, baru tumbuh gigi. Biler dah ader gigi nie, mula la berlagak, geram ker marah ker, yang dia tahu nak gigit jer. Tak padan ngan gigi dua batang.

Masuk jer umur Raid 11 bulan, aku dah mula campur susu. Kalau sebelum nie dia minum susu badan sepenuhnyer, sekarang terpaksa campur sebab susu aku dah tak banyak, memang tak cukup untuk dia. Nak latih dia minum susu formula, Ya Allah tersangat la susah. Dari semurah2 susu, hingga la semahal2 susu dia memang tak nak. Berminggu ajar, akhirnya baru la dia nak, tue pun sebab lapar kot. Tapi walaupun dah ajar dia minum susu formula, aku tetap lebihkan susu badan. Memang kalau boleh aku nak bagi susu badan sampai umur 2 tahun, tapi nak buat macam maner rezeki takder. Tapi aku tetap jugak bersyukur sebab ader peluang susukan dia sebelum nie.

Sekarang nie apa yang aku makan, itu yang dia nak. Bubur nasik ker, nasik sup ker bo layan. Terpaksa la aku suap jugak tapi untuk tumbesaran dia, memang dari awal lagi aku dah ajar dia makan sayur dan buah. Carrot, kentang, brokoli, sawi adalah antara fav sayur Si Raid manakala pear, pisang, manggis, epal plak fav fruit dia.


Baru lepas mandi, tengok tue pantang nampak, semua nak bawak masuk mulut

Biler dah start membelek, dah tak heran kat orang dah

Thursday 21 June 2012

Kuliah Jumaat : 10 Orang Mayatnya Tidak Busuk & Tidak Reput di Hari Kiamat Kelak...

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Kuliah Jumaat : Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam..'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari umatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Moga kita mengambil iktibar darinya......

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


 

Giveaway Aku Suka Saya Benci by Dieya

dah berkurun tak join mana2 segmen, so ingat nak join la segmen ni. Join jangan tak join


Nak join klik banner kat atas
Aku Suka:
- Baca novel sambil bergolek atas katil
- Mengadap pokok bunga sampai berejam
- Tengok ikan dalam akuarium
- Melantak sampai perot pon surrender
- Sorok barang En. Suami pastu buat muker tak bersalah

Saya Benci:
- Tengok muka2 bodoh dalam train buat tak tau biler ader akak yang pregnant berdiri
- Biler ader yang merokok depan aku walaupon aku terang2 buat muker menyampah
- Biler tetiber sakit kepala sedangkan bertimbun kerja kat atas meja
- Orang yang sedap2 jer bagi arahan mengarut sedangkan habuk pon tarak
- Manusia hipokrit

EXPIRED 11.59am 24 June 2012

Sunday 17 June 2012

Jom Serbu.... McD's Promotion

Sekali lagi McD mengadakan promotion dan untuk kaki lantak macam aku nie, time nie la untuk menebalkan lemak. Jom serbuuuu........ 

http://offerstation.net/2012/06/mcdonalds-sausage-mcmuffin-with-egg-coupon-promotion/

I'm Proud To Be Kelantanese....

Biler sebut jer tang Kelantan, orang pasti akan terbayangkan....

Ini
Kuih muih Kelantan yang pelbagai dan manis



Ini...
Nik Aziz



Dan pastinyer ini....
Negeri PAS 

Tak kisah la walau aper pun pandangan orang, yang pasti Kelantan ader trademark tersendiri. P la maner tempat pon, ader jer orang Kelantan. Kat U, pon ramai anak Kelantan, kat tempat kerja pon ramai orang Kelantan, apalagi kalau bab2 meniaga nie, kebanyakan orang Kelantan yang conquer. Ingat lagi masa aku belajar kat Sabah, ingatkan dah dok jauh2 tue susah la jumpa orang senegeri, rupernye berlambak org Kelantan kat sana. Rata2 meniaga dan bukak kedai makan. Dan yang paling tak boleh aku lupa, ader sorang pakcik Kelantan yang menjual mutiara kat Pasar Philipine, kalau orang lain beli mutiara ngan harga puluh2, aku dapat harga yang terlalu la murahnyer.

