Coolllzz!!

Thursday, 29 March 2012

Kuliah Jumaat : Kisah Ular Hitam Menunggu Mayat

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah. Kisah benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

ALLAHuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.

MasyaALLAH (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

*Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga ALLAH swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaALLAH..



P/S : INI BARU SEKSAAN DI DUNIA AKIBAT MELEWATKAN SOLAT….BAGAIMANA KALAU TAK SOLAT ??! naudzubillah...

Kuliah Jumaat : Bahaya Mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini , amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat pendidikan ISLAM secara formal. Minta kita dijauhi dari sebarang fitnah ini, amin?.

Sebuah sketsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan Kristian gaya baru.


Saat Maghrib telah tiba, belasan orang di Hotel Sahid, Surabaya  bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajipan solat Mahgrib. Mereka adalah jemaah Kristian Ortodok.

Orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Saat mereka solat, selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjemaah juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.

Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya') dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu Ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil Kabir (puasa 40 hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Khamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain solat dan puasa, jemaah Kristian Ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian Ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Mungkin anda keliru.... jadi berhati-hati la kita tentang ajaran Kristian Ortodok... hebahkan la pada kawan2 kiter. Yang pasti, ini bukan ayat al-Quran. Semoga kita semua berhati2. Jangan sampai terbeli dan digantung
di rumah kita. Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum. Kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject.

Wednesday, 28 March 2012

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali…

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras ...Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.

Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat

Mujarab Iaitu :

RIDSECT... Haaaahaaahaha!!!

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

jom join reramai....


Nak join, klik banner kat atas.....

Tuesday, 27 March 2012

Something To Share.... -Susu Terakhir Buat Si Kecil-

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

 

Monday, 26 March 2012

Jom KFC...

Bagi kaki makan macam aku, nie peluang yang ditunggu2 untuk menembamkan pipi haha. JOOOOMMMM SERRRBUUUUU!!!!!!!!

Perkara yang Perlu Dilakukan Suami Semasa Isteri Mereka Mengandung

Dengar cni lelaki2 kat luar sana, tak kira la yang bakal nak jadi bapak ker, yang bakal nak kawin ker, yang bakal nak tambah anak lagi ker... Nie aku ader tips bagi korang......


(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Sunday, 25 March 2012

Tahukah Anda : Fakta Menarik Tentang Lim Goh Tong (Pengasas Genting)

  1. Berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya
  2. Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun
  3. Pada mulanya berkerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A
  4. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu
  5. Lim Goh Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan khidmat penterjemah
  6. Pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises
  7. Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek pembangunan hartanah oleh Asiatic
  8. Seorang yang merendah diri dan senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja
  9. Seorang yang menepati masa serta rajin berkerja
  10. Pernah dilabel sebagai gila oleh kerana ideanya untuk membangunkan Genting Highlands
  11. “When I decided to develop Genting about 38 years ago, there were also people who said I was mad and doomed to failure. But I went on to build it up steadily into an internationally renowned holiday resort. As for the cruise industry, isn’t Miami a success story? If the Westerners can do it, so can we Asians”
  12. Mendapat idea untuk membangunkan Genting Highlands ketika berada di Cameron Highlands. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi yang berada dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Cameron Highlands yang biasanya mengambil masa lebih lama
  13. Bersahabat baik dengan Tan Sri Tan Sri Dato’ Loh Booh Siew (Boon Siew Honda) yang mula dikenali ketika menjadi pembekal minyak untuk projek pembinaan Empangan Ayer Itam
  14. Meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan sebanyak RM 421.8 bilion
Kesimpulannya, banyak yang dapat dipelajari melalui pengalaman dan sikap beliau yang membentuk dirinya sebagai seorang jutawan. Selain daripada sikap merendah diri dan kesediaan untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat, beliau juga seorang yang sangat menepati masa dan kuat berkerja.





Friday, 23 March 2012

Requirements For Becoming A Model

Successful models to realize that modeling is 50% physical and 50% mental. Successful model will skip right over this part, thinks that modeling is all about having a beautiful body, tight. While we can not devalue the importance of having a perfect physical qualities, the other half that would normally be overlooked is the mental side of modeling. 


In fact, a very "mental" model alone, Janice Dickinson, model candidates usually say that it's all in the head. 


