Coolllzz!!

Wednesday 17 February 2016

Raid & Iqra'

Assalam semua (xpernah2 bagi salam tetibe plak hahaha). Hari nak citer sikit tang anak bujang sulung tu ha. To be honest as a mother, kite semua nak yang terbaik untuk anak. Klu boleh biler anak kuar je dari perut dah pandai serba serbi (imaginasi tu tinggi tol), tak terkecuali la aku sendiri.

Memandangkan Raid dah 5 tahun this year, aku dah mula berjinak2 untuk ajar dia mendalami Iqra'. Memang kat taska, starting from 4 years dia dah belajar tapi tahun ni aku nak dia betul2 menghayati sebagai langkah permulaan untuk mahir Al-Quran. Pendapat aku, aku nak tekankan benda ni dulu sebab aku percaya bile mahir Al-Quran In Syaa Allah yang lain akan seiring. As for Raid, awal tahun aku dah beli buku Iqra' tu yang mana ianya same je ngan buku Iqra' dia kat taska. So starting from that day until now memang after Maghrib aku akan suruh dia baca.

Yang membuat aku naik angin, dia still xbersungguh, xfokus. Sesetengah huruf tu bukan dia xkenal, tapi sengaja mintak rotan. Hee memang aku naik angin memanjang. Tu baru Iqra' 1 belum lagi Iqra' 2. Aku nak kena sabar tahap dewa ngan dia ni. Kadang2 terpaksa la aku imaginasikan huruf tu dengan something yang dia minat semata2 nak dia mudah ingat.

Pernah sekali bile time bercuti balik kampong aku suruh dia baca Iqra'. Apa lagi melompat2 la dia time tu sambil cakap "Mama bawak ke buku tu?". Then bila aku tunjuk je buku tu terus dia menjerit, xcaye yang aku boleh bawak buku tu balik kampong sekali hahahah. That moment masih aku ingat n akan diingat sampai bile2.

"To Raid, I create this blog because of u. I wanna be the best mom for u, so that one day when i'm getting older ada sesuatu untuk dikenang. Mama xkan pernah putus asa n berharap Raid akan jadi contoh yang terbaik buat adik2. I'm always proud of u".

Ni la buku yang aku guna untuk ajar Raid. Credit to Mr. Google


Wednesday 13 January 2016

Throwback: Percutian Ke Langkawi, Penutup Tahun 2015

Mulanye aku agak keberatan nak pergi bercuti, ingat nak rehat jer kat rumah memandangkan sepanjang tahun 2015 macam2 benda terjadi. Tapi bile pk2 balik, yes I need a nice rest n sweet vacation. So terus decide nak ke langkawi. Aku perlu bercuti and lupakan semua negative thoughts supaya aku still positive n strong.

Semua persiapan seperti urusan hotel, tempahan kereta biler dah kt sane nnti, n tempahan tiket feri aku setelkan sebelum aku menapak ke Langkawi. Bukan ape, aku xnak kelam kabut nnti memandangkan aku ade 2 anak kecik. So kali ni, both of us decide nak bawak sekali my MIL. Biarla dia hepi berjalan2 same. Bukannye selalu.

So bertolak dari rumah MIL pada 28hb terus ke Jeti Kuala Perlis. Aku dah uruskan semua tmpt parking kereta kat sane and everything run smoothly. Alhamdulillah. Sampai di Langkawi terus ke kaunter Al Aeman Travel & Tours untuk ambik kereta sewa. Kami decide ambik viva je ngan bayaran RM80.00 perday. But unlucky for us viva xde, n dorang bagi kami Myvi. Patutnye untuk Myvi bayaran adalah RM100 perday tapi dorang xupkan harga. Dapat kereta terus menghala ke Hotel Langgura Baron Beach Resort. Memandangkan kami semua xmahir selok belok jalan di Langkawi, waze banyak membantu.

Sampai kat hotel rehat sat, then bawak budak2 mandi laut. To be honest hotel Langgura ni dekat ngan semua mak nenek kedai makan, waterworld, zon bebas cukai n lain2 kemudahan. memang xmenyesal sewa hotel ni sebab xperlu kalut dah nak cari kedai makan. Tapi 1 jer advice aku, kalau nak cari kedai makan jangan cari yang kat tepi2 hotel. Rege makanan mahal n service pon fail. Cari yang belah2 belakang tu, sedap n murah.