Ader gak yang aku dengar orang dok cakap 'orang Kelantan samseng', jangan kawin ngan orang Kelantan, nanti asyik balik umah dier jer', 'orang Kelantan terer buat2 orang', 'Kelantan mundur' dan macam2 lagi la. Bagi aku bukan orang Kelantan jer, orang negeri lain pon samer, dah namernyer manusia, mana ader yang sempurna? Tapi dok kutuk2 Kelantan pun, time nak shopping dok terkejar2 ke negeri aku hahahah. Rantau Panjang tak pernah lengang ngan orang begitu jugak ngan Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah, sentiasa riuh ngan gelagat pengunjung.

Tapi yang paling membanggakan aku, dari segi pemilikan hartanah, Kerajaan Kelantan hanya membenarkan Bumiputera sahaja. Jadi bangsa lain takder can la. Tak macam negeri lain yang diconquer oleh bangsa lain sampai kekadang tak rasa dok tanah air sendiri. Pengaruh Kelantan juga sangat kuat, jangan heran la biler orang Ciner Kelantan boleh cakap bahasa Kelate pekat. Bukan macam kat negeri Perak, kiter plak yang terikut cakap Ciner 'Ipoh mali' hahahhah.

Walau aper pon cakap orang, aku bangga ngan negeri aku. Masakan yang tersohor di serata tempat, anak gadis yang lawa2 dan pelat Kelate famous dan sering menghiasi iklan di tv dan radio.

I'm proudly announced loud and clear 'AKU BANGGO JADI OGHE KELATE'. 'GOMO KELATE GOMO' (eh silap, nie slogan untuk pasukan Red Warrior nie)... hahahah....

Thursday 14 June 2012

Kuliah Jumaat : Doa untuk anak semudah ALIF, BA , TA




 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh
anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah
selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita
catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita:

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa
ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di
dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya
sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan
ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak
saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap
ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini
yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan
tambah
ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada
hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam
kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita
harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap
amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita
mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya
ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak
adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah,
celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang
cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin
waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja
ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan
penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka,
ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa
diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam
juga insyaallah =)

Dan saya teringat pula petikan hadis yang saya baru baca pagi tadi di blog
ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:

"Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang
mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum." Nabi
Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 10 pahala." Kemudian datang pula seorang
lain yang berkata. "Assalamualaikum wa rahmatullah." Nabi Muhammad saw
berkata, "Dia mendapat 20 pahala." Kemudian datang lagi seorang yang lain
berkata; "Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh." Nabi Muhammad saw
berkata, "Dia mendapat 30 pahala." -Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan
Tarmizi.

SEGMEN : Blogwalking & Follow

Dah terlalu lalu lamer la sesangat sangat aku tak join segmen2 nie. Sempena hari baik, mood baik, jom la reramai join.




NAK JOIN?? KLIK BANNER

Last : 30 June 2012

Tuesday 12 June 2012

DADAH BARU @ Pink Pop Rock


Walaupun anda tiada anak yang bersekolah tapi sebarkanlah di kalangan rakan-rakan anda bahawa terdapat sejenis dadah baru telah sampai ke sekolah. Ia digelar 'Quick Strawbery' atau 'Strawbery Meth', yang boleh membawa maut. Ia kelihatan seperti batu-batu kristal pop strawberi yang biasanya dikulum oleh kanak-kanak dan baunya pun seperti strawberi.Pastikan anak anda tidak menerima gula-gula yang menarik ini atau mungkin akan dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang amat mengerikan.

Warn your children and pass info to friends! Please pass this on even if you do not have kids in school. Parents should know about this killer drug.This is a new drug known as 'strawberry quick '.There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of.There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and 'pops' in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick.Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition.

