Coolllzz!!

Wednesday 1 February 2012

Trauma Makan Cornetto Royalle Chocoluv....

Mungkin ada diantara kita pernah menghadapi situasi seperti ini. Begitulah kejadian yang telah menimpa Mohd Marvelo Mohd Malinkob dimana beliau telahpun termakan aiskrim berjenama Cornetto Royalle Chocoluv yang telah dibeli rakan sepejabatnya di Stesyen Petronas Seberang Jaya bertarikh 18 Okt 2011.

Kejadian ini mengakibatkan dirinya dilanda trauma. Masakan jika kita sendiri yang melalui pengalaman seperti ini  sudah pastinya kita juga akan merasa trauma dan akan mengelakkan diri dari memakan aiskrim itu lagi.

Mohd Marvelo Mohd Malinkob pada asalnya memakan aiskrim tersebut tanpa menyedari apa disebalik aiskrim tersebut namun beliau tersedar ada sesuatu objek pelik pada aiskrimnya dan setelah diamati ianya merupakan seekor bangkai cicak.

Syarikat-syarikat pengeluar makanan seharusnya lebih peka terhadap isu ini kerana dikhuatiri bakal mengakibatkan pembeli-pembeli hasil keluaran mereka akan mengalami penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya. Namun setelah dihubungi oleh Mohd Marvelo Mohd Malinkob, pihak syarikat berkenaan cuba 'merasuah' beliau dengan set produk penjagaan bernilai RM100 dan wang tunai
RM1000 namun ditolaknya atas dasar mahu menyedarkan pengguna-pengguna yang lain.

Tahniah buat Mohd Marvelo Mohd Malinkob yang telah melaksanakan
tanggungjawab beliau sebagai seorang pengguna yang prihatin dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi pengalaman ini bersama Blog Uptomu.net. Jika ada sebarang pertanyaan / kemusykilan, anda boleh menghubungi beliau di
marvelo.kpsb@yahoo.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...