Coolllzz!!

Sunday 25 March 2012

Tahukah Anda : Fakta Menarik Tentang Lim Goh Tong (Pengasas Genting)

  1. Berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya
  2. Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun
  3. Pada mulanya berkerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A
  4. Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu
  5. Lim Goh Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan khidmat penterjemah
  6. Pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises
  7. Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek pembangunan hartanah oleh Asiatic
  8. Seorang yang merendah diri dan senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja
  9. Seorang yang menepati masa serta rajin berkerja
  10. Pernah dilabel sebagai gila oleh kerana ideanya untuk membangunkan Genting Highlands
  11. “When I decided to develop Genting about 38 years ago, there were also people who said I was mad and doomed to failure. But I went on to build it up steadily into an internationally renowned holiday resort. As for the cruise industry, isn’t Miami a success story? If the Westerners can do it, so can we Asians”
  12. Mendapat idea untuk membangunkan Genting Highlands ketika berada di Cameron Highlands. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi yang berada dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Cameron Highlands yang biasanya mengambil masa lebih lama
  13. Bersahabat baik dengan Tan Sri Tan Sri Dato’ Loh Booh Siew (Boon Siew Honda) yang mula dikenali ketika menjadi pembekal minyak untuk projek pembinaan Empangan Ayer Itam
  14. Meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan sebanyak RM 421.8 bilion
Kesimpulannya, banyak yang dapat dipelajari melalui pengalaman dan sikap beliau yang membentuk dirinya sebagai seorang jutawan. Selain daripada sikap merendah diri dan kesediaan untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat, beliau juga seorang yang sangat menepati masa dan kuat berkerja.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...