Coolllzz!!

Sunday 1 April 2012

Ikan oh Ikan....

Sabtu ari tue, En. Suami p mancing area The Mines. Dah seminggu lebih, sebelum p mancing tue dia asyik dok belek joran. Kalau sesekali tak per la jugak. Ini sampai kul 1.00 pagi masih dok ngadap bendalah tue. Geram aku dibuatnyer.

Pagi2 lagi dah kuar, semangat tul. Aku siap pesan kalau setakat dapat yang saiz ikan bilis, tak payah balik umah. Sebelum nie pon memang dia penah bawak balik ikan pancing, tapi tak la besar maner.

Tapi ari tue memang rezeki kami la, En. Suami dapat 2 ekor ikan suri (aku pon first time tengok rupa ikan nie) dan sekor ikan keli saiz sederhana besar. Tapi bagi aku dah cukup besar (sebab tak penah makan ikan saiz gabak sebelum nie, paling besar pon ikan patin)....

Nie la ruper Ikan Suri tue, first time aku tengok. En. Suami pon tak pernah tahu tang ikan nie

Nie bapak keli yang En. Suami dapat. Seumur hidup aku, ni la first time aku tengok ikan keli gabak
Posing hahah. Setiap sekor berat cecah 2 kilo.

Lagi gambar posing...
Dapat 3 ekor semuanya. Memang puas hati la. Sekor ikan suri, aku goreng, sekor lagi sedekah kat jiran. Ikan keli tue aku buat masak lemak cili padi

Part nie aku sorang jer ngadap. Memang best


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...