Coolllzz!!

Thursday, 13 October 2011

Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah, Wajah Hitam Kacang Soya!

Renungan Bersama





Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi
kita telah dipalingkan daripada pemakanan
sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya
kita disogokkan oleh musuh Islam dengan
matlamat untuk melariskan barangan mereka.





Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang
mengandungi nutrien penting dan protein, tapi
kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya
mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya.
Terutama sekali untuk kaum wanita.



Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan
saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di
kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam
kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita).
Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan
seksual / sexual development (mungkin
mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk
mengubah masa kitaran haid wanita!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia ( 1 ) yang mengagumkan, dan
susunan yang paling menarik ialah satu
chemical bernama isoflavone ( 2 ).



( 1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari
tumbuh-tumbuhan.)



( 2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom
menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)



Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat
diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas
menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam
dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain,
kacang soya yang tidak menjalani proses
penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai
untuk diminum.



Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan
tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh
untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak
mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini
sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan
asid amino.



Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama
'phytic acid ( 3 )' yang merupakan satu
bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan
ini dalam kacang soya adalah lebih
berbanding kekacang lain.



( 3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti
magnesium, kalsium, zat besi dan zink.
Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak
mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan
mineral-mineral tersebut dalam badan.)



Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin ( 4 ) dan perencat
tripsin yang merencatkan pertumbuhan
manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan
proses penapaian. Antara produk dari kacang
soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .



(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan
sekuel-sekuel nya)



Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian
perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.



Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil
susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa
menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia
bukanlah sebaik yang disangka.



Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University,
Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik
kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan
yang berbahaya.



Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang
bertindak sebagai hormone estrogen dalam
kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.



Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen
yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita
dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih
cepat dari kadar yang sepatutnya.



FAKTA : Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam
phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah
bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!



FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya
serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan,
untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang
menyebabkan kanser tiroid.



Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan
cara pemakanan.



MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT



Wallahu a'lam



Ustaz Hashim Al-Maranji

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...