It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately. Kindly pass this email on to as many people as you can (even if they don't have kids) so that we can raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring. Kredit: Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali DJN (P Pinang), DPNSMBBS Hons (Monash), MMed (S'pore), MMed (M'sia), MD (Monash), FAMM, FRCP(Glasg) Deputy Dean (Graduate Studies and International Relations)Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Senior Consultant Neurologist, Pakar Perunding Kanan Neurologi, Medical Faculty Medical Centre UKM

Monday 11 June 2012

Mom.....

Tengah dok berfacebook, tetiber ternampak yang nie. Aku suker ngan ayat2 nyer, nampak jelas peranan seorang ibu.... Like it !!!

Yeaaayyy 11 Bulan.....

Hahaha, nampaknyer mama dia yang terlebih hepi. Ok, Si Raid dah masuk 11 bulan ari nie. Jalan pon dah laju, gigi pon dah tumbuh. Tapi yang tak tahannyer, dia dah mula belajar menggigit. Biler geram jer, terus bukak mulut nak gigit. Gigi baru sebatang, konon kuat la gigit tue hahaha.

Selera dia sekarang makin bertambah, pantang tengok aku makan, mula la telan air liur walaupon time tue aku minum air masak. So sekarang nie aku dah bagi dia makan aper yang aku makan tapi untuk Raid aku tak bagi makanan berminyak dan berlemak. Dalam setiap menu, aku lebihkan sayur dan buah. Fav fruit dia buah pear.

Sempena Euro ni, En Suami belikanla bola. Langsung tak boleh berenggang ngan bola tue. Ke hulu ke hilir diusungnyer. Pantang ader yang sentuh bola dia, mula la menjerit. Yang lawaknyer, dia bukan pandai sepak bola tue, just golek guner tangan pas tue mulut bising dok kejar bola.

Bagus gak belikan bola, kalau tak dia asyik 'mengemas' kat dapur. Penat weiii, anak teruna jadi anak dara nie. Habis tupperware, periuk, pinggan, sudu diusung ke ruang tamu. Tin biskut pon dia nak usung samer, tak padan ngan badan. Kalo aku kemas, 5 minit jer ok pas tue dia 'kemas' la balik.

Nie la blue ball kesayangan dia. diusung ke sana sini, aku tengok ball tue samer besar ngan tuan hahahahha

Sekarang nie dah pandai posing, nampak jer aku nak snap pic, dia terus senyum. Hencem la konon

Makin lamer aku tengok, muker dia macam gal. Ramai yang cakap "comeinyer baby gal". Sadis aku dengar.


Nia aksi dia biler aku cuber nak ambik bola tue, jangan harap la dapat

Macam2 aksi

Aishwarya Rai selepas melahirkan baby...

Tengah dok godek2 internet sambil siapkan kertas kerja, tetiber jer terjumpa gambar nie. Macam tak cayer biler tengok, yerla Miss World 1994 (kalau tak silap aku la) boleh jadi se'sihat' ini. Aku ingatkan kalau dah ratu cantik nie, memang akan jaga penampilan 24 hours, tak kisah la dah jadik mak budak ker, mak nenek ker (apa la aku melalut nie). Layan jer la gambar kat bawah nie....


Ni la ruper baby galnyer

Nanti boleh ganti maknyer, next Miss World 

Wednesday 6 June 2012

Rahsia Berlian

Ari nie aku nak berkongsi something yang menjadi idaman semua pompuan kat dunia nie dan menjadi igauan ngeri kat kaum lelaki selain mengecutperutkan diorang hahahaha....

Sememangnya tidak dinafikan kilauan berlian yang mempesonakan telah menawan hati jutaan manusia di seluruh pelosok dunia. Ramai yang ingin memiliki berlian tetapi tidak pasti tentang cara untuk memilih berlian dengan betul.

