Coolllzz!!

Thursday, 14 June 2012

Kuliah Jumaat : Doa untuk anak semudah ALIF, BA , TA




 


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh
anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah
selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita
catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita:

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa
ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di
dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya
sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan
ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak
saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap
ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini
yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan
tambah
ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada
hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam
kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita
harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap
amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita
mahukan keberkatan untuknya.

Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya
ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak
adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah,
celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang
cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin
waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja
ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan
penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka,
ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa
diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam
juga insyaallah =)

Dan saya teringat pula petikan hadis yang saya baru baca pagi tadi di blog
ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:

"Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang
mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum." Nabi
Muhammad saw berkata, "Dia mendapat 10 pahala." Kemudian datang pula seorang
lain yang berkata. "Assalamualaikum wa rahmatullah." Nabi Muhammad saw
berkata, "Dia mendapat 20 pahala." Kemudian datang lagi seorang yang lain
berkata; "Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh." Nabi Muhammad saw
berkata, "Dia mendapat 30 pahala." -Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan
Tarmizi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...