Coolllzz!!

Monday 30 April 2012

I'm bACK....

Dah lama aku tak jenguk blog nie, bukan takder masa tapi sejak ditukarkan ke bahagian baru, main job scope aku ialah buat pemantauan. So tiap2 bulan aku outstation. Penat jangan citer tapi aku seronok sebab aku bukan jenis yang suke dok lepak kat ofis jer.

Minggu lepas seminggu aku ke KPM Bandar Penawar, Johor. Tapi aku bukan nak citer tang tempat tue, aku nak story tang hotel yang aku menginap. Memang cantik sangat viewnyer, mengadap Pantai Desaru. Sewa semalam pon tak mahal lebih kurang RM189.00 jer. Pulai Beach Resort and Spa bersebelahan ngan Lotus Hotel yang super grand (aku tak mampu nak menyewa kat situ). Walaupon tak setanding Lotus, tapi bilik yang disediakan kat Pulai Beach Resort and Spa nie memang cukup selesa. Ada 3 katil, bathroom yang luas dan yang best almari pakaian yang cukup besar (kalau rasa teringin nak tdo kat dalam tue pon boleh). Bilik yang aku dok betul2 mengadap pantai.



Rupa hotel dari luar. Yang menyambut ketibaan kami 2 ekor monyet yang ntah dari maner datangnyer. Tak sempat aku nak snap pic monyet tu. Yang minat berbasikal, basikal disediakan untuk ronda seluruh kawasan hotel dan pantai

Menuju ke tingkat atas

Lobi hotel yang simple bertemakan color hitam putih

Nie rupa biliknyer. Memang luas dan cantik. Memang selesa


Salah satu sudut ruang santai


Gambar nie aku snap time malam. Laluan ni ke Pantai Desaru. Memandangkan hujan tak berenti tak sempat la aku ambik gambar sepanjang laut. Memang romantik sepanjang jalan, sesuai untuk honeymoon.

Sekitar cafe hotel

Cafe yang terletak kat tingkat bawah nie memang luas, offer juadah yang pelbagai n sedap. Ader ruang tertutup n ruang terbuka untuk rasa angin pantai.

Wednesday 18 April 2012

Petua Menjaga Hati Isteri

Bagus untuk dikongsi bersama............

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.


Thursday 12 April 2012

Kuliah Jumaat: Hukum pakai cincin dengan menyimpan kuku panjang....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Syoknyer kerja ngan Google.......



Gaji Programmer Google

Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.


Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik :-
1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun
(menurut Indeed.com)


Apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya ?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.

2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.


Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.
Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

Wednesday 11 April 2012

Ikan Lagi dan Lagi.........

Semalam En. Husband p mancing lagi, kali nie kat Desa Waterpark plak. Malam baru balik, naseb baek ader gak habuannyer, kalo balik ngan tangan kosong, makin panjang aku membebel. Kali nie dia dapat ikan baung dan patin. Memang besar la, sampai penuh freezer kat atas tue isi ikan jer. Hujung minggu nie baru ingat nak masak, hari kerja maner la sempat aku nak membelek ikan.


Tue dia, 2 ekor ikan patin berjaya ditangkap. Sekor siap ada telur lagi...

Ikan baung nie besar giler. Perut penuh ngan telur......

3 ekor kesemuanyer. Ikan patin tue aku ingat nak masak asam pedas, ikan baung lak masak lemak cili padi. Mewah la makan hujung minggu nie, rezeki jangan ditolak hahhaha.......

9 Bulan Sudahhh.....

Ai, pejam celik pejam celik, Si Raid dah masuk 9 bulan semalam. Rasa cam cepat bebenor, cam tak cayer pon ader gak. Tapi pengalaman menjadi mama serta diberi peluang untuk membesarkan anak, memang buat aku benar2 insaf betapa besarnyer pengorbanan seorang ibu. Kalo dulu aku asyik terfikir macam maner la nak jaga anak sebab aku sendiri pon bukannyer sukakan budak2. Tetapi biler melangkah ke alam perkahwinan dan bunting pelamin aku makin gemar melayan kerenah budak2.

Budak bertuah nie dari semalam asyik senyum dan ketawa, macam tau2 dia dah genap 9 bulan. Semakin dia besar, macam2 aksi yang dia buat. Aku takut sangat biler nak tinggalkan dia sorang2, terutama biler dia masih tido kat atas katil, takut jatuh. So sekarang nie, tilam letak kat bawah. At least kalo dia jatuh tak der la tinggi sangat. Tapi yang lawaknyer, walaupun tilam dah letak kat bawah makin aktif pulak si Raid nie dengan aktiviti panjat memanjat. Dah namanyer lelaki, aktiviti lasak memang dah sebati.

