Pagi ini saya terpanggil untuk menulis tentang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah SWT. Dari segi rezeki terdapat 93 ayat Al-Quran yang menyentuh perkara tersebut. Pintu-pintu rezeki yang ditawarkan kepada umatNya adalah pelbagai, baik dari segi harta benda, kesihatan, umur panjang, anak pinak dan keturunan, pangkat dan jawatan , kesuburan bumi, air hujan, tumbuhan-tumbuhan dan deretan manafaat yang tidak terbilang dan terhitung kepada manusia dan makhlukNya.
Maksud firman Allah: “Katakanlah (Muhammad),siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab, Allah. Maka katakanlah, mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?” (Surah Yunus:31)
Menurut angka terakhir (data pada 28 Nov 2009, United States Census Bureau), jumlah penduduk dunia adalah dianggarkan 6.8 billion orang. Saya cuba bayangkan bagaimanakah agaknya kedudukan seorang terkaya didunia dapat bertahan dengan kekayaannya jika beliau diminta untuk berbelanja makan seluruh penduduk dunia pada kadar US10.00 sehari.William Gates III adalah orang terkaya didunia dengan asset berjumlah US40 billion. Jika beliau sanggup berbuat sedemikian agaknya berapa hari beliau boleh bertahan sebelum jatuh muflis?
US40,000,000,000 ÷ 10 ÷ 6,800,000,000 = 0.588 hari
Sekarang bagaimana pula jika diambil kira 10 orang terkaya didunia (sila lihat jadual) yang sanggup bersama-sama William Gates III membelanja makan seluruh penduduk dunia pada kadar US10.00 sehari. Jumlah asset 10 orang terkaya didunia adalah US253.90 billion. Jika dibuat perhitungan sampai bilakah agaknya mereka ini sanggup bertahan dan akhirnya dapat bersama-sama William Gates III menjadi muflis:
US253,900,000,000 ÷ 10 ÷ 6,800,000,000 = 3.72 hari
Jadi dimanakah nilai kekayaan manusia sebenarnya? Jika dari satu sudut sahaja (sudut kewangan) boleh membuat para penyumbang dari orang-orang terkaya didunia ini menjadi kelam kabut dan muflis, bagaimana pula agaknya jika orang-orang terkaya ini dipertanggung jawabkan untuk memenuhi segala bentuk kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia. Sifat manusia adalah terhad dalam segala segi. Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Rezeki dari Allah SWT berlimpah luah. Allah SWT memberikan rezeki dalam pelbagai bentuk dan tidak putus-putus kepada makhluknya semenjak manusia diciptakan. Subhanallah. Alhamdullilah. Allahu Akbar.
Jadi siapa yang kaya???
Top 10 richest person in the world (2009)
Name | Net Worth (US Billion) | |||
1 | William Gates III | $40.0 | ||
2. | Warren Buffett | $37.0 | ||
3. | Carlos Slim Helu & family | $35.0 | ||
4. | Lawrence Ellison | $22.5 | ||
5. | Ingvar Kamprad & family | $22.0 | ||
6. | Karl Albrecht | $21.5 | ||
7. | Mukesh Ambani | $19.5 | ||
8. | Lakshmi Mittal | $19.3 | ||
9. | Theo Albrecht | $18.8 | ||
10. | Amancio Ortega | $18.3 | ||
Total | $253.90 |
No comments:
Post a Comment