Ari tue selepas dapat tau aku disahkan pregnant, both of my parents and in laws hepi sangat. My husband macam biasa la, aku sebut jer nak aper terus dapat. Dia akan usaha jugak sampai dapat terutamanyer kalo tang makan. Syukur aku pada Allah dikurniakan dengan husband yang cukup penyayang dan bertanggungungjawab.
Tapi mungkin bukan rezeki kami agaknyer, lagi 2 hari kandungan aku nak masuk 2 bulan, aku start bleeding. Masa mula2 aku perasan ada brown spot macam awal2 period, aku dah berdebar. Disebabkan hari dah petang sangat, kami decide buat check up di klinik pakar sakit puan area rumah. Doc said rahim aku tak kuat then dia bagi ubat untuk kuatkan rahim dan datang balik dalam masa 10 hari.
Then pagi2 esok (13 Jun 2013) aku menapak ke klinik panel area office. Doc scan but the image of baby not really convincing. Brown spot makin banyak then the doc advised me untuk refer pada hospital. Kami ke HKL pada sebelah petang dan sekali lg scan. Masa scan tue doc bagitau rahim aku kosong, takder aper2. Second scan darah kuar makin kerap. Doc bagitau aku ader 2 kemungkinan, maybe aku pregnant luar rahim or maybe proses kejadian baby tak sempurna. Sample darah diambil untuk pengesahan. Hari sabtu (15 Jun 2013) aku kena datang HKL lagi untuk ambik sample darah kali kedua.
Esoknyer (14 Jun 2013) aku just rest kat umah. Then malam tue bermula la episod kesakitan. Perut memulas2 dan darah keluar berketul2. Aku dapat rasakan aku dah keguguran. Husband always by my side, letak minyak then urut. Dia nak bawak aku ke hospital tapi aku yang tak nak pergi. Hari sabtu malam tue after pemeriksaan lanjut, doctor sahkan aku keguguran sebab proses kejadian baby tak sempurna. Aku redha dan terima walaupun agak sedih.
So sekarang terpaksa la berpantang. My family and in laws banyak bagi support kat aku. Nasib baik aku dah ader Raid, kalo tak lagi sedih. Mungkin ader hikmah di sebalik semua nie.