Coolllzz!!

Tuesday, 5 June 2012

Jenis Darah dan Personaliti...

# Darah Jenis A

Sikap Positif:

1. Mementingkan adat dan budaya.
2. Menepati masa
3. Mudah bergaul
4. Tidak suka menjadi seorang yang 'perfectionist'
5. Tahap kesabaran tinggi.

Sikap Negatif:


1. Mudah obses pada sesuatu benda.
2. Degil, keras kepala, mudah marah-marah

Dikatakan : Golongan ini amat mudah bertimbangrasa terhadap orang lain, amat berahsia dan setia.


# Darah Jenis B


Sikap Positif:

1. Menyayangi binatang.
2. Kreatif dan mudah bergaul
3. Fleksibel dalam kehidupan atau perhubungan
4. Optimistik (berfikiran positif) tapi kadang-kadang bersifat individualistik (pentingkan diri)
5. Sangat penyayang.

Sikap Negatif:

1. Pelupa dan kadang-kadang pentingkan diri.
2. Sukar untuk memikul tanggungjawab.

Dikatakan : Golongan ini amat berdikari, selalu fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan terhadap diri mereka. Sukar untuk dijadikan pasangan yang baik kerana mereka suka bertukar-tukar pasangan. Kadang-kadang berfikiran sempit dan sedikit malas. Tahap kesabaran mereka agak rendah.


# Darah Jenis AB

Sikap Positif:

 1. Rasional dalam membuat keputusan.
2. 'Cool' dan mudah memahami perasaan orang lain.
3. Mudah bergaul dan agak terkawal dalam perhubungan.

Sikap Negatif:

1. Kadang-kadang suka mengasingkan diri
2. Sukar untuk membuat keputusan
3. Berfikiran terlalu kritis dan sukar untuk memaafkan orang.

Dikatakan : Golongan ini berfikir menggunakan akal bukannya dipengaruhi hati dan perasaan semata-mata. Sukar untuk mengagak apa yang mereka fikirkan dan amat pandai menggunakan wang. Amat bagus sebagai pengantara dan sukakan keharmonian dengan rakan-rakan sepejabat walaupun adakalanya suka memencilkan diri sendiri. Ada juga segolongan yang suka bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai.


# Darah Jenis O

Sikap Positif:

1. Teguh pendiriannya.
2. Bercita-cita tinggi
3. Sukakan cabaran dan berkeyakinan tinggi

Sikap Negatif:

1. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang sia-sia.
2. Mudah sombong, tidak pentingkan perasaan orang lain dan kadang-kadang boleh bersikap kejam terhadap orang lain.

   
Dikatakan : Golongan ini boleh menjadi ketua yang baik dan dihormati. Pejuang yang sangat bagus, mudah bergaul dan penyayang. Tapi kelakuan mereka yang suka untuk menang akan menyebabkan orang di sekeliling berasa bosan terhadap mereka. Sanggup menghadapi cabaran tanpa perlu memikirkan risiko atau akibatnya.




P/S : Darah aku jenis A, semua ciri2 tue macam kena jer ngan perangai aku....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...