Coolllzz!!

Tuesday 21 June 2011

Bahan Ramuan Secret Recipe Tidak Halal

Saya lebih suka straight to the point, tiada selindung-selindung biar jelas lagi nyata. Kalau ikut artikel yang lain menyatakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd mengandungi DNA Babi. Tetapi siapa pula yang menggunakan produk dari syarikat Puratos?


Jawapannya ialah Secret Recipe. Siapa yang tidak kenal dengan Secret Recipe, kedai yang menjual makanan dan kek yang sedap-sedap belaka. Sebut saja Secret Recipe dalam kepala mesti tengah fikir Indulgence, Tiramisu, Yogurt Cheese, Americano dan lain-lain produk kek. Akan tetapi bahan yang digunakan tidak halal kerana menggunakan bahan ramuan dari Syarikat Puratos Sdn Bhd yang mengandungi DNA Babi.


Agak tidak adil sekiranya saya mengatakan Secret Recipe sahaja yang tidak halal, pasti ada syarikat lain yang menggunakan ramuan dari Syarikat Puratos ini. Akan tetapi sumber yang boleh saya capai agak terhad. Sekiranya ada info yang berguna di kalangan pembaca. Kita kongsi bersama agar dapat elakkan memakan benda yang haram.

Sumber artikel di atas
http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...