Coolllzz!!

Tuesday, 29 January 2013

Health Day : 10 Health Benefits of Bananas

Money can't buy happiness BUT .........

Yup, that's true and i believe all of us agreed that money can't but happiness but we have to realize that HAPPINESS NEED MONEY. Can u imagine, bila kita perlukan something and we don't have enough money to buy it, apa kiter rasa? Miserable, right? Dalam dunia sekarang nie we have to admit that money is everything. Nak p kerja, guna duit. Nak makan, guna duit. Nak shopping, guna duit. Nak beli keperluan anak, pon guna duit. Even nak masuk toilet pon guna duit. Everything kena bayar tambah2 sekarang nie semua naik harga. Satu2nyer yang maintain turun hanya hujan jer.

Bila dah berkeluarga, bebanan tanggungan makin tambah. Nak beli susu anak, pampers, syampoo, mandian and banyak lagi little mittle thing yang tentunye menipiskan lagi helaian duit. Tue baru sorang anak, kalo dua, tiga??? Belum lagi anak masuk sekolah. Memang benar yang setiap anak, ada rezeki masing2 but takkan kiter nak tunggu rezeki tue melompat2 datang sendiri. Quite impossible, right???

Itu yang dah berkeluarga, how about yang bujang pulak. Walaupun beban tanggungan tak seberapa tapi kena pk gak tang sewa rumah, keperluan diri, pengangkutan dan bla bla bla. Huish bila dihitung request lots of money jugak. Belum masuk tang shopping mopping bagai. 

Bak kata orang lagi besar periuk nasik, lagi besar la keraknyer. Kesimpulannya tak kira la sebanyak mana pon yang kiter dapat, yang paling penting cara kiter manage all the expenses so that tak der la hujung bulan kering kontang. Biler keperluan mencukupi, kita pon secara otomatik happy.


Wednesday, 16 January 2013

Pizza Hut Hot Coupon

Dah lama tak membulatkan diri. so ari nie teringin nak telan pizza plak. Jom ....





Print this Pizza Hut Hot Coupon to enjoy FREE one (1) Regular Family Favorites Pan Pizza with purchase of Regular Supremes / Family Favourites Pan Pizza deal.
This promotion is valid for take away deal only.
Promotion Period : 14 – 16 January 2013
Venue : All Pizza Hut restaurants in Peninsular Malaysia except KLCC, Genting Highlands outlet.

Tuesday, 15 January 2013

Health Day : Air berkarbonat jejas kesihatan

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa minuman berkarbonat ini tidak baik untuk kesihatan namun masih ramai di kalangan kita yang gemar meminum minuman berkarbonat ini.

Walaupun bahan asasnya ialah air, ia mengandungi banyak gula iaitu sehingga 10 sudu teh dalam satu tin yang mempunyai kandungan sebanyak 250 milimeter.

Untuk memberi rasa, ia diberikan pelbagai perisa seperti limau, vanila, oren dan kadangkala dicampur sedikit pewarna. Kemudian gas karbon dioksida dimasukkan supaya ia berbuih. Ada juga minuman berkarbonat yang mengandungi kafein yang tidak elok untuk kesihatan.

Satu penyelidikan yang dijalankan di Akedemi Neurologi Amerika mendapati individu yang minum sekurang-kurangnya empat hidangan air manis berisiko tinggi mengalami kemurungan.

Kesan kepada kanak-kanak pula adalah ia akan membuat mereka ketagih gula.

Jadi, jika anda haus atau dahaga, minumlah air masak kerana ianya adalah minuman terbaik untuk badan dan otak anda.


Monday, 7 January 2013

Health Day : Akibat Mencabut Uban

Masalah rambut beruban pada usia muda sudah tentu merunsingkan ramai dan seringkali kita berasa curiga akan akibat mencabut uban. Ada yang berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh di rambut.

Namun, sejauh manakah kebenaran bagi anggapan sedemikian?

Cunnane Phillips, iaitu seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley di New York berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut.

Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula kerana tabiat sedemikian akhirnya akan memberi sebuah mesej kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut.
Sebagai akibat, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut, lantas membawa kepada masalah kebotakan.

Oleh itu, jika mengalami masalah rambut beruban, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pewarna rambut.