Si Raid nie, sejak umur 6 bulan every time aku bawak dia p klinik untuk check up, orang akan tanya aku baby dah berapa tahun. Biler aku cakap baru 6 bulan dorang akan terkejut. Apa taknyer budak bertuah nie memang besar dan memang panjang. Sekarang nie lagi la aku tak larat nak dukung dia, letak jer dalam walker atau biar dia merangkak sendiri. Tapi biler letak kat bawah, dia sibuk berdiri, merangkak tak nak. Aku plak risau takut dia jatuh atas simen. Macam-macam.......



Tue dia punyer sengih, lebar semacam jer.... hahahaha

Nie toy yang paling dia suker, asyik nak gigit bendalah nie jer.


Kontrol cantik muahahahaha.....

Raid nie kalau dia start ketawa memang kuat suaranyer....

Dah penat senyum, sibuk nak suruh aku dukung plak...

Sunday 8 April 2012

Macam-Macam Kerenah.....

Kadang2 aku sendirik pening layan si kecik nie. Macam2 aksi, tak boleh dok diam langsung. Biler dia tdo, rasa cam aman sikt. Aktiviti panjat memanjat dah jadik rutin harian. Kalau aku bertempik sekali pon, dia buat kering jer. Paling tidak dia gelak. Tue yang buat aku tak jadik nak marah....

Tengok tue, beriya posing
Memang rutin harian, bangun berdiri. Kalau dah boleh jalan nanti tak tau la camner
Raid 7 bulan dah start berdiri, skang nie lagi lasak
Si kecik nie marah biler aku rampas puting kat tangan dia............
Senyum kontrol...
Nie aksi dia kalau nak sesuatu....
Nie super duper marah. Pantang  kalu aku bangun tak dukung dia. Mesti menjeritla

Bakal Jadi Cikgu....

Si Raid lagi 3 hari genaplah 9 bulan. Budak nie pantang benar nampak kertas atau buku. Sume nak diambiknyer. Memandangkan aku penggila novel tegar, tiap kali nampak jer novel, terus tangan dan kakinyer tak senang duduk. Kalau En. Suami dok tengah bacer paper, alamak hancur la paper tue kalau dapat kat dia.
Tengok tue, bukan main membelek. Macam dah tau bacer hahaha...

Sekarang nie dah pandai, dapat jer buku, dia belek2 dulu, pastu tunjuk2. Macam dah pandai bacer, En. Suami cakap nie tanda2 nak jadik cikgu nie. Maklumla makciknyer ramai cikgu hahaha. Tak kisah la nak jadik aper biler besar nanti, asalkan jadik orang sudah.


Biler aku tegur, dia berenti sat

Sambung lagi belek...
Aiseh, siap tunjuk lagi, dah macam cikgu nak mengajar orang. Masalahnyer pegang buku pon terbalik.....

Thursday 5 April 2012

Rawatan Spa Paling Aneh.... Ada Berani?????

Facial siput
Di kota Krasnoyars di Siberia, lendir siput adalah sumber awet muda. Di sebuah spa di kota metropolitan Rusia ini, siput Afrika tersedia dalam berbagai ukuran untuk ditempatkan di wajah dan tubuh. Lendir yang dikeluarkan kaya dengan asam glikolat dan elastin dipercayai boleh mengurangkan kedut luka, dan tanda-tanda penuaan.
 
 
Rawatan Ular
Ular mungkin menjadi ketakutan banyak wanita, tetapi percayakah anda ada banyak wanita yang rela membayar 90 USD untuk membiarkan tubuhnya dilingkari sejumlah ular? Di sebuah spa di Israel, tiga jenis ular tidak beracun dilepaskan di wajah dan punggung pelanggan. Gerakan otot mereka ketika merayap dipercayai dapat menghilangkan sakit sendi dan otot seperti dipijak.
Mandi Ikan
Di China, spa ikan tidak hanya terbatas di kaki. Di Dr. Fish sebuah resort air panas di kota Chongqing, para ppengunjung spa merendam seluruh tubuh mereka di tab mandi yang penuh dengan ikan. Jika ikan-ikan tersebut memakan semua kulit mati di tubuh seseorang, dipercayai orang tersebut akan memiliki aura yang lebih sihat.
Facial dengan kotoran burung
Hanya di New York, kota dengan lapan juta ekor burung merpati, kotoran burung boleh dijadikan bisnes. Dengan membayar 50 USD, Shizuka New York Day Spa menawarkan Geisha Facial yang dibuat dari kotoran burung. Victoria Beckham adalah seorang pelanggan yang mempercayai bahawa kotoran itu mengandungi enzim anti jerawat.
Suntikan sel biri-biri Penyanyi Debbie Harry baru-baru ini menceritakan rahsia kulitnya yang licin: suntikan sel biri-biri hitam. "Diambil dari organ yang berbeza, dari hati, dari kelenjar, dari tulang," katanya, "dan menjadikannya bahan suntikan. Ada 11 suntikan, dan saya rasa itu menakjubkan." Clinique La Prairie di Swiss, memulakan rawatan anti penuaan sejak tahun 1931. Meski botox dan filler lebih popular, rawatan suntikan sel biri-biri dianggap sebagai rawatan untuk orang-orang kaya.
Facial Lintah
Nama sainsnya adalah Hirudotherapy tetapi sebenarnya yang dilakukan adalah dengan meletakkan lintah di wajah anda. Rawatan lintah penghisap darah di kulit ini dilakukan di kebanyakkan spa di Rusia. Dengan 1000 USD anda boleh meningkatkan peredaran darah dan saluran anti-peradangan dari air liur lintah.
Facial air kencing (urine)
Air kencing atau urine bukan hanya digunakan untuk rawatan sengatan obor-obor. Para saintis percaya air kencing mempunyai antiseptik yang melawan jerawat dan memberikan wajah yang bersih. Vanessa Williams telah mencubanya. .

