Ari nie aku nak berkongsi something yang menjadi idaman semua pompuan kat dunia nie dan menjadi igauan ngeri kat kaum lelaki selain mengecutperutkan diorang hahahaha....
Sememangnya tidak dinafikan kilauan berlian yang mempesonakan telah menawan hati jutaan manusia di seluruh pelosok dunia. Ramai yang ingin memiliki berlian tetapi tidak pasti tentang cara untuk memilih berlian dengan betul.
Institut Gemological Amerika (GIA) menyediakan skala penggredan untuk mengenalpasti kualiti berlian. Skala itu dibahagikan kepada empat kriteria penggredan utama, yang lebih dikenali sebagai 4C iaitu potongan, karat, kejelasan dan warna (cut, carat, clarity dan colour).Dua berlian yang sama saiznya boleh berbeza dari segi harga apabila diukur dengan menggabungkan keempat-empat ciri-ciri di atas.
Salah satu sifat paling penting berlian adalah potongan. Untuk memahami potongan-potongan berlian, seseorang itu mesti bermula dengan bentuk berlian tersebut. Berlian biasanya bulat tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Bulat adalah bentuk yang sering digunakan dalam barang kemas berlian.
Berlian sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk seperti marquisse, pir, bujur, empat segi sama yang dikenali sebagai princess cut, bentuk hati, kusyen dan tiga segi.Potongan sebutir berlian bermaksud keseimbangan potongan, simetri dan kelicinan permukaan potongan berlian itu.
Terdapat tiga perkara untuk menilai potongan berlian iaitu gemerlapannya yang bergantung kepada jumlah cahaya yang dipantulkan, spektra warna di mana cahaya yang dipantulkan terurai kepada beberapa warna spektra serta kilauannya apabila berlian itu mengerlip dan memantulkan cahaya ketika ia bergerak.
Menurut skala GIA, potongan berlian dinilai dengan ukuran terbaik, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah.
Berlian yang mempunyai potongan terbaik mampu memantulkan 100 peratus cahaya dan mengeluarkan kilauan dan gemerlapan yang menakjubkan dan ia sangatlah mempersonakan mata yang memandang.
No comments:
Post a Comment