Dah lama aku tak jenguk blog nie, bukan takder masa tapi sejak ditukarkan ke bahagian baru, main job scope aku ialah buat pemantauan. So tiap2 bulan aku outstation. Penat jangan citer tapi aku seronok sebab aku bukan jenis yang suke dok lepak kat ofis jer.
Minggu lepas seminggu aku ke KPM Bandar Penawar, Johor. Tapi aku bukan nak citer tang tempat tue, aku nak story tang hotel yang aku menginap. Memang cantik sangat viewnyer, mengadap Pantai Desaru. Sewa semalam pon tak mahal lebih kurang RM189.00 jer. Pulai Beach Resort and Spa bersebelahan ngan Lotus Hotel yang super grand (aku tak mampu nak menyewa kat situ). Walaupon tak setanding Lotus, tapi bilik yang disediakan kat Pulai Beach Resort and Spa nie memang cukup selesa. Ada 3 katil, bathroom yang luas dan yang best almari pakaian yang cukup besar (kalau rasa teringin nak tdo kat dalam tue pon boleh). Bilik yang aku dok betul2 mengadap pantai.
|
Rupa hotel dari luar. Yang menyambut ketibaan kami 2 ekor monyet yang ntah dari maner datangnyer. Tak sempat aku nak snap pic monyet tu. Yang minat berbasikal, basikal disediakan untuk ronda seluruh kawasan hotel dan pantai |
|
Menuju ke tingkat atas |
|
Lobi hotel yang simple bertemakan color hitam putih |
|
Nie rupa biliknyer. Memang luas dan cantik. Memang selesa |
|
Salah satu sudut ruang santai
|
|
Gambar nie aku snap time malam. Laluan ni ke Pantai Desaru. Memandangkan hujan tak berenti tak sempat la aku ambik gambar sepanjang laut. Memang romantik sepanjang jalan, sesuai untuk honeymoon. |
|
Sekitar cafe hotel |
|
Cafe yang terletak kat tingkat bawah nie memang luas, offer juadah yang pelbagai n sedap. Ader ruang tertutup n ruang terbuka untuk rasa angin pantai. |
No comments:
Post a Comment