KHAS UNTUK LELAKI....
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila tiba hari Jumaat maka di setiap pintu masjid akan ada malaikat yang mencatat (pahala kedatangan solat Jumaat), yang awal akan mendapat pahala yang berganda, apabila imam telah duduk (atas minbar) mereka menutup buku catatan dan mendengar khutbah; dan perumpamaan mereka yang paling awal datang seperti dia mensedekahkan (menyembelih) seekor unta, yang datang kemudian daripada itu seumpama dia mensedekahkan lembu, yang kemudian daripada itu seumpama dia mensedekahkan bebiri, yang datang kemudian daripada itu seumpama mensedekahkan ayam, dan yang datang terkemudian lagi seumpama mensedekahkan telur. Maka apabila imam telah duduk (atas mimbar) ditutup buku catatan dan mereka (malaikat) mendengar khutbah.” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Pahala-pahala tersebut adalah untuk mereka yang datang ke masjid sebelum imam naik minbar berkhutbah. Manakala mereka yang datang sewaktu imam sudah berkhutbah, tidak mendapat pahala bersedekah tersebut....apatah lagi yang datang last minit sekadar melepaskan batuk di tangga, janji dapat solat Jumaat....fikir-fikirkan lah.
"JOM SEGERA KE MASJID...JOM SOLAT JUMAAT"
No comments:
Post a Comment