Kita orang dewasa mestilah menjadi pendengar yang baik dan mengiyakan
perasaan anak dengan perkataan seperti " Oh"... " Mmm"..." Begitu
rupanya"... Kemudian menamakan perasaan mereka.
Ini membantu anak menyelami perasaan, meluahkan perasaan dan menolong
mereka memahami perasaan orang lain. Juga yang penting mereka berfikir
dan membantu menyelesaikan masalah sendiri. Bukan kita orang dewasa yang
membuat ulasan, berfikir dan menyelesaikan masalah untuk mereka.
Memahami diri sendiri dan memahami orang lain adalah tahap perkembangan
sosio-emosi. Kanak-kanak mula memahami perasaan sendiri dan memahami
perasaan orang lain seawal usia 4 tahun.
Orang dewasa juga digalakan menamakan perasaan mereka supaya anak-anak
memahami perasaan kita dan belajar memahami perasaan mereka sendiri.
Contohnya apabila kita balik dari kerja dan kita sedih melihat rumah
bersepah. Lebih baik berkata " mak sedih kerana rumah bersepah" daripada
marah-marah. Biasanya bila kita berkongsi emosi ia akan menyentuh emosi
anak-anak dan mereka akan memahami, lebih menghargai dan menyayangi
kita. Marah-marah hanya akan mengeruhkan keadaan dan mungkin melahirkan
kebencian di hati anak.
Tetapi semua ini bukannya mudah. Kebiasaan mengatasi segalanya.
Insya-Allah dengan niat dan azam untuk berusaha menyantuni anak-anak
dengan lebih berkesan akan membuatkan kita istiqamah dan sedar tindakan
kita terhadap anak-anak.

No comments:
Post a Comment