Dah lamer tak citer tang makan. Balik jer dari Kuantan ari Jumaat tue, aku raser tersangat la malas nak masak. Kebetulan adik ipar kat Klang ajak p umah, apa lagi berdesup la ke sana. Dia masak nasik lemak sambal ikan tongkol untuk juadah tengahari, memang lantak tak hengat donia, sedap tul. Malam tue kitorang dah plan nak p singgah kedai burger Abang Burn.
Adik aku la dok citer memang tak rugi p saner. Harga murah, sedap, lazat, delicious, marvellous dan macam2 lagi la. Aku cukup pantang kalo orang dok citer tang makan nie, mula la teringin. Malam tue sesudah maghrib kiter orang menapak kat saner. Adik aku cakap, kedai burger nie baru jer bukak kat Klang, sebelum nie dia p makan kat Shah Alam.
Sampai jer saner, mak ai punyer panjang beratur. Dalam ati mula la berangin tambah2 si kecik ni dah mula buat perangai. Tapi gagahkan jugak la beratur, sebab dah teringin sangat. Aku pilih burger daging with cheese, En. Suami ngan burger emmmbeek (kambing). Untuk pengetahuan u olls, kedai burger nie bukak pada waktu petang sehingga malam. Air kat sini boleh refill, bayaran singgit jer. Minum la sampai bengkak pundi kencing pon tak per.
Lepas bayar jer aku p la ambik air kat sudut belakang, sampai kat tempat duduk jer burger dah sampai. Memang cepat la servicenyer. Tak plak aku sangka. Dah kat depan mater, tunggu aper lagi terus menyumbat. Memang sedap tul, terasa daging kelembuan and kekambingannya. Harga plak berpatutan.
|
Nie Burger Kekambingan En. Husband. Sosej tue untuk si kecik. Cheese dia sedap tul, langsung tak muak. Yang gegelung kuning kat atas tue bawang celup tepung. Sedap tul |
|
Tengok la betapa tebalnyer burger nie, lebih sedap dari Mc D. |