Coolllzz!!

Sunday 16 February 2014

35 Weeks Already .............

Lamo benar tak update blog, tambah2 sekarang nie dah nak menjangkau 9 bulan bertambah2 malasnyer. Kerja ofis masih menimbun lagi dan sampai sekarang bos tak bagitau saper yang nak jalankan tugas aku nanti. Hopefully ader la yang akan pikul beban kerja aku sebelum aku bersalin. Bukan aper, taknak la nanti biler dah masuk kerja lepas habis pantang, kerja masih menimbun tak bergerak2.

Alhamdulillah, setakat ini Allah berikan kesihatan yang amat baik. Masih lagi mampu menjalankan tugas walaupun tidak secekap mana. Part2 outstation, untuk tahun nie aku dikecualikan. Mana la nak larat travel dah waktu2 macam nie.

Dan untuk kali nie, aku n Mr. Hubby dah decide untuk bersalin di hospital private. Kami pilih untuk bersalin di KPMC Puchong Medical Centre. Lagipon hanya 15 minit jer dari rumah. Bukan tak yakin dengan government hospital, but kali nie aku nak Mr. Hubby sentiasa ader temankan aku. Pengalaman bersalin anak pertama di hospital kerajaan dulu buat aku serik. Yerla, husband hanya boleh temankan aku time melawat jer. Time lain, sensorang tanggung kesakitan.

Hari Sabtu lepas, buat check up kat KPMC dengan Dr. Haslinda, berat bb kali nie kecik sikit kalo nak dibandingkan dengan Raid dulu. Tapi aku tak kisah semua tue, janji bb sihat dan aktif. Itu dah cukup bagi aku. Dr. Haslinda nie yang akan sambut kelahiran bbku nanti. Cukup lembut orangnyer, dan setakat nie aku cukup berpuas hati ngan khidmatnyer.

Raid yang sabar menunggu mama buat check up















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...