Coolllzz!!

Monday, 14 May 2012

Panduan Memilih Cincin....

Tak lamer lagi cuti sekolah, time nie la ramai orang nak tunang la, nak kawin la, harap2 jangan ramai bercerai berai dah ler. Kat bawah nie ader panduan memilih cincin tak kira la cincin tunang ker kawin...... layannnn......


1. Biasanya, trend perkahwinan sekarang cincin bukan hanya untuk pengantin perempuan sahaja sebaliknya pengantin lelaki. Oleh itu, pilihlah cincin tersebut bersama dengan pasangan anda. Pilihlah bentuk cincin yang sesuai dengan kehendak bersama. Bukankah anda akan melayari hidup berdua seumur hidup? Mulakan dengan pemilihan ikatan perkahwinan yang serasi iaitu cincin perkahwinan.

2. Kalau bakal pengantin menyukai cincin emas tradisonal yang bundar dan mengilat, maka anda boleh memilih antara cincin 14k,18k atau 24k. Apa yang membezakan jenis cincin ini? Semakin tinggi karat emas, cincin itu akan berwarna semakin keemasan.

3. Tentu sahaja sukar menentukan sama ada mahu cincin emas putih atau cincin emas atau platinium. Mungkin mak mertua mahu kekal kepada tradisi lama, iaitu cincin emas kuning sahaja. Tetapi anda mahu tampak elegan dan bersahaja maka cincin emas putih boleh menjadi pilihan. Namun tidak salah memilih untuk menggabungkan keindahan antara tradisional, moden dan elegan dengan menggabungkan emas putih dan emas kuning.

4. Ketika memilih cincin kahwin, haruslah diingatkan bahawa cincin ini akan dipakai seumur hidup dan sepanjang masa. Fikirkan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hidup sehari-hari. Jangan kerana reka bentuknya yang cantik tetapi tidak praktikal untuk dipakai sehari-hari. Tentu menyedihkan melihat cincin kahwin kita hanya terletak di dalam kotak sahaja.

5. Selalu bakal pengantin akan memilih berlian sebagai batu yang menghiasi cincin kahwin. Jangan hanya terikat pada satu batu permata sahaja. Boleh sahaja memilih batu permata yang lain seperti delima, firuz. Pilihlah mengikut karakter dan kegemaran anda.

6. Pilihlah kedai emas yang boleh dipercayai. Jangan malas untuk melakukan survey dan memilih cincin kahwin yang terbiak sekali untuk anda. Pilihlah sehingga anda berpuas hati dan tidak jemu memandangnya seumur hidup anda.

7. Bukan baju sahaja perlu fitting, cincin juga begitu. Lakukan final fitting ukuran cincin kahwin anda semasa suhu badan yang normal dan anda berasa tenang. Jangan lakukan di waktu pagi kerana jari akan membengkak dan tidak mendapat ukuran cincin yang sesuai.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...