Coolllzz!!

Monday, 25 June 2012

Dah sihat Demam, yeaayyyy

Sejak gigi dia dah mula tumbuh, Si Raid kerap sangat demam. Demam plak tak tentu, nampak pagi gelak2, petang badan dah mula panas. Kadang2 tue malam pon demam. Tapi aku bersyukur sangat sebab dapat pengasuh yang memang prihatin, biler anak aku dah mula panas badan, kak Ina (Pengasuh anak aku) akan terus call bagitau. Apalagi berkejar la aku balik umah. Bukan aper, Si Raid nie kalau badan mula panas, jap jer terus demam teruk. So awal2 kena get ready bawak dia ke klinik.

Alhamdulillah, syukur sebab dah seminggu tengok dia sihat, tak merengek2 macam tempoh hari. Si Raid nie dah boleh jalan masa umur dia 10 bulan lagi, tapi gigi memang lambat tumbuh. Lepas seminggu dia dapat jalan, baru tumbuh gigi. Biler dah ader gigi nie, mula la berlagak, geram ker marah ker, yang dia tahu nak gigit jer. Tak padan ngan gigi dua batang.

Masuk jer umur Raid 11 bulan, aku dah mula campur susu. Kalau sebelum nie dia minum susu badan sepenuhnyer, sekarang terpaksa campur sebab susu aku dah tak banyak, memang tak cukup untuk dia. Nak latih dia minum susu formula, Ya Allah tersangat la susah. Dari semurah2 susu, hingga la semahal2 susu dia memang tak nak. Berminggu ajar, akhirnya baru la dia nak, tue pun sebab lapar kot. Tapi walaupun dah ajar dia minum susu formula, aku tetap lebihkan susu badan. Memang kalau boleh aku nak bagi susu badan sampai umur 2 tahun, tapi nak buat macam maner rezeki takder. Tapi aku tetap jugak bersyukur sebab ader peluang susukan dia sebelum nie.

Sekarang nie apa yang aku makan, itu yang dia nak. Bubur nasik ker, nasik sup ker bo layan. Terpaksa la aku suap jugak tapi untuk tumbesaran dia, memang dari awal lagi aku dah ajar dia makan sayur dan buah. Carrot, kentang, brokoli, sawi adalah antara fav sayur Si Raid manakala pear, pisang, manggis, epal plak fav fruit dia.


Baru lepas mandi, tengok tue pantang nampak, semua nak bawak masuk mulut

Biler dah start membelek, dah tak heran kat orang dah

3 comments:

  1. alhamdulillah..=)...comey nye die...

    ReplyDelete
  2. comeiiii =)

    tag
    http://nurizzati0920.blogspot.com/2012/06/sayakah-follower-bertuah-itu.html

    ReplyDelete
  3. tag =)

    http://nurizzati0920.blogspot.com/2012/07/simple-giveaway-by-jaja-sutera.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...