Major Attitude - No arrogance that 
Attitude is the number one quality that the model should have. This attitude does not mean to be harsh, nasty, mean, stubborn, and aired. Attitude means having a strong sense of your own abilities, and feel entitled to your position as a model in the world of modeling. This attitude is very difficult to explain, but you know when you see it. Attitude means that you can keep your head held high in you a strong hold on people who try to tear you down, because in this industry you will always find people trying to tear you down. 


They Can Count On You? 
The idea in the minds of most people about the fashion model is someone who parties all night until 5:00 wake up with a bottle of champagne in bed, and then dragged to 2 ½ hours late to shoot them. Another idea that many people have is of a person, a very temperamental acting angry all the people and can not be calculated. 



 
Images that can not be further from the truth. True, some models that behave like that. Exit from the model that behaves like that, only a very small percentage excel in the field of modeling. Mostly, a highly successful model of the famous reliable and very responsible. And it should go without saying that even the more successful models have greater motivation to be responsible. 


Arrive on Time 
Punctuality. Do you think you left back in school or your old job? Hardly. Even our favorite example, Ms. Dickinson herself, saying that a lot of success can be attributed to the fact that he is "old school" model that believes in extreme accuracy. 


Why is this so important? Because the client pays a lot of money for your time, and for photographers, assistants, directors, and studios. Every minute that you waste time costs big money and stain your reputation as a model. 



Self-starter 
Fashion modeling is very much an independent world. You work for yourself. You do not punch the time clock, 9 to 5, every day. You are what they call a free agent. Name and face and body are the same as what is to accompany the display window. You have to treat well and you should be aware of the fact that you are your own business. 
No one will tap your shoulder and telling you to keep working or doing things that were responsible. 


It is up to you to hunt down a job and follow promising leads. If you feel a little sick in bed one day, and you have a very important shoot coming, in most cases you will be expected to push ahead and make that shot. Now we do not recommend that you go in to work if you are very sick, but we say that in most cases successful self starter who can push through many obstacles to their goals. 


Your Inner Circle 
So maybe you're not at the point of having his own party, but let's call it your inner circle. With the inner circle we mean a group of close friends and industry contacts. These are people who know the modeling industry and interested in issues related to modeling. 


 We are not talking about friends and relatives outside the industry, although it's another layer of important friends that you need to sustain and maintain. But you need to organize yourself around good support system from people who know the language modeling, to understand all the ins and outs, and who generally know what you're talking about. You will find that it is difficult to develop a support system of friends who are models ranked higher or more experienced than yourself-at least at first. But every now and then you may find yourself in the company of a group of people like you, along with one person who can help you.

Thursday, 22 March 2012

Kuliah Jumaat : Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Nabi SAW pernah bersabda; Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.
 
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
1.     Pahala yang berlipat ganda
2.     Keberkatan.

Bolehlah kita sama-sama amalkan.

1.      Cara duduk Seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Duduk makan cara sunnah...
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
 
Ada orang tanya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macam mana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni. Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATANnya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.



2.      Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

3.        Makan dengan menggunakan 3 jari.
Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, Baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya no comment.

 
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer, 2 batang kayu jer guna. OK pulak. So, macam mana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari?? Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amalkan sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

4.      Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa 'Allahumma baariklanaâ'

5.      Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6.     Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa Bismillahiwaâala barokatillah.

7.      Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.


8.      Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

9.      Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu. Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita melantak. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ala buffet. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak?

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
 
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?