Pedicure ikan Di beberapa negara Asia seperti Jepun, Cina dan Indonesia, spa jenis ini tidak lagi aneh. Namun bagi sebahagian besar negara di dunia rawatan kaki dengan membiarkan ikan menggigit kulit kaki ini masih dianggap pelik.



p/s : korang pilih la mana yang sesuai ngan korang hahahaha.........

Kuliah Jumaat : Warna-Warna Kesukaan Rasulullah Saw

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah menyukai warna hijau. Sebenarnya apakah warna kegemaran baginda?

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun Rasullah juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata: "Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih." Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya...". Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat."

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : "Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu." Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."


Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

Aku terjumpa satu GA nie, quite interesting. Sebabnyer aku hanya akan join GA yang pada pandangan aku attractive walaupun baru sekali jer menang sobbb...sobbb...sobbb. Tak per la at least i'll try my luck, mana tau aku menang hahahahaha (perasan tak sudah).

Ok meh sini orang kampong, jom meramaikan majlis ngan join GA nie.....




Nak join klik banner kat atas.....


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal )

HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch


NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju     korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 




Nie jer gambar yang ader ngan aku sekarang... jadik la kan....




Aku nak tag:

Mass's touch
Makcik Mimi
Nur izzati

Tuesday 3 April 2012

Baby Boy Hillary Duff, Luca

Comel tul baby Hillary Duff nie. Matanyer bulat dan besar. Dilahirkan pada 20 Mac 2012 dan baru berumur 2 minggu, kehadiran Luca dalam hidup Hillary merubah seluruh kehidupannya.

Hillary yang mengahwini bintang NHL, Mike Comrie pada Ogos 2010 terlalu sibuk dengan peranan barunya sebagai ibu.

Sunday 1 April 2012

Ikan oh Ikan....

Sabtu ari tue, En. Suami p mancing area The Mines. Dah seminggu lebih, sebelum p mancing tue dia asyik dok belek joran. Kalau sesekali tak per la jugak. Ini sampai kul 1.00 pagi masih dok ngadap bendalah tue. Geram aku dibuatnyer.

Pagi2 lagi dah kuar, semangat tul. Aku siap pesan kalau setakat dapat yang saiz ikan bilis, tak payah balik umah. Sebelum nie pon memang dia penah bawak balik ikan pancing, tapi tak la besar maner.

Tapi ari tue memang rezeki kami la, En. Suami dapat 2 ekor ikan suri (aku pon first time tengok rupa ikan nie) dan sekor ikan keli saiz sederhana besar. Tapi bagi aku dah cukup besar (sebab tak penah makan ikan saiz gabak sebelum nie, paling besar pon ikan patin)....

Nie la ruper Ikan Suri tue, first time aku tengok. En. Suami pon tak pernah tahu tang ikan nie

Nie bapak keli yang En. Suami dapat. Seumur hidup aku, ni la first time aku tengok ikan keli gabak
Posing hahah. Setiap sekor berat cecah 2 kilo.

Lagi gambar posing...
Dapat 3 ekor semuanya. Memang puas hati la. Sekor ikan suri, aku goreng, sekor lagi sedekah kat jiran. Ikan keli tue aku buat masak lemak cili padi

Part nie aku sorang jer ngadap. Memang best


Sebab-Sebab Kenapa Penjara PUDU Ditutup...???!!!


FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar...

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak
kan ....hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...