Institut Gemological Amerika (GIA) menyediakan skala penggredan untuk mengenalpasti kualiti berlian. Skala itu dibahagikan kepada empat kriteria penggredan utama, yang lebih dikenali sebagai 4C iaitu potongan, karat, kejelasan dan warna (cut, carat, clarity dan colour).Dua berlian yang sama saiznya boleh berbeza dari segi harga apabila diukur dengan menggabungkan keempat-empat ciri-ciri di atas.

Salah satu sifat paling penting berlian adalah potongan. Untuk memahami potongan-potongan berlian, seseorang itu mesti bermula dengan bentuk berlian tersebut. Berlian biasanya bulat tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Bulat adalah bentuk yang sering digunakan dalam barang kemas berlian.

Berlian sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk seperti marquisse, pir, bujur, empat segi sama yang dikenali sebagai princess cut, bentuk hati, kusyen dan tiga segi.Potongan sebutir berlian bermaksud keseimbangan potongan, simetri dan kelicinan permukaan potongan berlian itu.

Terdapat tiga perkara untuk menilai potongan berlian iaitu gemerlapannya yang bergantung kepada jumlah cahaya yang dipantulkan, spektra warna di mana cahaya yang dipantulkan terurai kepada beberapa warna spektra serta kilauannya apabila berlian itu mengerlip dan memantulkan cahaya ketika ia bergerak.
Menurut skala GIA, potongan berlian dinilai dengan ukuran terbaik, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah.

Berlian yang mempunyai potongan terbaik mampu memantulkan 100 peratus cahaya dan mengeluarkan kilauan dan gemerlapan yang menakjubkan dan ia sangatlah mempersonakan mata yang memandang.

 

Tuesday 5 June 2012

Jenis Darah dan Personaliti...

# Darah Jenis A

Sikap Positif:

1. Mementingkan adat dan budaya.
2. Menepati masa
3. Mudah bergaul
4. Tidak suka menjadi seorang yang 'perfectionist'
5. Tahap kesabaran tinggi.

Sikap Negatif:


1. Mudah obses pada sesuatu benda.
2. Degil, keras kepala, mudah marah-marah

Dikatakan : Golongan ini amat mudah bertimbangrasa terhadap orang lain, amat berahsia dan setia.


# Darah Jenis B


Sikap Positif:

1. Menyayangi binatang.
2. Kreatif dan mudah bergaul
3. Fleksibel dalam kehidupan atau perhubungan
4. Optimistik (berfikiran positif) tapi kadang-kadang bersifat individualistik (pentingkan diri)
5. Sangat penyayang.

Sikap Negatif:

1. Pelupa dan kadang-kadang pentingkan diri.
2. Sukar untuk memikul tanggungjawab.

Dikatakan : Golongan ini amat berdikari, selalu fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan terhadap diri mereka. Sukar untuk dijadikan pasangan yang baik kerana mereka suka bertukar-tukar pasangan. Kadang-kadang berfikiran sempit dan sedikit malas. Tahap kesabaran mereka agak rendah.


# Darah Jenis AB

Sikap Positif:

 1. Rasional dalam membuat keputusan.
2. 'Cool' dan mudah memahami perasaan orang lain.
3. Mudah bergaul dan agak terkawal dalam perhubungan.

Sikap Negatif:

1. Kadang-kadang suka mengasingkan diri
2. Sukar untuk membuat keputusan
3. Berfikiran terlalu kritis dan sukar untuk memaafkan orang.

Dikatakan : Golongan ini berfikir menggunakan akal bukannya dipengaruhi hati dan perasaan semata-mata. Sukar untuk mengagak apa yang mereka fikirkan dan amat pandai menggunakan wang. Amat bagus sebagai pengantara dan sukakan keharmonian dengan rakan-rakan sepejabat walaupun adakalanya suka memencilkan diri sendiri. Ada juga segolongan yang suka bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai.