2nd day terus ke Pekan Kuah. Asalnye nak temankan MIL p bank sambil jalan2 then aku jumpa la tempat ni hahah

Syurga kanak2 dan org tua hahaha



Hai la Raid, tangan penuh. last2 aku jugak yang membayarnye
  
Raid feels so happy, mulutnye asyik dok sebut "Waaaaa banyaknye. Waaa itu dan Waaaa ini. Dia pon sibuk nak memborong. Tapi Rizq lagi best, lari ke hulu n hilir like never stop hahaha. So aku shopping la serba sikit untuk family member n officemate sebab tujuan ke Langkawi hanye untuk bercuti n not for shopping.

Ronda2 ke Pekan Kuah sehari suntuk then baru balik hotel. Petang tu bawak anak2 terjun laut. Memandangkan kami bawa bersama MIL, so terpaksa lupakan hasrat untuk meronda2 pada sebelah malam sebab dah tau dia bukannye larat sangat. Tp Pantai Chenang so happening, banyak betul aktiviti pada sebelah malam n mat2, minah2 salleh terlalu ramai. Dah feeling macam kat oversea.

Singgah kat Haji Ismail Group (HIG) untuk tengok apa yang patut. MIL beli pemanggang ajaib n aku beli sudu n garfu hahah. Next time la shopping pinggan mangkuk biler nak naik rumah nnti.

3rd day ke Langkawi Underwater World yang xjauh dari hotel tempat kami menginap. Raid melompat2 gembira because he loves fish so much. Mulut dia la paling bising menjerit itu n ini. So hepi bila tengok dia sangat gembira. N for your information guys, klu korang govt staff, tiket masuk ade diskaun tapi diskaun limit untuk 2 orang je.


Raid dah xboleh fokus, he can't wait nak explore tempat tu

My beloved hubby n my lovely Rizq

Ingatkan tengahari tu nak p naik cable car, tapi sampai petang Raid xnak keluar. Puas pujuk rayu but still xjalan jugak. Susah betul la. Kaki aku jangan citer la, lenguh gler dah ni. Kat Underwater World ni, macam2 spesis hidupan laut boleh tengok. Lebih kurang 500 spesis. Macam2 ade.

Sebab dah terlalu penat, balik hotel terus xsedar diri but still petang tu terjun laut lagi. Berkubang puas2 sebab esok dah nak balik.


My big hero

See how happy we are. My MIL pon terjun laut hahahha

Pantai penuh ngan tourists from inside n outside Malaysia




4th day before menaiki feri, sempat la singgah ke Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Langkawi


Kat cni panas gler, Raid dah bad mood. Mula la buat perangai. Sabo je la



Perjalanan selame sejam dengan feri sebelum sampai ke jeti Kuala Perlis, memang aku manfaatkan sepenuhnye dengan zzzzzzz. Penat gler tapi memang best. Yang penting orang2 yang aku sayangi hepi. Sampai rumah MIL di Yan, memang rehat puas2 sebelum esoknye balik KL. In Syaa Allah akan menapak lagi ke Langkawi.








































Gambar Terdelete, Anak Oh Anak

Wallaweyyy boleh jadi sawan aku cenggini. Semua gambar dalam fon habis terdelete gara2 Raid. Oh my Allah, aku xtau mane lagi nak korek gambar2 tu semua sbb lgsg x backup. Gambar2 tu plak aku simpan dalam fon not in memory card. Habis la semua gambar kenangan ank2 dr dorg lahir sampai sekarang.

Ingat semalam baru jer nak hupdate tang progress rumah. Tapi apakan daya. Nasib la ade sikit2 gambar yang aku upload kat blog ni, boleh la nengok2. Nak mengamuk pon xgune. Takkan nak pukul si Raid tu, benda dah nak jadi.

Anyway sempena tahun 2016 ni rasenyer azam aku satu jer la. Untuk tahun ni dan tahun2 mendatang, aku nak banyakkan lagi masa untuk masak kat rumah dan kurang2kan bermewah2 dengan makanan. Alhamdulillah lately pon aku memang kerap bawak bekal ke ofis. Bukannye kedekut sangat tapi berjimat. Ekonomi sekarang tak menentu, banyak2kan saving n investment.

Hopefully azam ni kekal la, xnak la biler dah muncul kemalasan tu aku asyik tunjuk2 jari lauk2 kat kedai hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...