America's Most Beautiful People


Demi Moore
Roswell, New Mexico
By the time Demi was 14 years old, her family had left the UFO-associated area of Roswell and moved nearly 40 times, finally settling in Hollywood, where her high school classmates included Anthony Kiedis and Timothy Hutton.
Sarah Silverman
Bedford, New Hampshire
Sarah’s performances entered the shock-comedy genre pretty early in her career—after appearing in local television shows and community theatre projects, at just 17, she started performing stand-up, singing a song called “Mammaries” in a local New Hampshire restaurant
Brandon Flowers
Henderson, Nevada
The sexy, bad-boy frontman of The Killers got the dreamy rock star gig after replying to an ad that the band’s guitarist, Dave Keuning, placed in a local Las Vegas newspaper.
Hilary Swank
Lincoln, Nebraska
Hilary Swank might have some major mantle decorations now—with two Oscar trophies to her name—but she came from humbler beginnings. Born in Nebraska, she moved often, and spent a large part of her childhood in a trailer park.
Lauryn Hill
East Orange, New Jersey
The gorgeous former Fugee grew up in musical family, listening to her parents’ Motown recordings at their East Orange home. Though she still performs regularly, the soulful singer rigorously avoids publicity, instead choosing to keep her life with her partner, Bob Marley’s son Rohan, and their 6 children private.
Michelle Williams
Kalispell, Montana
The petite Academy Award-nominated actress is also a financial whiz—Michelle won the Robbins World Cup Trading Championship in 1997, an echo of her father’s earlier victory in the same competition (he's a stock and commodities trader professionally).
Jon Hamm
St. Louis, Missouri
Everyone’s favorite ‘50s womanizer (or at least, he plays one on TV) was quite the jock growing up—at his high school in rural Missouri, Jon played football, baseball, and competed on the swim team.
Britney Spears
McComb, Mississippi
The pop princess still has the drawl she developed growing up in rural Mississippi and Louisiana, where her rise to stardom began after landing a role on The Mickey Mouse Club. Now that she’s the first female artist to have six albums debut at number one on the charts, its seems she did manage to leave behind the mouse ears.
Jessica Biel
Ely, Minnesota
The fresh-faced actress left her native Minnesota far behind when she began her modeling and acting career—she went on to act in several major projects associated with other places—namely, 7th Heaven and Texas Chainsaw Massacre.
Dita von Teese
Rochester, Michigan
Dita’s noted fondness for retro glamour began early—growing up in Michigan, her mother, who loved all things Golden-era Hollywood, would supply a young Dita with special clothing for playing dress up, perhaps leading to the burlesque star’s current love of elaborate and dramatic costumes, including designing her own corsetry and lingerie.
Kate Bosworth
Cohasset, Massachussetts
The blonde beauty moved around a lot as a child, thanks to her dad’s job as a Talbot’s executive, but became a champion equestrian during her adolescence in coastal Massachusetts. Her horsey talents helped her land her first major role, in the 1998 film The Horse Whisperer.
Hilary Rhoda
Chevy Chase, Maryland
Before becoming an internationally successful model, Hilary had a slightly rougher hobby—playing competitive field hockey and lacrosse for her Maryland high school.
Anna Kendrick
Portland, Maine
Anna began her acting career on stage, appearing in the Broadway musical High Society when she was just 12 years old. She says she caught the acting bug at the age of 10, thanks to her parents allowing her and her brothers to hop a bus from Portland to New York City, where she attended auditions.
Reese Witherspoon
New Orleans, Louisiana
A thoroughly modern Southern belle, the Oscar winner spent most of her childhood in Louisiana and Tennessee, thanks to her parents’ careers in medicine, which she has said helped her develop “a sense of family and tradition.”

Jennifer Lawrence
Louisville, Kentucky
Before Jennifer Lawrence made her breakout performance as Ree Dolly in Winter’s Bone (and sent jaws dropping in that slinky red Calvin Klein dress), she was acting in church plays in her hometown of Louisville.

Janelle Monáe
Kansas City, Kansas
Janelle, an exhuberant singer, songwriter, and performer, has said that another famous (if fictional) Kansan had a great influence on her musically—Dorothy, from The Wizard of Oz.
Michelle Monaghan
Winthrope, Iowa
The former class president of East Buchanan High School also starred in several plays there, before going on to study journalism in Chicago. After modeling internationally, the brunette beauty moved to New York to pursue an acting career.

