Coolllzz!!

Tuesday 25 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin



Hahaha, kali nie nak join segmen Nabila nie. Korang kalo nak join samer klik banner atas tue.

Follower aku pon tak banyak, hanya 125 orang jer....

Tag:


Thursday 20 September 2012

Team Building or Body Building???? hahahaha

Dah terlalu2 lama la sesangat tak update blog. Dalam bulan ogos dan sekarang dah masuk pertengahan bulan september, minggu nie la baru aku ader kat ofis. Sebokkk norr. Tengok2 anak aku pon dah boleh cakap. Nak buat caner, mamanyer selalu kuar. 

So, minggu lepas kami satu dept p team building kat PUSKEP, Lenggong. Tersangat la seronoknyer, tapi sedih sebab anniversary terpaksa la celebrate kat sana. Bertolak ari Jumaat, dengan semangat kental (kentot la) kami bertolak depan bangunan MARA menaiki bas MARA. Dah keje MARA, naik bas MARA la, takkan lori sampah lak.


Empat peserta pertama, yang bersemangat nak naik bas. bukan aper naik bas nak tido hahahah

Sampai sana, bantai tido dulu. Malam tue baru start aktiviti. Sesi pertama ialah perkenalan diri. Tak kira la caner pon ko perkenalkan diri, asal tak tiru gaya orang lain. Ada bersajak, berpantun, berlakon, menyanyi, ikrar. macam2 la. Aku??? Of course la kenalkan diri ngan dialek Kelate, lain dari yang lain.

Sesi nie berjaya la  untuk kiter kenal ckit latar belakang staf yang lain.


Memandangkan dept aku, 14 orang jer memang tak jadi masaalah sebab hubungan kitorang yang sedia rapat

Keesokan hari, lepas melantak, mula la ngan senaman ringan. Acara pagi dimulakan ngan game paintball. Memang seronok+penat+lebam. Habis badan aku berbekas kena tembak, tapi dalam kena tembak pon 5 pusingan gak la aku main. Yang paling teruk kena time lawan ngan Marshal. Dorang dah la penah dilatih kat overseas, bukan lawan kami la yang masih terkedek2 nie. Tapi semangat juang tetap diteruskan. Time nie la aku lebam2 kena tembak. Huh tak guna, sakit dowh....


Muka hepi sebelum bertempur

Nie la gelanggangnyer, berdebik2 debik kena tembak
Sebelah petang acara diteruskan ngan Flying Fox. Langsung tak mencabar bagi aku. Aku yang memang suker game2 mengarut, gayat tak der dalam istilah hidup aku. Bukan nak riak, sebelum nie pernah main bungy jumping, flying coaster dan macam2. Setakat Flying Fox aku boleh taram main sampai 2 round.

Nie la laluan flying fox. Takut??? Langsung tak...

Bersedia nak naik Flying Fox, Aku peserta terawal


After that, acara yang cukup aku gemar, berkayak. Memang suker sangat.

Sungai nie bertemu ngan Sg. Perak

Look at the view, memang cantik sangat

Last day hari ahad, sesi rumusan dan IQ Games. Tepat pukul 2.00 bertolak balik
Acara last day, pepagi lagi panjat bendalah yang tinggi melangit nie. Pastu turun ngan tali. Pon tak takut. Aku masih peserta pertama yang volunter nak naik dulu. Sempat 2x naik




Thursday 6 September 2012

Gaya Artis Hollywood...

Pink n Husband
Ne-Yo
Miley Cyrus
"Rock n Glam". Dah macam Pink aku tengok
Alicia Keys

Tuesday 4 September 2012

Be Careful Dalam Memilih Lipstick...

Biler dah namanyer pompuan, lipstick, lipgloss, lip liner memang tak mmpu nak dipisahkan. Tapi korang tau tak yang pemilihan lipstick yang salah boleh bawak kanser. Aku nak share something ngan korang. My sis's friend merupakan pharmacist dan dia jugak pakar dalam bidang biologi. Memang bidang dia mengkaji setiap ingredients yang terdapat dalam produk kecantikan terutamanya lipstick.

Kebanyakan produk lipstik mengandungi paraben yang boleh membawa kepada kanser payudara. Apa taknyer biler kite pakai lipstick, time makan kite telan bendalah tue. Selama ni ader tak korang pk yang korang dok telan ari2 tue boleh bawak bahaya. Korang ader tak pk aper kandungan dalam lipstik tue. Meh aku terangkan sikit.

Paraben adalah kelompok bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam lotion, conditioner, shampo, deodorant, lipstick bahkan bahan makanan dan minuman. Sejak tahun 2000, pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa paraben membawa kesan yang buruk. Penelitian lain juga menunjukkan bahawa paraben berkait raoat dengan kanser payudara. Meskipun banyak pihak yang mendakwa paraben boleh disingkirkan di dalam sistem tubuh manusia, namun kajian menunjukkan kimia ini tidak boleh dihancurkan oleh tubuh. The European Journal of Cancer Prevention melaporkan bahawa penggunaan produk yang mengandung paraben boleh menyumbang kepada kanser payudara.

Menurut kawan adik aku nie, setakat nie ader satu produk lipstick keluaran Cosway yang selamat digunakan dan tiada paraben. Dia suggestkan produk nie:

L’élan Vital Fleur Rouge Lip Palette
Free from mineral oil and parabens

 p/s: Aku bukan nak promote, tapi it's gud if i can share....


Ayat-ayat Kecewa Dalam Bercinta

Di saat aku mendengar berita kecurangan mu.....aku cuba mengerti dan terima
Di saat aku perlukan seseorang.....hanya air mata peneman setia
Di saat hati terluka.....aku hanya mampu menangis sendiri
 
Segala kejujuran tidak bermakna bagimu
Segala kesetiaan tidak bererti bagimu
Demi sebuah perhubungan, aku nekad berubah
Demi sebuah hati, aku sembunyikan segala kesedihan
Sekiranya aku mampu, aku akan berikan semua kegembiraan ku pada mu
dan segala kesedihan mu milikku
 
Tiada kejujuran di dalam dirimu
Tiada pengertian yang selama ini kuharapkan
 
Maafkan aku bila tak sempurna
Diri ini hanya insan biasa
Sekiranya kehadiranku banyak membebankan, aku rela berundur
 
Cintaku, sayangku hanya pada Penciptaku
Tiada apa lagi yang kuharapkan untuk kehidupan ini
Aku akan teruskan jua walau terpaksa bangun semula
Maafkan segala salah silapku
Aku rela mengundur diri
 
*p/s biler baca, cam sedih jer bunyi. that's y aku post kat blog nie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...