Coolllzz!!

Tuesday, 1 January 2013

2013 : Harapan & Azam

Jap jer rasa dah masuk tahun 2013. Tengah dok sibuk2 kerja, sibuk2 kejar anak, sibuk2 ke hulu ke hilir, sedar2 dah tahun baru. So tak banyak azam & harapan aku untuk tahun nie. Paling penting settlekan aper jua task yang tertangguh tahun lepas. Biler tengok planning untuk tahun 2013, aku rasa macam nak terduduk. Apa taknyer kerja di Bahagian Pemantauan & Inspektorat memerlukan aku untuk sentiasa get ready outstation ke seluruh Malaysia. Untuk tahun 2013, banyak benor tempat nak kena pantau, tengok planning jadual pon aku rasa cam dah penat.

Tahun nie, aku berharap sangat dapat beli umah. Memang dah book, tapi biasala aku nie bukan jenis yang sabar. Kalau nak sesuatu tue, tang2 tue gak biar dapat. Moga dipermudahkan Allah supaya tahun nie dapat la kami beli umah. Target umah tak la sampai cecah banglo ker villa ker. Tapi umah teres corner lot jer hahaha. En Husband memang dari dulu nak umah atas tanah, dia xberapa gemar umah cecah langit nie, susah nak tanam pokok katernyer. Aku jenis tak kisah, atas tanah ker, atas langit ker jangan atas jalan dah, kang tak pasai2 jalannn terus hahahhah.

Kami target beli umah area Shah Alam walopon kerja KL. Nak beli kat area KL dan kawasan berhampiran memang tak mampu, rumah sekarang melampau-lampau reganyer. Kalo ader pon yang harga RM500K ke atas. Giler dowh, maner nak cekau duit. Nie kalo gadai laki pon lom tentu dapat beli. Harga emas ada gak naik turun tapi harga umah bulan2 naik. Aku ader gak p survey area Rawang n Semenyih. Tapi En. Husbnad tak berapa berkenan setelah dapatkan beberapa pandangan member2 dia. Minggu lepas ada call developer, katernyer untuk tahun 2013 kos pembangunan jer dah RM30k. Maknanyer harga umah naik lagi la. That's y la aku berharap sangat tahun nie dapat la aku settlekan tang umah, risau biler tengok harga asyik naik jer.


Gambar sekadar hiasan, takder kaitan ngan yang hidup mahupun yang meninggal dunia


Next, aku nak tambah lagi suara2 meriah kat dalam umah, dengan kater lain nak tambah anak. Kali nie berharap sangat dapat bb gal. Memandangkan umur Raid dah nak cecah setahun setengah 12 Jan nie, so aku rasa nie masa yang cukup sesuai. Bahagianyer kalo dapat bb gal, at least dah sepasang.




Harapan aku yang ketiga, nak antar parents aku p haji. Nie sebenarnyer target tahun lepas, tapi memandangkan kesihatan kurang mengizinkan, so forward tahun nie. Aku nak sangat supaya ayah n umi aku tunaikan haji sebelum tutup mata. Memandangkan semua adik beradik dah kerja, kitorang dah sepakat nak antar mereka p haji. Harap2 jadik la tahun nie. Amiiiinnnn.....




Last but not least semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk aku jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu serta salah seorang kakitangan kerajaan. Sebenarnyer banyak lagi harapan n azam, tapi nie yang top 4. Yang lain2 tue nanti la citer kemudian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...