Janet Jackson
Gary, Indiana
As the youngest member of the Jackson family, Janet was a musical super star from a young age, spending much of her childhood performing with the Jackson 5. The family lived in Indiana until a record deal with Motown enabled them to relocate to a mansion Los Angeles.
Jennifer Hudson
Chicago, Illinois
It’s surprising to remember that the Grammy- and Oscar-winning songstress didn’t even win American Idol (she came in 7th). The charming singer/actress got her musical start at the age of 7, singing in her church choir and doing Chicago-area community theatre.
Christina Hendricks
Twin Falls, Idaho
The voluptuous bombshell, who is a natural blonde, began dying her locks crimson at the age of ten. She started her acting career doing musical theatre as a child in Twin Falls before eventually becoming TV’s hottest office manager as Mad Men’s Joan Holloway.
Julia Roberts
Atlanta, Georgia
While growing up in Georgia, Julia originally wanted to be a veterinarian. The Oscar winner had her first brush with superstardom as southern belle in Steel Magnolias, but it was after playing a Hollywood prostitute in Pretty Woman that Julia shot to legend status (and gave thigh-high boots an insurmountable cultural reference point).
Leighton Meester
Marco Island, Florida
The Gossip Girl star had an unusual early childhood—when she was born, her mother was serving a federal prison sentence in Fort Worth on drug charges—the family moved to Marco Island after her release, and Leighton spent the remainder of her childhood there with a relatively normal upbringing. Inauspicious beginnings for the stylish star, who went on to attend the Professional Children’s School in NYC and book a Wilhelmina modeling contract by age 13.
Aubrey Plaza
Wilmington, Delaware
Aubrey’s unusual look and deadpan comedic delivery have been winning her fans on Parks and Recreation for several seasons. The comedian, who is half Puerto Rican, has said she was “like, the only diverse kid in my [Wilmington] high school,” and often bases her Parks character on her real life experiences.
Chloë Sevigny
Darien, Connecticut
The indie darling spent her childhood in the rather posh community of Darien (where she often babysat actor Topher Grace), spending her summers attending theatre camps and acting in various YMCA plays, before landing a leading role in the controversial 1995 film Kids.
Amy Adams
Castle Rock, Colorado
Though the Julie & Julia star was actually born to military parents in Vicenza, Italy, she spent her childhood and adolescence singing in the choir and training as a ballerina in Colorado.


 
Emma Stone
Scottsdale, Arizona
The Golden Globe-nominated actress started her acting career as a member of the Valley Youth Theatre in Phoenix, before heading to Hollywood to star in films like Superbad and Easy A.

Channing Tatum
Cullman, Alabama
The studly model-turned-actor spent a rural childhood in Alabama and Mississippi before going on to star in films like Step Up and G.I. Joe: Rise of the Cobra.




Tuesday, 20 March 2012

Enam pesanan khusus untuk wanita..

Pesanan untuk aku gak....


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang ...haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


 

Monday, 19 March 2012

8 buLan Daaa......

Lepas jer Raid kena demam panas ari tue, naik plak campak. Habis muka dan badan merah berbijik2. Aku sikit punyer risau biler tengok tangan dia asyik menggaru jer. Kulit dia memerah macam kena ulat bulu. Raid asyik nangis jer. Pantang cuaca panas sikit, terus mengamuk.

Mak mertua aku suruh bagi minum air kelapa banyak2. Mana la si Raid nie nak minum, susu tin pun susah dia nak telan, inikan pulak air kelapa. Nak tak nak, aku ngan En. Suami terpaksa gunakan picagari tembak kat dalam mulut dia. Memang meraung la, tapi kalau tak buat macam tue memang lambat sembuh.

Baby kalau naik campak, pantang kena hujan. Pastikan jangan letakkan apa2 kat tempat campak tue, walaupun bedak baby. Lagi satu malam time nak tido, pastikan badan baby sentiasa sejuk n beri dia minum air kelapa banyak2.

Alhamdulillah, lepas 2 hari, Raid dah sihat. Tapi satu hobi dia sekarang suka berdiri pastu lepaskan tangan. Naik gerun aku tengok, risau kalau kepalanya jatuh terhempap simen. Tapi tue la, makin kita jerit, makin kuat ketawanya. Agaknyer dia ingat aku main2 dengan dia. Sekarang nie, nampak jer dinding terus jer nak bangun berdiri, masaalahnyer kaki pun tak stabil lagi. Dan yang paling best, dia dah boleh duduk tanpa perlu aku pegang.

Rasa macam cepat jer masa, si Raid dah 8 bulan. Tak sabar tunggu dia berjalan.....

Berposing ngan sport car hahaha......
Baru lepas makan, comot betul...

Sunday, 18 March 2012

Lelaki lebih suka masakan ibu secara tradisional

Aku terbaca artikel nie dalam Berita Harian:

LONDON: Satu tinjauan baru mendedahkan lebih separuh lelaki lebih menyukai masakan ibu berbanding isteri mereka kerana dimasak dengan cara tradisional serta lebih enak.

Kajian juga mendapati ibu jarang menghidangkan masakan segera dan memasak makanan disukai anak. Isteri dan teman wanita, sebaliknya, cenderung menyediakan hidangan segera atau makanan yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.


Tinjauan oleh rangkaian hiburan, Food Network UK, juga mendapati seorang dalam empat lelaki kerap balik ke rumah ibu masing-masing untuk menikmati makan malam tanpa pengetahuan pasangan.

