Coolllzz!!

Tuesday 2 October 2012

Telur Goyang???

Aku cukup tak gemar makan telur jenis nie. Macam mentah pon ader gak, tapi En. Suami pantang nampak. Telur goyang tue istilah yang aku gunakan untuk telur separuh masak. Apa taknyer, telur kuning tak masak sepenuhnyer, bergoyang-goyang. Itu yang aku panggil telur goyang.

Ingat lagi masa sekolah2 dulu, pagi2 mesti umi aku akan sediakan telur separuh masak dua bijik untuk breakfast kitorang sebelum p sekolah. Hanyir bukan main, walaupun dah diletak kicap. Nak ambik hati umi punyer pasal, aku makan la sikit tapi telur putih dia jer. Yang lebihnyer kasi kat adik aku. Yang aku heran adik2 aku laju jer makannyer, aku plak yang kembang tekak.



Nak dijadikan cerita, satu hari tue umah kami blackout. Ayah time tue buat kerja sampingan jual sayur, ikan dari blok ke blok dengan van. Maklumla aku anak felda, kitorang pon bukan asal dari famili yang kaya. Tambah2 jarak umur aku dan adik beradik beza setahun jer kecuali yang bongsu tu. Nak tampung family, ayah kena buat part time job. Pagi2 lagi selepas subuh ayah dah kena bersiap p pasar borong beli sayur dsb. Umi macam biasa la, sarapan pagi untuk ayah mesti 2 bijik telur goyang bersama madu. Ari tue ntah naper terlewat kejutkan ayah. Dalam dok kelam kabut tambah ngan blackout lagi, masa nak breakfast ayah tak tengok betul2 botol yang dia ambik.

Dia ingatkan botol madu, rupanyer botol cuka. Korang bayangkan la makan telur goyang ngan cuker, tersembur dibuatnyer. Berdekah2 kitorang ketawa. Aku tak leh lupa muka cemberut ayah yang tak tahan masam, memang lawak sungguh. Bila masing2 dah kerja, adik2 pon jarang dapat jumpa kenangan2 macam nie boleh buat aku senyum sorang2. Bestnyer zaman budak2 dulu, cepatnyer masa berlalu.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hehe... makan cuka dengann telur. Memang lawak~! Baru-baru ni umi saya tersalah masuk garam dalam susu breakfast pagi. Tersembur adik yang mula-mula minum. Kenapa? "Susu masin..." Memang terbahak-bahak satu umah... Kebetulan melawat rumah kakak, boleh tertukar gula kasar dengan garam kasar... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...