Dekat ofis kebanyakan member dah tau tang masalah aku nie. Yer la saper tahan, dah la badan penat dengan tido tak cukup, anak plak asyik buat nangis takutkan sesuatu. Biler aku citer kat salah sorang member aku tue, dia ader suggestkan bapak mertua dia. Dia cakap la bapak mertua dia boleh la usaha tengok apa yang patut, semua terserah pada Allah, yang penting kiter kena usaha.
Maka malam tue jugak selepas solat maghrib, kitorang bertolak ke Batu Caves nak jemput pakcik tue. Mungkin Allah nak tolong agaknyer, perjalanan ke rumah pakcik lancar jer. Biasanya kalau ikut pengalaman, kalau p tempat yang kami tak biasa confirm sesat la. Mau tawaf berkali2. Tapi Alhamdulillah senang jer kami jumpa umah. Sepanjang perjalanan, anak aku asyik dok pandang kat seat belakang, tak tau dia nampak aper. Bila pakcik tue masuk jer keta, anak aku start merengek. Yang tak tahannyer tetiber jer, dia bangun tegak, menangis ngan kuat. Pakcik tue terus peluk anak aku, bacer ayat2 Quran. Lagi kuat budak tue menangis, tapi lamer2 makin perlahan. Biler aku ambik anak dari pakcik tue, dia terus tido.
Apa yang buat aku meremang bulu roma, pakcik tue bagitau biler aku call cakap dah sampai kat umah tadi, rupanyer benda tue dah naik atas umah cari bilik pakcik tue. Cuber korang bayangkan, pak cik tue tinggal kat apartment, tingkat 8 lak tue. Macam maner benda tue boleh tau maner satu rumah and bilik pakcik tue. Masa tue pakcik baru lepas solat, pintu bilik memang terkunci. Tetiber jer pintu bilik boleh terbukak luas. Pakcik tue sendiri mengaku memang pelik, tak tau apa jenis benda tue sebab tak pernah ader pengalaman macam nie.
Sampai jer umah aku, pakcik terus duduk ruang tamu, bacer ayat Quran. Dia juugak ajar beberapa ayat yang kami perlu amalkan. Seluruh sudut dan bilik pak cik tue pagar dan sepanjang pakcik ader kat umah anak aku elok jer. Lepas semua selesai, pak cik tue pesan supaya sentiasa amalkan ayat kursi dan beberapa surah yang kami ambik dari dia. Alhamdulillah, malam tue anak aku tak der la melalak, rasa macam lamer sikit tido.
Esoknyer sebab nak tau citer lanjut, aku call member. Manala tau kot2 bapak mertua dia ader citer kat member aku. Menurut member aku, sepanjang kitorang p Batu Caves nak jemput bapak mertua dia, benda tue ader ikut sekali, masa nak ke rumah aku tue pon benda tue ikut balik. Sebaik jer jejak kaki masuk ke dalam umah, benda tue masuk sekali. Biler aku tanya aper sebenarnya benda tue, member aku cakap bapak dia bagitau tak nampak dengan jelas. Tak tau ruper tapi memang ader. Benda tue plak pandai, sepanjang pakcik ader kat umah, dia tak kacau anak aku. Macam tau2 orang datang nak ubatkan anak aku, jadik anak aku tak la buat hal. Kawan aku kater, biler bapak mertua mintak benda tue kuar dari umah, dia setuju kuar ngan cara baik. Jadik tak perlu la berkeras.
Alhamdulillah, semalam anak aku tido nyenyak sampai pagi. Tak buat hal, tak melalak. Aku syukur sangat2, rasa lega yang amat. Insyaallah, lepas jer kemas rumah tue nanti, kami nak panggil ahli surau dan masjid berdekatan buat solat hajat dan bacer yasin kat umah tue. Moga semua selamat.
p/s Peringatan bagi yang baru nak pindah umah ker, baru nak dok umah baru ker, sebelum duduk kat dalam umah tue, sekeliling umah kena samak dan pagar dulu. Check kat syiling, atas pintu atau kat maner2 sudut kot2 ader benda2 yang tak sepatutnyer. Paling penting jangan tinggal solat, dan kalu boleh penuhkan rumah dengan bacaan al-quran. Kalau tak mampu, pasang cd2 quran, bacaan surah2. Insyaallah, semua selamat....
Alhamdulillah..semoga anak akak dh x kna kcau.. semoga sgalanya selamat lpas ni..aminn
ReplyDelete