Jurucakap rancangan itu, Nick Thorogood, berkata: “Agak menyenangkan mendapati lelaki lebih suka masakan ibu mereka. Sebagai orang dewasa, lelaki masih mahukan cara masakan selesa dan mengikut tradisi seperti ketika mereka membesar. Jadi, mereka beralih kepada ibu untuk mendapatkan apa yang mereka anggap sebagai hidangan sempurna.

“Banyak resipi terbaik Britain diturunkan ibu dan Hari Ibu adalah masa terbaik untuk orang ramai menggunakan panduan memasak dan mengejutkan ibu dengan hidangan yang dimasak di rumah.” – Agensi


p/s : Kena dapatkan banyak lagi petua masakan dari mak mertua hahaha....

Friday, 16 March 2012

Kuliah Jumaat : Kelebihan berwuduk

ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW)) bersabda:
“Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:

“Seseorang sentiasa dianggap seperti dalam keadaan solat asalkan dia tidak berhadas,” Seseorang bertanya, “Apakah erti hadas itu Abu Hurairah?”. “Buang angin,” jawab Abu Hurairah (Hadis Riwayat Bukhari).

Humran bekas hamba Uthman bin Affan mengatakan Uthman bin Affan meminta sebaldi air bagi berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air lalu berkumur-kumur dan membersihkan hidung, dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan air itu semula.

Seterusnya dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh dua tangannya hingga siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia berkata, Rasulullah berpesan, “sesiapa yang berwuduk sepertiku ini, kemudian solat (sunat wuduk) dua rakaat dengan khusyuk, pasti diampuni dosanya yang lalu,” (Hadis Riwayat Bukhari) -


DIPETIK DARIPADA BUKU DIARI HIDUP RASULULLAH (SAW).


Tuesday, 13 March 2012

Demam.....

Adui teruknyer aku rasa. Si kecik tue demam panas, dah dua hari. Semalam bawak p jumpa doktor, suhu capai 40 darjah Celcius. Doktor bagi macam2 jenis ubat, sampai naik kesian aku tengok Raid terpaksa telan sumer tue.

Raid makan tak nak, minum susu tak nak. Asyik nangis jer, aku pun tak tau nak buat aper. Badan dia pun lemah semacam jer. Semalam aku dah ambik cuti, jaga dia, ari nie En. Suami plak yang cuti. Kalau esok Raid tak baik2 jugak, dua2 akan ambik cuti esok. Aku paling tak tahan biler tengok dia asyik nangis, sampai bengkak bijik mata. Badan panas macam bara, setiap sejam kemi terpaksa lap badan dia.

Dok risau sangat pasal Raid, alih2 ari nie aku demam+batuk+selesema. Susah hati aku dibuatnyer.....

Sunday, 11 March 2012

Puding Jagung Paling Simple

Morning guys... ari nie aku nak kongsi resipi yang paling senang dan sedap. Bahan2nyer pun murah sangat. Minggu lepas aku dah buat, En. Husband suker sangat, jap jer habis....


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (Aku guna Ayam Brand, jagungnyer crunchy)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air sedikit demi sedikit. Pastikan tepung kastad betul2 sebati.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Friday, 9 March 2012

Kuliah Jumaat : Kelebihan-kelebihan seorang isteri

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8­) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Thursday, 8 March 2012

‎TAHUKAH ANDA : 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1)  Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2)  Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa  
     mengendong perut yang boyot!!
3)  Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan
     jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4)  Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara
     yang baru.
5)  Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding
     kita yang sakit..
6)  Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7)  Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila
     berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8)  Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding
     melihat diri kita sendiri.
9)  Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak
     kita poo-poo!
10) Kita akan lebih menghargai diri kita.
11) Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita,
     walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12) Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat
     menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13) Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14) Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang
     besar, malah kita amat sukannya.
15) Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak
     mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang
     singkat!
17) Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas
     mempunyai anak!
18) Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini
     tidak lagi selepas adanya anak.
19) Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita
      yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20) Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Wednesday, 7 March 2012

Saya Nak Tudung Bawal

Dah lama sangat tak join maner2 GA. Ingat nak join segmen  nie, harap2 menang la hahaha

Nak join klik banner kat atas....
 
 
 
Syarat:
1. buat entry tajuk: saya nak tudung bawal
 
2. letak gambar diatas dan link kan ke entry ni
 
3. follow blog ika
 
4. tinggal link dan id follower anda kat ruangan komen
 
5. siap! tunggu keputusan

tarikh tutup: 23. mac. 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...