# Darah Jenis O

Sikap Positif:

1. Teguh pendiriannya.
2. Bercita-cita tinggi
3. Sukakan cabaran dan berkeyakinan tinggi

Sikap Negatif:

1. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang sia-sia.
2. Mudah sombong, tidak pentingkan perasaan orang lain dan kadang-kadang boleh bersikap kejam terhadap orang lain.

   
Dikatakan : Golongan ini boleh menjadi ketua yang baik dan dihormati. Pejuang yang sangat bagus, mudah bergaul dan penyayang. Tapi kelakuan mereka yang suka untuk menang akan menyebabkan orang di sekeliling berasa bosan terhadap mereka. Sanggup menghadapi cabaran tanpa perlu memikirkan risiko atau akibatnya.




P/S : Darah aku jenis A, semua ciri2 tue macam kena jer ngan perangai aku....

Monday 4 June 2012

Lagi Pasal Si Raid....

Kerja aku kat umah selain dari membebel, suker snap gambar si kecik nie. Biler dah bosan snap pic, aku rakam plak aksi ngader2 dia. Sejak dia dah muler berjalan nie, lagi kerap la aku rakam aksi dier. Biler tengok2 balik, seronok pon ader.


Suker betul main bekas air aku

Biler dapat, dia asyik dok golek benda tue

Nie aksi dia tiap kali aku ajak dia p mandi, pantang jumpa air. Suker tul

Sorang Kedah tulen, sorang kacukan Kelantan+Kedah=Keladah

Ader ruper bapak dia tak? Rasa cam jauh panggang dari api hahahha

Sunday 3 June 2012

Raid oh Raid....

Seminggu tinggalkan si kecik nie minggu lepas, alih2 balik tengok budak nie dah boleh berjalan. Tersangat la sukernyer. Semua orang cakap budak nie cepat jalan, apa taknyer baru 10 bulan. Tapi kalo ikutkan history family belah aku, kitorang 8 bulan dah start berjalan. Kirenyer si Raid nie dah lambat la.

Tapi yang sadisnyer, gigi tak tumbuh2 lagi. Air liur asyik meleleh jer. Sekarang nie segala benda nak digigitnyer. Silap2 ari bulan ader jer benda kat dalam mulut dia. Memang pantang lepa, semua nak masuk mulut.

Air liur asyik meleleh jer

Pantang lepa, asyik nak berdiri

Paling pantang biler nampak bakul kain and wayar, semua nak ditarik


Fav toy, tak pernah renggang ngan kereta. Sampai tayar keta tue dah pecah2. Kena careful sebab banyak kali tayar tue masuk mulut


Jom Terjah...

Dah terlalu lamer sesangat tak mengupdate blog, lagipun last week seminggu outstation ke Kedah. Tersangat la busy sampai takder maser nak bukak blog. And today, dengan maser yang terhad nie, aku update la sedikit info untuk dishare.

Memandangkan kerja aku sekarang nie asyik kuar outstation and menjelajah negeri, aku akan share sedikit info tentang hotel2 kat malaysia nie. Bukan aper kalo korang nak bercuti nanti, dah tak kalut nak cari hotel bajet (Dah rasa macam kerja kat agensi pelancongan dah nie hahaha). Jom tengok2.......

First hotel yang aku singgah, SP Inn (Sekarang dikenali sebagai Amanpura Hotel). Memang tersangat selesa dan luas.

Kalau bilangan family ramai n nak jimat budget, boleh tempatkan lagi satu tilam kat bawah. Harga hanya RM 135 per nite for government servant and RM158 for non government servant

Dari bilik hotel, boleh nampak swimming pool. Memang sangat sesuai untuk bawak family pergi bercuti. Surroundings jangan risau, dekat dengan tempat makan and other infras.

Next hotel is Regency Hotel (Dulu dikenali sebagai Grand Con.). Ruang sempit sikit

Harga per nite is about RM164

The most important thing is dekat dengan pusat bandar. Pekan Rabu bertentangan jalan and banyak sangat kedai makan yang pasti merabunkan mata anda


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...