Short Notes : Corelle , Vantage Anyone???

Aku ingat nak buat bisnes jual set pinggan mangkuk terutamanyer corelle n vantage. Memandangkan sambutan yang agak menggalakkan di kalangan rakan sekerja, rasanyer tak salah kalo aku promote kat blog nie plak. Alhamdulillah, tak sampai seminggu aku promote, memang sambutan agak baik aku terima dari member2 ofis. Yerla memandangkan harga yang aku tawarkan memang jauh lebih murah compare to Sogo (shopping complex yg paling dekat ngan ofis setakat nie).

So dari semasa ke semasa aku akan promote set pinggan mangkuk dengan harga yang quite reasonable. Dan untuk tempahan sekitar Lembah Klang, penghantaran adalah percuma. So tunggguuuu.....

Tuesday, 1 January 2013

2013 : Harapan & Azam

Jap jer rasa dah masuk tahun 2013. Tengah dok sibuk2 kerja, sibuk2 kejar anak, sibuk2 ke hulu ke hilir, sedar2 dah tahun baru. So tak banyak azam & harapan aku untuk tahun nie. Paling penting settlekan aper jua task yang tertangguh tahun lepas. Biler tengok planning untuk tahun 2013, aku rasa macam nak terduduk. Apa taknyer kerja di Bahagian Pemantauan & Inspektorat memerlukan aku untuk sentiasa get ready outstation ke seluruh Malaysia. Untuk tahun 2013, banyak benor tempat nak kena pantau, tengok planning jadual pon aku rasa cam dah penat.

Tahun nie, aku berharap sangat dapat beli umah. Memang dah book, tapi biasala aku nie bukan jenis yang sabar. Kalau nak sesuatu tue, tang2 tue gak biar dapat. Moga dipermudahkan Allah supaya tahun nie dapat la kami beli umah. Target umah tak la sampai cecah banglo ker villa ker. Tapi umah teres corner lot jer hahaha. En Husband memang dari dulu nak umah atas tanah, dia xberapa gemar umah cecah langit nie, susah nak tanam pokok katernyer. Aku jenis tak kisah, atas tanah ker, atas langit ker jangan atas jalan dah, kang tak pasai2 jalannn terus hahahhah.

Kami target beli umah area Shah Alam walopon kerja KL. Nak beli kat area KL dan kawasan berhampiran memang tak mampu, rumah sekarang melampau-lampau reganyer. Kalo ader pon yang harga RM500K ke atas. Giler dowh, maner nak cekau duit. Nie kalo gadai laki pon lom tentu dapat beli. Harga emas ada gak naik turun tapi harga umah bulan2 naik. Aku ader gak p survey area Rawang n Semenyih. Tapi En. Husbnad tak berapa berkenan setelah dapatkan beberapa pandangan member2 dia. Minggu lepas ada call developer, katernyer untuk tahun 2013 kos pembangunan jer dah RM30k. Maknanyer harga umah naik lagi la. That's y la aku berharap sangat tahun nie dapat la aku settlekan tang umah, risau biler tengok harga asyik naik jer.


Gambar sekadar hiasan, takder kaitan ngan yang hidup mahupun yang meninggal dunia


Next, aku nak tambah lagi suara2 meriah kat dalam umah, dengan kater lain nak tambah anak. Kali nie berharap sangat dapat bb gal. Memandangkan umur Raid dah nak cecah setahun setengah 12 Jan nie, so aku rasa nie masa yang cukup sesuai. Bahagianyer kalo dapat bb gal, at least dah sepasang.




Harapan aku yang ketiga, nak antar parents aku p haji. Nie sebenarnyer target tahun lepas, tapi memandangkan kesihatan kurang mengizinkan, so forward tahun nie. Aku nak sangat supaya ayah n umi aku tunaikan haji sebelum tutup mata. Memandangkan semua adik beradik dah kerja, kitorang dah sepakat nak antar mereka p haji. Harap2 jadik la tahun nie. Amiiiinnnn.....




Last but not least semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk aku jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu serta salah seorang kakitangan kerajaan. Sebenarnyer banyak lagi harapan n azam, tapi nie yang top 4. Yang lain2 tue nanti la citer kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...